budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 46
“Erm... Okay. Tapi sekali je tau.” , balas Fathia perlahan. Dia agak malu bila terpaksa membuat perkara itu dihadapan mama dan papanya.

Fathia mengambil sesudu bihun goreng yang ada dipinggannya. Perlahan-lahan dia menyuap Amin. Kali ini , dia betul-betul menyuap , bukan menonyoh seperti yang berlaku sebelum ini.

“Sedapnya.” , puji Amin walaupun mulutnya masih rancak mengunyah. Semua mata yang ada di meja itu hanya memandangnya. Kemudian , mereka sama-sama tertawa.

Dalam sekitar pukul 10 malam , mereka yang sudah kekenyangan itu terus pulang ke rumah masing-masing. Walaupun hanya sekadar makan malam , ianya menjadi antara kenangan terindah untuk Amin dan Fathia.

***

“Assalamualaikum.” , ucap Puan Aina dihadapan pintu bilik Amin. Amin yang sedang menulis sesuatu pada sehelai kertas terus menyimpannya.

“Waalaikumsalam. Masuklah mama.” , ajak Amin. Puan Aina terus masuk lalu duduk disebelah Amin.

“Amin , mama nak tanya.Kenapa kamu minta Thia suapkan kamu ?” , tanya Puan Aina lembut. Dia agak pelik dengan perangai Amin semasa makan malam tadi.Amin hanya tersenyum.

“Saja je.” , jawab Amin selamba. Puan Aina menaikkan keningnya.

“Tak ada sebab lain ?” , tanyanya lagi. Amin menggelengkan kepalanya.

“Tidak ada.” , jawab Amin jujur. Puan Aina menatap wajah anak kesayangannya itu.

“Okaylah. Tidur ya sayang.” , arah Puan Aina. Dia bangun , meninggalkan kamar anaknya itu.

“Mama ni , tanya yang pelik-pelik je lah.” , bebel Amin di dalam hati.

***

“Mama , Thia nak pergi taman kejap lagi boleh tak ?”, tanya Fathia. Jam baru menunjukkan pukul 10 pagi. Walaupun baru hari pertama persekolahan , dia sudah merasa bosan di rumah. Jadi , dia berhasrat mahu ke taman.

“Boleh.” , jawab mamanya sepatah. Fathia mengukirkan senyuman.

“Terima kasih ma.” , ucap Fathia. Puan Alia hanya mengangguk sambil tersenyum ke arah Fathia.

Fathia segera berlari ke kamarnya. Dia mencapai sehelai selendang , berwarna putih. Kosong tanpa sebarang corak. Fathia melilitkan selendang itu di kepalanya.

“Dah siap.” , kata Fathia seorang diri. Tidak sampai sepuluh minit dia bersiap , dia sudah turun ke bawah semula.

“Mama , Thia pergi dulu okay.” , ujar Fathia.

“Hati-hati tau.” , pesan Puan Alia.

Fathia pergi ke bahagian rak kasut yang ada di luar , mahu mengambil sandalnya. Setelah itu , dia meninggalkan perkarangan rumahnya , menuju ke taman yang berdekatan dengan rumahnya itu.

“Kita berkenalan hanya dalam laman mukabuku , kau hantar pesanan suruh aku terima kamu.” , Fathia bernyanyi riang. Dia tidak tahu mengapa kenangan dia dan Amin tiba-tiba menerjah masuk ke dalam mindanya.

Fathia terlalu asyik bernyanyi sehinggakan dia tidak sedar ada kereta dibelakangnya. Mujur dia hanya dihon oleh pemandu kereta itu.

"Ya Allah , kau ni Fathia.Berangan tak sudah-sudah." , gumam Fathia dalam hati.

Kini , dia hampir sampai di taman. Hanya tinggal melintas sebatang jalan besar. Tanpa melihat ke kiri dan kanan , dia terus melintas.

“Fathia , awas !” , jerit seseorang dibelakangnya. Apabila Fathia memandang ke arah kanannya, terlihat jelas sebuah lori laju sedang menuju ke arahnya.

“Mama !” , jerit Fathia ketakutan.

“FATHIA , tepi !!” , jerit suara itu lagi. Dia terus ke arah Fathia lalu menolaknya. Fathia tersungkur di tepi jalan. Tangan dan kakinya berdarah. Mata Fathia terus terpandang ke tengah jalan.

“Suara tadi ! Siapa dia ?” , getus hati Fathia. Dia terkejut apabila melihat pemilik suara tadi sudah terbaring dijalan. Fathia meluru pergi ke arahnya.

“Awak ! Awak ! Bangunlah !” , kejut Fathia. Kemudian , dia mengangkat kepala pemuda itu , diletaknya perlahan di atas ribanya. Fathia terkedu.

Siapakah pemuda itu ?

OLDER POST / NEWER POST