budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 21
“Makan sikit je ke ? Nanti lapar , jangan ngada-ngada nak minta mama makanan. “ , kata Puan Aina kepada Amin apabila melihat pinggannya hanya dipenuhi dengan sedikit nasi.

“Alah , anak mama ni kuat. Amin tak ada seleralah nak makan pagi-pagi ni.” , jawab Amin kepada mamanya. Encik Aidil hanya tersenyum melihat telatah anaknya itu.

“Yalah , yalah. Dah , cepat makan. Nanti dah habis waktu , dah tak boleh makan lagi.” ,ujar Puan Aina. 

Mereka semua menyambung kembali sesi makan yang tergendala sebentar tadi.

“Eh ? Nak pergi mana tu ?” , tanya Puan Aina apabila Amin sudah mahu melangkah ke tangga. Amin menghentikan langkahnya.

“Nak pergi sambung tidurlah mama. Baru pukul 5.15 minit. Awal lagi ni.” , jawab Amin panjang.

“Jangan ngada-ngada nak tidur balik. Pergi berus gigi , ambil wuduk. Tak lama lagi dah nak masuk waktu subuh dah. Kita solat sama-sama.” , bebel Puan Aina.

“Ye lah ma. “ , ujar Amin pendek. Dia terus melangkah ke anak tangga , menuju ke tingkat atas.

Setibanya Amin di kamarnya , dia hanya memandang sepi katil yang ada disebelahnya.

“Tunggu aku eh katil.” , Amin berdrama di depan katilnya. Sungguh sedih bunyinya.Lagaknya seperti mahu meninggalkan kekasih. Kemudian , dia menuju ke tandas biliknya.

“Ish , sejuknya.” ,ujar Amin apabila merasa suhu air dengan hujung jarinya. Dia menutup pili air semula.Kemudian , dia terduduk di lantai tandas yang masih kering itu.


Sepuluh minit kemudian …

“Amin ! Apa yang kamu buat dalam tandas tu lama-lama sangat ? Papa dah lama tunggu tu.” , jerit Puan Aina apabila melihat anaknya masih belum keluar dari tandas. Bergegar rumah banglo Encik Aidil akibat suara petir Puan Aina yang kuat itu.

Amin yang tersedar terus tersentak.

“Alamak ! Macam mana pulak aku boleh tertidur dalam tandas pulak ni.” , Amin berdengus perlahan. Takut didengari mamanya.

“Kejap mama ! 5 minutes !” , Amin menjerit kepada mamanya. Dia terus membuka pili air dan mengambil wuduk. Puan Aina sudah menuju ke sebuah bilik yang dikhaskan untuk solat.

Seperti yang dijanjikan , lima minit kemudian Amin sudah berada di bilik itu dengan songkoknya. Mereka mengerjakan solat subuh bersama-sama.

"Kali ni , tak ada apa yang dapat halang aku untuk tidur !" , ujar Amin. Dia terus melompat ke katilnya. Dia terus terlena menyambung mimpi indah yang tergendala semasa dalam tandas sebentar tadi.

***

“Mama masak apa tu ?” , sergah Fathia. Puan Alia agak terkejut.

“Fathia ! Terkejut mama tau !” , balas Puan Alia. Fathia hanya tersenyum lalu pergi ke arah oven.

“Wah , sedapnya bau.” , Fathia menghidu kek yang di bakar mamanya.

“Kek apa ni mama ? Kek coklat eh ? Mesti sedap.” , Fathia bertanya lagi sambil membayangkan kek itu ada dihadapannya.

“Thia ! Jangan bau lebih-lebih. Kurang pahala puasa.” , ujar Puan Aina.

“Yalah mama.” , jawab Fathia pendek.

“Nanti tolong mama hantar kek tu kat rumah Amin ya ?” , arah Puan Alia. Fathia mengerutkan dahinya tanda tidak setuju.

“Mama je lah yang hantar.” ,jawab Fathia malas.

“Mama ada banyak kerja. Thia tolong mama okay ?” , Puan Aina memberi alasan.

“Okaylah. “ , jawabnya pendek.

***

“Assalamualaikum , Aunty Aina.” , jerit Fathia di depan pagar rumah Puan Aina itu.

“Siapa pulaklah yang kacau aku nak layan kartun ni.” , jawab Amin yang sedang duduk di sofa. Kemudian dia memanggil mamanya.

"Ma , ada orang jual karpet datang." , jerit Amin kepada mamanya.

Suaranya yang agak kuat itu didengari oleh Fathia.

"Indahnya bahasa dia. Muka comel ni dia kata penjual karpet ? Kejam !" , Fathia membebel di luar.

“Amin tolong tengokkan siapa kat luar tu. Mama ada kerja ni.” , arah Puan Aina.

Amin melangkah longlai menuju ke pintu.

“Kau rupanya. Cantik penjual karpet ni.” , getus hati Amin apabila melihat Fathia berada di luar.Kemudian dia tersengih seperti kerang busuk.

"Tersenyum-senyum. Aku lempang baru tahu." , ujar Fathia dalam hati.

“Nah , mama aku bagi kat papa dan mama kau !” ,kata Fathia lalu menghulurkan sebuah bekas sederhana besar yang mengandungi kek coklat. Amin mengambilnya.Kemudian , dia memandang muka Fathia.

“Aku punya ? “ , tanya Amin. Fathia mengerutkan dahinya.

“Kau punya ? Masak sendiri ! “ , jawab Fathia malas.Kemudian , dia terus berlalu dari situ. Kembali semula ke rumahnya.

“Terima kasih !” , jerit Amin. Fathia hanya memberikan senyuman palsu. Kemudian , dia masuk ke dalam rumahnya.

***

Mata Amin melirik ke arah jam yang ada dinding rumahnya. Semuanya sudah bersiap sedia di meja makan. Menantikan azan Maghrib berkumandang. Beberapa minit kemudian , azan berkumandang. Amin yang agak kelaparan itu terus mahu mengambil makanan.

“Amin ,baca doa dulu.” , arah Encik Aidil. Amin tersenyum malu.

Selesai membaca doa , dia terus menjamah beberapa biji buah tamar. Kemudian , dia terpandang bekas kuih yang diberi oleh Fathia petang tadi.

“Sedap ke tak eh? “ , getus hatinya lalu terus mencapai bekas itu lalu mencubanya.Mukanya berubah.

“Erm , sedapnya.” , puji Amin. Puan Aina dan Encik Aidil hanya tersenyum melihat putera mereka itu.

“Itu yang mama Fathia bagi ya ? Nak rasa sikit boleh ?” , tanya Puan Aina apabila melihat Amin seronok menikmati kek itu.

“Tak boleh. Mama makanlah makanan lain. Biar Amin je yang habiskan.” , seloroh Amin kepada ibunya. Puan Aina memandangnya pelik.

“Yalah .” , jawab Puan Aina pendek.

“Dah habis makan pergi naik atas , solat Maghrib tau.” ,pesan Puan Aina lagi.

“Okay ma.” , jawab Amin sambil meneruskan suapannya.

OLDER POST / NEWER POST