budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - PENGENALAN


Sinopsis :

Mengisahkan tentang perjalanan hidup dua pelajar SMK Tun Dr. Ismail , Kuala Lumpur iaitu Muhammad Amin Raiqal dan Nur Fathia Umaira yang sering mengundang kontroversi. Ianya sudah pasti kerana pergaduhan yang selalu tercetus antara mereka berdua di sekolah , kelas atau di mana-mana sahaja. Namun , siapa sangka , perkelahian yang telah berlaku sejak awal persekolahan Tingkatan 1 lagi itu berakhir apabila mereka melangkah masuk ke Tingkatan 3. Perasaan benci itu telah bertukar menjadi sayang. Tetapi ,ingatlah bahawa langit tidak selalunya cerah. Satu peristiwa telah berlaku yang menyebabkan segalanya berubah sama sekali. Apakah yang berlaku sebenarnya ? Segalanya akan terjawab dalam siri Kau dan Aku.

Muhammad Amin Raiqal -
Kerjanya hanya satu, menyakat Nur Fathia Umaira. Walaupun seringkali dimarahi oleh Fathia. Dia tetap melakukannya.

Nur Fathia Umaira  -
Pembalasan. Itu pula kerja si Fathia. Tidak lain tidak bukan kepada musuhnya , Amin. Dia sering dinasihati oleh Fatin Izzati , tetapi dia memang keras kepala. Dia tidak akan lepaskan Amin begitu sahaja.

Muhammad Azim Haikal -
Mungkin sudah tertulis di Luh Mahfuz , bahawa dia dan Zulaikha tidak ada jodoh. Zulaikha pergi menghadap Ilahi. Meninggalkannya seorang diri. Namun , dia berubah tatkala dapat mengenali Fathia. Adakah dia sudah jatuh cinta buat kali kedua ?

Tengku Ihsan -
Persahabatan yang terjalin antaranya dan Fathia kekal sehingga dewasa. Dia pasti , hatinya kekal untuk Fathia seorang. Kehadiran Dr.Azim membuatkan Ihsan gundah gulana. Apa saja akan dilakukan bagi memastikan Fathia itu miliknya. Dapatkan dia memenangi hati Fathia ?

Antara Tengku Ihsan dan Muhammad Azim Haikal , siapakah yang bakal memliki hati Nur Fathia Umaira ? 




/ NEWER POST