budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
Cinta Muka Buku - Episod 4

“Alah , biasalah kalau lelaki perangai macam tu.” , kedengaran suara Mia dihujung talian. Aku mengeluh lemah.

“Ha’ah , kau tu semua kau kata biasa. Apa yang luar biasanya pun aku tak tahu.” , aku membalas. Badanku direbahkan di atas katil bersaiz queen. Wah , seronok pula rasanya dapat bersuka-ria dalam bilik ni. 

“Alolo , bukan macam tu sayang. Maksud saya , setiap lelaki mestilah ada character dia yang tersendiri. Takkan lah semuanya sama je macam dalam novel tu. Baik , caring , handsome , macam-macam lagilah.” , Mia sudah mula berhujah. Amboi , bukan main lagi. Ni sejak bila jadi doktor cinta ? 

“Yalah sayang. I dengar cakap you tu.” , sengaja aku menekankan perkataan sayang walaupun sebenarnya agak kelakar bunyinya. Siap pakai ‘I’ ‘you’ lagi. Nak muntah rasanya. Ha ha ha.

“Sayang ? Siapa ‘sayang’ kamu tu Arissa ? Calon menantu mama ke ?” , tiba-tiba suara mama menyergah. Ya Allah , terkejut aku dibuatnya. Aku memandang muka mama dengan riak wajah yang sangat terkejut. Pada masa yang sama , terdengar hilaian ketawa dihujung talian. Ketawa sakan eh kau Mia. Siap kau nanti !

“I’ll call you back. Bye.” , terus aku menamatkan talian. Mama sudahpun terpacak dihadapanku sambil tersenyum lebar.

“Mama ni , tak baik tahu buat Arissa macam ni.” , rajukku dihadapannya.

“Lah , mama salah cakap ke ?”

“Itu Mialah mama. Bukannya boyfriend Arissa. Calon menantu apatah lagi.” ,  aku membalas.

“Oh , mama ingatkan Aaron Aziz yang call nak datang rumah.” , seloroh mama. Aku mencebik.

“Orang serius ni. Mama ni main-main pula.” ,  mama sekadar tersenyum lalu menyentuh lembut pipiku.

“Yalah my princess. Sebenarnya mama nak bagitahu , malam ni kita dinner sama-sama ya. We have surprise for you.” , ayat yang baru saja diucapkan mama membuatkan aku terkedu. Surprise apa pula ni. Suka buat aku tertanya-tanya.

“Tapi sekejap lagi Arissa kena pergi hospital. But don’t worry , it won’t be long.” , aku cuba menutup perasaan gugupku.

“Balik awal ya. Mama nak turun dulu.” , pesannya sebelum beredar dari kamarku. Aku termenung seorang diri. Apalah agaknya kejutan malam ni. Hmm.

+++

Arief Mikhail : Assalamualaikum. Good evening doctor !

Satu IM keluar di skrin telefon bimbitku. Aku tersenyum.

“Doctor cute , who ?” , aku hampir terlupa bahawa Danish berada dihadapanku. Alamak , malunya. 

“My friend.” , aku menjawab pendek. Danish mengangguk perlahan seakan memahami.

“Boleh Danish jumpa dia ?” , tanya Danish kepadaku. Aku tergelak. Amboi , tuan badan pun tak dapat jumpa lagi. Dia pula yang melebih.

“Boleh. But you must sleep now , okay ?” , biarlah dia berehat. Sejak tadi , dia hanya bermain bersama-sama kawannya yang lain. Danish mengangguk lalu terus baring di katilnya. Kemudian , aku beredar dari wad itu , menuju ke kantin hospital.

Arissa Sofea : Waalaikumsalam. Good evening too. Maaf lambat.

Arief Mikhail : Maaflah kalau saya menganggu.
Arissa Sofea : Tak apa. Kerja saya pun baru habis.

Arief Mikhail : But today is Sunday. Still working ?

Arissa Sofea : Saya kan doktor. Of course 24 hours 7 days a week on call. Haha

Arief Mikhail : Yeah , you’re right. Rindu saya ?

Aku tersedak tatkala membaca ayat terakhir olehnya. Soalan cepu emas apa pula dia bagi ni. Gatal !

Arissa Sofea : Saya terpaksa pergi dulu. Assalamualaikum.

Baik aku lari sebelum banyak lagi soalan pelik yang dia tanya. Ho ho ho.

###

“Arief , I love you.” , Arief tersenyum tatkala perkataan yang cukup bermakna itu diungkapkan kepadanya.

