budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
Cinta Muka Buku - Episod 3

“Doc , ini fail yang diminta tadi.” , ujar seorang jururawat sambil menyerahkan sebuah fail yang berisi data para pesakit.

“Terima kasih.” , balas Arissa pendek lalu mengukirkan senyuman. Beginilah kehidupan seharian aku sejak setahun yang lalu. Balik saja dari Harvard , terus memilih untuk bekerja di sini. Boleh pula terjumpa Doktor Mia yang jenis gila-gila macam aku. Memang haru hospital ni dibuatnya. Tetapi dia gembira dapat berkhidmat di sini. Inilah cita-citanya sejak dari kecil lagi.

Arief Mikhail : Assalamualaikum. Hai.

Satu IM dari Facebook menghentikan lamunanku. Aku tersenyum. Tanpa segan silu , aku terus membalas IM tersebut.

Arissa Sofea : Waalaikumsalam. Hai.

“Yes ! Dia balas , dia balas.” , Arief begitu gembira tatkala melihat wanita yang sering ditunggu-tunggu online. Apa lagi , cuba nasiblah. Tangannya laju menaip sesuatu.

Arief Mikhail : Boleh berkenalan ?

Siap menaip , dia terus menekan enter. Mak aih , ayat skema yang amat. Ah , pedulikan. Janji dapat tegur dia. Hehehe

Aku memandang pelik pertanyaan dari jejaka yang bernama Arief Mikhail itu. Haih , dah approve. Takkan lah tak boleh nak berkenalan.

Arissa Sofea : Boleh. Kalau tak boleh , saya tak approve awak jadi kawan saya.

Arief Mikhail : Salam perkenalan dari saya , Arief Mikhail. From Shah Alam. You ?

Arissa Sofea : I’m Arissa Sofea. From Ampang.

Arief Mikhail : Oh , dekat sangat. Ada jodoh !

Tersedak aku dibuatnya apabila perkataan jodoh itu dibaca. Amboi , baru chat sekali dah mula menggatal.

Arissa Sofea : Tak mungkin kot. Kita baru seminit berkenalan. Lagipun awak tak kenal saya pun.

Arief Mikhail : Okay , we will see…

Confident ! Tengoklah nanti , berani ke dia nak kacau Doktor Arissa yang macam singa ni. Tiba-tiba , seorang jururawat menerjah masuk. Memberi isyarat bahawa aku harus ke wad untuk memeriksa pesakitku. Aku hanya mengangguk sambil tersenyum.

Arissa Sofea : I’m sorry , I got to go. I have a patient to be checked. Assalamualaikum.

“Waalaikumsalam.” , Arief mengeluh lemah. Kenapa dia offline awal sangat ? Tapi dalam masa yang sama , dia gembira. Gembira kerana dapat mengenali wanita itu.

“Hai bang. Kau ni aku tengok semenjak dua tiga hari ni asyik tersenyum saja. Ada apa-apa yang kau tak bagitahu aku ke ?” , Akhmal tiba-tiba muncul dihadapan Arief. Arief terus berhenti tersenyum . Kantoi. 

“Eh , aku okaylah. Tak da apa-apa.” , tipunya. Akhmal tergelak.

“Arief , aku dah kenal kau lama tau. Tak payah nak menipu. Dengan kawan pun nak berahsia ke ?” , Akhmal membalas. Arief hanya tersengih.

“Aku baru kenal dengan seorang perempuan.” , akhirnya Arief membuka rahsianya.

“Wei , cukup-cukuplah tu.” , Akhmal kurang senang mendengar apa yang dikatakan oleh Arief sebentar tadi.

“Bro , kali ni betul-betullah. Aku dah cuci tangan dengan semua kerja tak berfaedah tu.” , dia memandai lantai pejabat miliknya. Ya , Arief sedang mencuba untuk kembali kepada dirinya yang asal. Dia sedar banyak perasaan yang hancur dek kerana perubahan dirinya itu. Cukuplah dosa yang telah dia lakukan selama ini. Dia harus berubah.

“Kalau betul kau serius , aku akan sokong kau seratus peratus ! Cantik tak ? Baik tak ?” , Akhmal tersenyum lebar. Inilah perkara yang dia harapkan saban hari. Alhamdulillah , termakbul jua akhirnya.

“Dia cantik… tapi aku tak pasti mana satu dia sebab kat Profile Picture dia ada dua orang. But both of them are beautiful.” , ujar Arief gembira.

“Amboi , kalau engkau memang semua cantik. Dapat nombor telefon dia tak ?” , Akhmal rancak bertanya. 

“Tak sempat. Dia terus offline sebab nak check patient dia.” , terdengar keluhan kecil dari Arief. Akhmal membulatkan mata.

