budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 62
“Izzati !” , jerit Fathia. Sakit telinga Izzati dibuatnya.

“Kau dah kenapa hah ? Sakit-sakit pun boleh menjerit.” , marah Izzati. Sebaik saja Fathia memberitahu Izzati bahawa kakinya terseliuh , terus dia datang ke rumah kawan baiknya itu. Tengku Ihsan turut sama melawatnya.

“Alahai. Kaki terseliuh pun nak kecoh. Siap panggil Tengku Ihsan lagi.” , balas Fathia sambil tersenyum.

“Dah dia nak ikut. Aku okay je lah.” , Izzati menjawab.

“Weh , kau rasa tak apa yang aku rasa ?” , Fathia bertanya kepada Izzati. Izzati memandangnya pelik.

“Kau ingat aku ada Sixth Sense ? Dapat tahu isi hati kau tu ?” , balas Izzati. Fathia ketawa.

“Apa yang kau rasa ?” , tanya Izzati. Beria mahu mengambil tahu tentang cerita hati Fathia itu. Fathia menyengih.

“Aku rasakan... aku kan... erm...” , tergagap-gagap Fathia mahu menjawab. Izzati memandangnya.

“I’m falling in love.” , sambung Fathia. Izzati membulatkan matanya.

“What ?” , jerit Izzati. Cepat-cepat Fathia menekup mulut Izzati.

“Shhhh. Diamlah.” , ujar Fathia. Izzati hanya tersenyum.

“Siapa ?” , tanya Izzati. Fathia tetap dengan senyumannya. Berbunga-bunga hatinya mahu memberitahu.

“Azim.” , jawabnya sepatah. Terbeliak mata Izzati mendengarnya.

"Azim ? Habis tu Tengku Ihsan kau nak campak mana ?” , tanya Izzati lagi. Fathia mengerutkan dahinya.

“Aku tak ada apa-apa perasaanlah kat dia.” , balas Fathia lalu memuncungkan bibirnya.

“Tapi dia suka kat kau.” , ujar Fathia. Muka Fathia berubah.

“Tengku Ihsan , Azim Haikal.” , Fathia mengeluh berat. Izzati hanya tersenyum kepadanya.

***

Pejam pelik pejam pelik. Mereka sudah pun menginjak ke bulan November. Fathia dan Azim seperti biasa. Masih berkawan. Masing-masing tidak mahu meluahkan perasaan. Tengku Ihsan juga seperti biasa , cuma sedikit sibuk dengan perniagaan papanya itu. Ammar dan Izzati pula ? Pasangan kekasih ini sedang sibuk menjalankan persiapan untuk majlis pertunangan mereka. Ekspress. Meninggalkan Fathia , Azim dan Tengku Ihsan dibelakang.

“Fathia ...” , Izzati memanggilnya dengan nada manja. Fathia menjongketkan keningnya.

“Nak apa hah ?” , tanya Fathia pelik. Ammar , Ihsan dan Azim yang ada disitu juga pelik dengan perangai Izzati itu.

“Jom holiday !” , ujar Izzati sambil tersenyum lebar.

“Aku bukan cikgu macam kau , dapat cuti lama.” , jawab Fathia selamba. Izzati memuncungkan bibirnya.

“Alah , please. Kita pergi berlima. Kalau nak ajak mama papa adik kakak abang kau pun boleh. Kalau tak cukup ramai kau ajaklah makcik pakcik datuk nenek. Satu kampung pun tak apa.” , pujuk Izzati. Semua mata yang memandangnya ketawa termasuklah Fathia.

“Orang seriuslah.” , rajuk Izzati.

“Aku kena check jadual kerja aku dulu.” , balas Fathia. Izzati tersenyum.

“Okay okay. Aku tunggu okay.” , Izzati mengenyitkan matanya kepada Fathia.

“Awak , jangan ngada-ngada tak nak ikut eh ?” , Izzati mengingatkan Ammar.

“Ihsan dengan Azim pun. No excuse.” , Tengku Ihsan dan Azim menelan air liur.

“Nampaknya , Cikgu Izzati lagi garanglah daripada Dr. Fathia.” , Azim tiba-tiba bersuara. Meledak ketawa mereka berempat di restoran itu. Hanya Izzati yang memuncungkan bibirnya.

***

“Assalamualaikum Zati.” , Fathia memberi salam kepada Izzati yang sedang berada ditalian.

“Waalaikumsalam. Nak apa ? Orang tengah sibuk nak kemas baju ni.” , jawab Izzati. Sungguh bersemangat mahu pergi bercuti setelah mendapat lampu hijau daripada Fathia.

“Amboi , aku nak tanya je. Kita naik kereta siapa ? Kau , aku , Ammar , Azim ?” , tanya Fathia. Nama Tengku Ihsan tidak termasuk sekali kerana awal-awal lagi dia terpaksa menolak untuk turut sama menyertai percutian ini. Dia terpaksa ke luar kawasan atas urusan perniagaan.

“Kereta aku dekat bengkel , kereta Ammar adik dia nak guna. Tinggal kereta kau dengan Azim saja.” , jelas Izzati. Fathia mengeluh.

“Ada nombor Azim tak ?” , Fathia bertanya lagi.

“Oit , kau dah lama kenal dengan Azimkan ? Takkan lah nombor dia pun kau tak ada ?”, tanya Izzati pelik. Masakan selama ini dia tidak pernah berhubung melalui telefon atau pesanan ringkas ? Sungguh tidak menghargai teknologi yang sudah ada.

“Jangan banyak bunyi boleh tak ? Bagi je lah.” , marah Fathia.

“Yalah. Aku mintak kat Ammar. Aku pun bukan ada nombor dia tu.” , terdengar ketawa Izzati di hujung talian.

“Ceh , cakap kat aku macam ada je.” , perli Fathia. Izzati masih dengan tawanya.

“Aku mesejkan nombor dia. Bye , Assalamualaikum.” , balas Izzati lalu menghentikan perbualan mereka di situ.

"Waalaikumsalam." , jawab Fathia walaupun Izzati sudah tidak dapat mendengar suaranya.

OLDER POST / NEWER POST