“Hari-hari awak cakap benda yang sama pada saya. I love you too.” , balasnya kepada seorang wanita dihadapannya.

"But I have to go.” , wanita itu meneruskan ayatnya. Arief tergelak. 

“Takkan dah nak balik ? Makanan pun tak sentuh lagi.” , Arief bertanya.

“Bukan balik. But leave you. Forever. I’m sorry.” , ujar wanita itu. Berkerut dahi Arief mendengarnya.

“Sekejap. Saya tak faham maksud awak. You said you love me. Lagipun kitakan dah nak kahwin.”

“I’m sorry but I can’t. Sorry Arief.” , wanita yang dikenali sebagai Sara itu terus bangun lalu meninggalkan Arief seorang diri.

Saat itu hanya Allah saja yang tahu betapa hancur hatinya. Dia hilang punca sehingga syaitan berjaya menghasut dirinya. Mengubah dirinya. Kerana taksub cinta kepada manusia , dia telah lupa cinta yang lebih agung iaitu cinta kepada penciptanya.

“Ya Allah , Kau ampunilah segala dosa-dosaku terhadap-Mu , ya Allah. Dosa-doa kedua ibu bapaku. Sesungguhnya aku seorang hamba yang lemah dan kerdil disisi-Mu. Aku lalai dalam menjalankan perintah-Mu. Aku leka dengan segala kesenangan dunia sehingga aku terlupa kepada-Mu , ya Allah. Ya Allah , aku redha dengan qada dan qadar-Mu. Kau temukanlah aku jodoh yang terbaik yang telah Engkau tetapkan buatku. Kau lindungilah aku dari segala maksiat dan tetapkanlah hatiku supaya sentiasa bersujud kepada-Mu. Amin.”

“Arief , ibu kau telefon tadi.” , tiba-tiba Akhmal menerjah masuk ke kamarnya. Arief menjadi cuak.

“Kenapa ? Dia sakit ke ?” , Arief bertanya dengan riak wajah penuh ketakutan.

“Hmm , aku tak sanggup nak beritahu kau. Tapi aku tetap kena bagitahu juga. Sebenarnya… sebenarnya… sebenarnya...”

“Sebenarnya apa ? Cakaplah betul-betul.” , Arief  sudah tidak dapat menahan tahap kesabarannya.

Sebenarnya mak kau ajak makan malam kat rumah hari ni. Itu saja.” , dengan selamba Akhmal memberitahu lalu ketawa terbahak-bahak. Arief membulatkan matanya.

“Kurang ajar kau Mal ! Cakap macam serius sangat.” , bantal kecil yang berada di atas katil dibaling kepada Akhmal yang sedang gelak sakan. Ambil kau ! Tepat pada sasaran !

“Woi , apa ni main bantal ? Tak gentle lah babe.” , Akhmal cuba menyelamatkan dirinya.

“Gentle tak gentle. Kisah apa aku.” , satu lagi bantal kecil dicapai lalu dibaling sekali lagi.

“Dah lah tu. Kesian aku.” , rayu Akhmal lalu mencebik. Arief tergelak. Ni mesti belajar buat duckface dengan budak Youtube tu. 

“Bila ibu telefon ? Aku tak dengar pun bunyi telefon aku.” , Arief bertanya.

“Memanglah tak dengar. Kau kat atas , telefon kat bawah. Aku tengah sedap layan Facebook , tiba-tiba ibu telefon.” , terang Akhmal dengan bersungguh-sungguh. 

“Aku baru lepas balik. Kenapa pula ibu suruh balik lagi ?” , Arief sedikit pelik.

“Alahai bro , rumah ibu kau tu bukan jauh sangat pun. Dia rindu kau lah tu agaknya.”

“Jom , ikut aku ! Kau pun dah lama tak jumpa ibu dengan papa aku kan. Si Aireen tu pun dah rindu sangat dengan abang Akhmal dia ni.” , ajak Arief. Akhmal sedikit keberatan. Tetapi apabila melihat wajah Arief yang mengharap itu , dia mengangguk.

Arief dan Akhmal bukan sahaja bersahabat , tetapi sudah seperti kembar lain ibu lain ayah. Mereka sangat rapat sehinggakan Akhmal turut memanggil Puan Zara dengan panggilan ibu. Ke mana saja mereka pergi , mereka pasti berdua. Kalau orang yang tak kenal mereka , tak payah tanya dah. Gerenti dicop gay ! Ha ha ha !



OLDER POST