“Mak aih , taste tinggi ! Doktor juga kau pilih eh.” , usik Akhmal. Arief mengerutkan dahinya. Seminit kemudian baru dia memahami maksud ayat sahabatnya itu.

“Ha’ahlah. Aku baru perasan aku berkawan dengan doktor…” , balas Arief sambil terangguk-angguk.

“Seems like this doctor can cure your heart.” , usik Akhmal lalu tergelak. Arief hanya mengukir senyuman tawar.

###

“Mia , cukup-cukuplah usik aku.” , aku cuba menghentikan tawa Mia yang dari tadi menggelakkan diriku.

“Macam mana aku tak gelakkan. Ini first time tau Doktor Arissa layan IM kaum adam.” , Mia membalas dengan tawanya yang masih bersisa. Aku membuat muka.

“Lawak sangat ke ?” , tanyaku lagi. Ini yang menyampah kalau cakap dengan si Mia ni. Asyik nak gelakkan je. Cubalah sokong sikit. Mia berhenti ketawa apabila melihat riak wajahku berubah.

“Ala , janganlah merajuk. Aku gurau je.” , pujuk Mia. Aku buat-buat tidak mendengar. Mataku masih sibuk menatap telefon bimbitku. Tiba tiba , satu IM mengejutkan aku.

Arief Mikhail : Assalamualaikum. Hai , saya menganggu ke ?

“Tak payah nak pandang lama-lama. Balas je lah.” , sapa Mia lalu ketawa. Merah terus mukaku dibuatnya. Aku membulatkan mataku tkepada Mia.

Arissa Sofea : Waalaikumsalam. Tak…

Arief Mikhail : Tengah lunch ke ? Kat hospital eh ?

Aikk ? Macam mana dia boleh tahu aku ada kat sini. Mataku melilau ke kiri dan ke kanan. Manalah tahu dia ada di sini. Mia memandangku pelik.

Arissa Sofea : Macam mana awak boleh tahu saya ada kat hospital ?

Lama Arissa menunggu balasan dari teman barunya itu. Tetapi hampa , tiada sebarang jawapan. Sengajalah tu nak buat aku suspen.

“Woi , tak nak balik ke ? Berangan tak habis-habis. Tahulah dah dapat abang baru.” , sempat lagi Mia mengusik. Aku menjeling ke arahnya.

“Diamlah. Jom.” , aku malas hendak melayan lawak jenakanya itu. Aku terus bangun dari kerusi dan terus menuju ke pintu keluar kantin hospital.

“Aku nak pergi wad aku. Apa-apa call.” , ujarku kepada Mia. Mia hanya mengangguk. 

+++

“Hai Danish. How are you today ?” , sapaku kepada seorang kanak-kanak berumur 5 tahun yang terlantar sakit sejak dua bulan yang lalu. Malang sungguh nasibnya apabila dia disahkan menghidap penyakit leukimia.

“I’m fine , doctor cute.” , balasnya dengan suara comelnya. Itulah gelaran yang diberikan kepadaku sejak kali pertama kami bertemu. Wajahnya itu langsung tidak menunjukkan bahawa dia sedang sakit. Dia masih meneruskan kehidupannya seperti kanak-kanak lain meskipun dia terpaksa menghabiskan seluruh masanya di hospital.

“Danish dah makan ubat ?” , aku mengambil tempat di sebelahnya. Danish membuat muka lalu menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Ubat pahit , tak sedap. Danish tak suka. Doctor cute jangan makan. Tak sedap.” , petah sungguh si Danish ini berbicara. Aku tersenyum lebar.

“Kalau Danish nak sihat , kenalah makan ubat. Kalau doctor sakit pun, kena makan ubat juga. Kalau tak , macam mana doctor nak jumpa Danish. Makan ya ?” , sesi pujuk-memujuk sedang dijalankan. Aku mengambil ubat yang sudah tersedia di meja sisi.

“Okay , tapi doctor kena teman Danish sampai Danish tidur.” , dia mengenakan syarat. Tak padan kecil. Aku hanya mengangguk. Aku menyuapkan ubat kepada Danish.

“Okay , good boy ! Sekarang Danish sleep okay ?” , aku membetulkan posisi bantalnya lalu menyelimutkannya. Lagu Twinkle Twinkle Little Star mula dinyanyikan. Sempat lagi Danish tersenyum kepadaku. Tidak sampai sepuluh minit , Danish sudah terlena dibuai mimpi.

“Doktor , minta maaflah sebab terpaksa susahkan doktor.” , satu suara yang aku kenali menyapaku dari belakang.

