budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 37
“Fathia ! Kau dekat mana ?!” , jerit Amin. Dia berlari ke arah bangku yang mereka duduk sebentar tadi. Fathia tiada juga disitu. Amin bertambah risau. Tiba – tiba bahunya disentuh seseorang. Lantas Amin menoleh ke belakang.

“Mama !” , jerit Amin dengan sekuat hatinya.

“Woi , kau dah kenapa ? Muka aku dah jadi hantu ke ?” , tanya suara yang ada dihadapan Amin itu.

“Nak aiskrim ?” , ujar suara itu lagi apabila mendapati Amin hanya terdiam seribu bahasa.

“Nur Fathia Umaira ! Kau tahu tak aku risau tengok kau tak ada ? Kau tahu tak aku penat cari kau keliling taman ?” , marah Amin kepada Fathia , orang yang disangkakan hantu olehnya.

“Alah , aku nampak ada Uncle tu jual aiskrim. So , aku pergi belilah. Haus tau berlari dengan kau ni.” , jawab Fathia selamba.

Melihat Amin yang masih agak marah kepadanya , Fathia mula mengundurkan kakinya setapak.

Dua tapak.

Tiga tapak.

“Lariiiii !!” , jerit Fathia. Laju dia berlari meninggalkan Amin dibelakang.

“Fathia ! Jangan larilah !” , jerit Amin dibelakang. Dia turut berlari selaju mungkin. Mahu mengejar Fathia yang sudah meninggalkannya.

“Cepat Fathia. Habis kau kalau kena tangkap dengan mamat tu.” , Fathia memberikan kata-kata semangat kepada dirinya. Dia tersenyum puas apabila melihat bangunan rumahnya. Kelihatan mamanya dan Puan Aina juga turut berada di luar.

“Fathia , berhenti cepat.” , jerit Amin dibelakang. Namun , Fathia mengendahkannya lalu terus memecut.

“Mama !” , jerit Fathia. Puan Alia dan Puan Aina yang mendengar suara itu terkejut.

“Ni kenapa berlari-lari ni ? Dengan aiskrim dekat tangan.” , bebel Puan Alia. Fathia masih tercungap-cungap hanya memberikan senyuman kepada mamanya.

Tidak lama kemudian , bayang Amin pula muncul. Turut dalam keadaan tercungap-cungap akibat berlari sebentar tadi.

“Kamu berdua ni kenapa sebenarnya ?” , tanya Puan Aina pula. Amin menarik nafas lalu menghembuskannya
.
“Kami lumba lari tadi. Nak kekalkan stamina.Dah lama tak berlari.” , bohong Amin kepada Puan Alia dan mamanya. Fathia hanya mengangguk.

“Bab menipu , memang nombor satu !” , getus hati Fathia.

“Dahlah , pergi mandi. Busuk !” , arah Puan Alia. Puan Aina juga mengangguk tanda setuju.

“Yalah mama.” , jawab Amin dan Fathia serentak. 

Mereka terus masuk ke dalam meninggalkan mama mereka di luar. Sebelum masuk ke rumah , sempat lagi Fathia menjelirkan lidanhnya kepada Amin. Amin hanya buat tidak tahu. Mungkin sudah kehabisan tenaga sewaktu berlari tadi.

***

Sedar tidak sedar , peperiksaan percubaan PMR sudah hampir tiba. Pelajar-pelajar Tingkatan Tiga SMK Tun Dr. Ismail sudah mula mengulangkaji pelajaran. Peperiksaan kali ini merupakan kayu pengukur tahap kefahaman sepanjang sesi pembelajaran mereka sebelum ini , jadi mereka harus buat yang terbaik.

“Thia , kau nak buat study group lagi macam tahun lepas ?” , tanya Izzati. Fathia hanya tersenyum.

“Boleh jugak. Buat dekat rumah aku.” , balas Fathia.

“Aku pun nak join. Boleh ?” , seperti biasa ada saja suara yang menyampuk perbualan mereka.

“Kau ni kan , sibuk je lah Ammar.” ,gurau Izzati. Fathia tersenyum.

“Kalau aku mesti bolehkan ?” , sampuk lagi satu suara. Siapa lagi kalau bukan Amin.

“Kau lagi menyibuk.” , gurau Fathia pula. Kemudian , mereka berempat ketawa bersama-sama.

***

“Eh , aku takutlah. “ , ujar Ammar ketika mereka sedang sibuk mengulangkaji matapelajaran Sejarah di rumah Fathia.

“Ingat kau sorang je yang takut ? Aku pun takut jugak.”, balas Izzati. Masing-masing sudah kecut perut. Mana tidaknya , PMR juga merupakan salah satu peperiksaan penting bagi semua pelajar. Sudah pasti rasa takut itu akan wujud pada diri setiap pelajar.

Amin dan Fathia hanya membisu. Meneruskan menulis nota ringkas pada buku nota masing-masing.

“Nak pen.”, minta Amin kepada Fathia. Fathia mengangkat keningnya , kemudian tersenyum.

“Pandai pun minta izin.” , perli Fathia. Kemudian , dia menyelongkar kotak pensel yang ada dihadapannya.

“Kertas apa pulak ni ?” , Fathia bertanya kepada dirinya apabila dia terlihat secebis kertas kecil berwarna hijau. Dia pelik.

“Pen please.” , ujar Amin apabila Fathia masih mengelamun.

“Aku punya pen dah habis dakwatlah. Kau pinjam Izzati punya eh.” , Fathia memberikan alasan. Dia tidak mahu rakan-rakannya tahu tentang surat itu.

“Yalah.”, balas Amin pendek.

Setengah jam kemudian , mereka berhenti mengulangkaji. Memori sudah penuh. Amin , Izzati dan Ammar terus menuju ke dapur. Mahu meminta izin untuk pulang.

“Bye Izzati. Jalan elok-elok tau.Hati-hati.” , pesan Fathia kepada rakan karibnya itu. Dia kembali masuk ke dalam , menyelongkar semula kotak penselnya.

“Surat apa ni ?” , Fathia bertanya kepada dirinya sendiri. Kemudian , dia membuka perlahan kertas yang telah dilipat-lipat itu.

“Ada budak kirim salam dekat awak.”

Fathia mengerutkan dahinya apabila membaca surat itu.

“Kirim salam ? Siapa pulak ni.” , keluh Fathia.

Kemudian , dia mengemas meja yang dipenuhi buku rujukan Tingkatan 3. Dia terus naik ke kamarnya bersama surat itu. Dia meletakkan kertas kecil itu di dalam laci lantas masuk ke tandas pula. Mahu membersihkan diri untuk menunaikan solat Asar.

“Siapa pulak yang hantar surat tu ? Ah , tak payah fikirlah. Fokus untuk trial lagi bagus.” , ujar Fathia sambil bersandar di katilnya.

Siapakah yang menghantar surat itu kepada Fathia ?

OLDER POST / NEWER POST