budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 29
“Assalamualaikum , tumpang duduk sini boleh tak ?” , tanya Izzati dengan sopan kepada dua orang lelaki dihadapan mereka.

“Waalaikum…salam.” , salah seorang budak lelaki itu menjawab lalu memandang Izzati. Fathia dan Izzati mengerutkan dahi mereka.

“Kau ?” , jerit Fathia apabila melihat wajah Amin dan Ammar dihadapan mereka. Amin juga memberikan respon. Matanya bulat memandang Fathia.

“Izzati , eh duduklah sini. Tempat ni sentiasa kosong untuk awak.” , ajak Ammar.

“Menggatal !” , jerit Fathia dan Amin serentak. Izzati dan Ammar hanya tersenyum sipu. Malu-malu kucing.

“Terima kasih.” , jawab Izzati sambil menarik tangan Fathia supaya duduk sekali dengannya. Fathia sudah memuncungkan bibirnya. Mengomel sendirian.

“Jom study ! Last paper !” , Ammar menjerit kecil. Yang lain hanya menurut.

 ***

Kringg ! Loceng tamat rehat sudah pun berbunyi. Mereka berempat kembali semula ke kelas 2 Ibnu Sina.

“One more paper !” , getus hati Fathia sambil tersenyum gembira.

“Hoi , berangan !” , sergah Amin. Hampir terkeluar jantung Fathia dibuatnya. Fathia memandang wajah Amin.

“Masalah betul dengan mamat ni tau !” , bebel Fathia dalam hati lalu terus meninggalkan Amin diluar kelas.

***

“Thia , aku tak sanggup nak berpisah dengan kau.” , Izzati berdrama dihadapan kelas 2 Ibnu Sina.

Peperiksaan Akhir Tahun sudah seminggu berlalu , kini cuti sekolah pula menyusul tiba. Sama seperti tahun sebelumnya , mereka mahu meraikan hari terakhir mereka dengan rakan-rakan dan guru-guru mereka.

“Ya Allah. Rumah aku tu sentiasa terbuka untuk kau Zati oi. Datang je lah.” , pujuk Fathia. Air mata Izzati yang jatuh dipipi segera diseka dengan tangannya. Fathia tersenyum sebaris.

“I’ll miss you , dear.” , kata Izzati kepada Fathia.

“”Miss you too.” , balas Fathia. Kemudian , mereka saling berpelukan.

“Aku kau tak nak miss jugak ke ?” , tiba-tiba suara seseorang menerjah masuk ke gegendang telinga Izzati dan Fathia. Lantas mereka meleraikan pelukan.

“Buat apa nak rindu kau ? Sibuk je.” , balas Fathia apabila melihat Amin berada di hadapannya.

“Aku ?” , satu lagi suara menyampuk. Siapa lagi kalau bukan Ammar.

“InsyaAllah aku rindu.” , jawab Izzati sambil tersenyum. Ammar tersipu malu.

“Amboi , tak habis-habis.” , ujar Fathia kepada Ammar dan Izzati. Amin hanya tersenyum.

“Dah ,jom masuk. Kejap lagi Cikgu Baddrol yang hensem tu datang , habis kita.” , arah Amin. Fathia agak terasa dengan ayat Amin itu , tetapi dia hanya mengendahkannya. Mereka semua kembali semula ke dalam kelas.

***

“Morning mama , morning papa.”  Amin menyapa Puan Aina dan Encik Aidil yang sedang bersarapan. Hari ini merupakan hari pertama cuti persekolahan. Jadi , Amin bangun agak lewat daripada biasa.

“Gembira nampak ?” , tanya Puan Aina lalu tersenyum kepada anaknya.

“Mestilah , dah cuti panjang. Periksa pun dah habis.” , jawab Amin dengan nada gembira.

“Dahlah , cepat sarapan.” , arah Puan Aina lagi. Amin hanya mengangguk.

“Kita tak ada pergi mana-mana ke pa cuti ni ?” , Amin beralih kepada Encik Aidil yang sedang asyik membelek akhbar New Strait Times ditangannya.

“Amin nak pergi mana ?” , tanya Encik Aidil.

“Anywhere. ” , Amin memberikan cadangan.

“Great idea. Bolehlah kita ajak keluarga Aunty Alia sekali.” ,  membalas. Amin sudah mengerutkan dahinya.

“Fathia ?” , Amin mengeluh perlahan. Encik Aidil dan Puan Alia memandang wajahnya.

“Kenapa ?” , tanya Puan Aina pelik.

“Tak ada apa-apa.” , jawab Amin sambil tersenyum kepada mama dan papanya. Kemudian , dia menyambung kembali suapannya.

“Menyesal aku ajak papa.” , getus Amin dalam hati.

***

“Assalamualaikum.” , sapa Encil Aidil kepada anaknya yang sedang duduk di katilnya.

“Waalaikumsalam , pa. Masuklah.” , ajak Amin. Encil Aidil hanya mengangguk lalu terus duduk disebelahnya.

“I’m sorry son , I cannot take any leave this week. Sorry.” , ucap Encik Aidil. Muka Amin berubah. Dia tersenyum seperti mendapat durian runtuh.

“It’s okay pa. Amin tak kisah.” , jawab Amin. Encik Aidil pelik melihat anaknya itu.

“Bukan Amin ke yang beria-ia sangat nak pergi ?” ,  tanya Encik Aidil.

“Itu masa tu , sekarang rasa malas pulak.” , jawab Amin selamba. Papanya hanya tersenyum lalu terus keluar dari kamar anaknya.

“Tak perlulah aku jumpa si Fathia lagi. “ , ujar Amin dalam hati lalu bersorak kegembiraan. Dia terlompat-lompat di atas katilnya. Tiba-tiba …

“Aduh ! Sakitnya.” , Amin mengaduh sambil menggosok-gosok pahanya yang sakit.

“Terlompat-lompat. Kan dah jatuh.” , Amin membebel kepada dirinya sendiri.


“Amin , turun bawah kejap.” , panggil Puan Aina di bawah.

“Yes , I’m coming. “ , jerit Amin. Kemudian , dia bangun perlahan-lahan.

“Aduh , sakitnya. Ni semua kau punya pasal.” , Amin masih membebel , menyalahkan katilnya yang langsung tidak bersalah itu.

“Amin !” , jerit Puan Aina lagi.

“Yes ma !” , jawab Amin pendek.

“Tak tahu sabar betul mama ni.” , getus hatinya lalu terus turun ke bawah.


Apa yang mahu di sampaikan oleh Puan Aina ? 

OLDER POST / NEWER POST