“Tak apalah. Anak akak ni dah macam anak saya. Lagipun , saya suka melayan budak-budak ni.” , jawabku selamba. Aku juga faham bahawa ibu Danish ini ibu tunggal. Dia terpaksa bekerja keras untuk membiayai perubatan anaknya itu. Perempuan itu tersenyum lebar.

“Saya pergi dulu ya kak. Assalamualaikum.” , aku meminta izin untuk beredar. Lagipun , masa bertugasnya telahpun tamat. Dia harus bertemu dengan Mia memandangkan mereka berkonsi kereta hari ini.

###

“Rief , aku nak keluar ni. Beli makanan. Kau nak apa-apa tak ?” , tanya Akhmal kepada Arief yang sedang sibuk menyiapkan kerjanya. Kertas-kertas dan alat tulis berselerak di atas meja kerjanya. Rambutnya juga kelihatan tidak terurus. Macam orang tak mandi seminggu.

“No , thanks.” , pendek saja jawapan daripada Arief.

“Betul ni ? Aku ingat nak order nasi goreng kampung dengan teh tarik. Fuhh , mesti sedap.” , Akhmal bertanya sekali lagi. Terdengar makanan kegemarannya disebut membuatkan Arief terliur. Tetapi mengingatkan kembali kerja yang masih belum siap ini membuatnya hilang selera.

“Tak apa. Aku ada banyak kerja ni. Nanti tak sempat makan , membazir je.” , Arief terpaksa menolak. Dia harus fokus untuk menyiapkan kertas kerjanya ini.

“Yalah. Aku pergi dulu.” , Akhmal terus menutup pintu bilik Arief. Kini , hanya ada Arief di rumah itu ditemani oleh kerjanya.

+++

“At last ! Siap jua akhirnya !” , jam telah menginjak ke jam 11 malam. Setelah hampir dua jam dia menghadap kertas-kertas tersebut , akhirnya siap. Sebenarnya dateline lama lagi , Cuma dia tidak suka bertangguh. Itulah sikap Arief yang wajar dicontohi oleh karyawan lain. 

Dia menuruni anak tangga menuju ke dapur. Mencapai cawan lalu membancuh Nescafe kegemarannya. Kemudian , dia duduk di sofa , menonton televisyen seorang diri. Tangannya sibuk memegang telefon bimbitnya. Facebook , itulah cara dia menghabiskan masanya. Dia mencari nama seseorang di kotak chatnya.

Dia online , tapi nak kacau ke tak nak eh ? Arief ragu-ragu. Kacau je lah. Tapi kalau dia tak balas macam mana ? Padan muka kau ! Tapi , tak salahkan mencuba. Laju tangannya menyentuh skrin telefon bimbitnya.

Arief Mikhail : Assalamualaikum . Maaflah tadi tak balas. Tiba-tiba ada urgent meeting. 

Arissa Sofea : Waalaikumsalam. Tak apa.

Yes ! Dia balas weh ! Hebakk mung Arief ! 

Arief Mikhail : Kenapa masih berjaga ni ?

Arissa Sofea : Tengah tunggu durian gugur. Sebab tu tak tidur lagi.

Arief tergelak membaca jawapan tersebut.

Arief Mikhail : Hahaha. Tak sangka doktor pun pandai buat lawak.

Arissa Sofea : Macam mana awak boleh tahu saya ni doktor ? Saya ni pelawak antarabangsa tau.

Sekali lagi Arief tergelak besar. Sudah lama dia tidak gelak seperti ini. Kali terakhir sewaktu dia bersama Sara. Ahh , lupakan dia !

Arief Mikhail : Adalah. Saya ni ahli silap mata tau. Sekali tengok je dah tahu awak kerja apa.        
   
Arissa Sofea : Awak tu engineer. Bukan ahli silap mata. Perasan.

Arief Mikhail : Dan awak tu doktor , bukan pelawak antarabangsa. Perasan.

Arissa Sofea : Copy paste ! Mana aci !

Arief Mikhail : Aci kat Indialah. Hahahaha

Arissa Sofea : Tipu ! Jiran saya pun ada juga.

Arief Mikhail : Okay fine ! Awak kalah , saya menang. 

Arissa Sofea : Ehem , saya menang. Awak yang kalah. Baru betul.

Arief Mikhail : Okay , kali ni awak menang. Next time , never.

Arissa Sofea : Whatever ! Janganlah nak mimpi ya. Okay , goodnight. Assalamualaikum.

Arief Mikhail : Goodnight too. Waalaikumsalam.

Arief tersengih seorang diri.Dia menghirup air Nescafe yang sudahpun sejuk. Setelah itu , dia terus menuju ke kamarnya. 

OLDER POST / NEWER POST