budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 57
“Ibu , tengok ni. Abang tersenyum ingatkan makwe dia bu.” , jerit Aida Amani apabila melihat Azim tersengih seorang diri. Mata saja yang melihat tv , tapi fikiran entah melayang ke mana.

“Kau ni kan Aida. Jangan kacau orang boleh tak ?” , Azim memarahi Aida. Aida menjelirkan lidahnya kepada Azim.

“Hah , gaduh lagi ! Jangan nak gaduh dekat sini.” , arah Puan Maznah kepada kedua-dua anaknya itu. Aida ketawa terkekek-kekek.

“Okaylah ma. Azim naik atas dulu.” , Azim meminta izin. Sempat lagi dia membaling bantal kecil kepada adiknya.

“Abang !” , jerit Aida. Azim pula yang menjelirkan lidahnya kepada Aida. Membalas dendam.

Puan Maznah menggelengkan kepalanya. Dia tersenyum melihat perangai anaknya itu. Tanpa disedari , fikirannya membayangkan kembali peristiwa empat bulan lalu.

“Azim , sampai bila kamu nak terkurung macam ni ? Dah seminggu Ika pergi nak...” , keluh Puan Maznah apabila melihat anaknya masih bersedih dengan pemergian bakal tunangnya.

Puan Maznah tidak pernah tahu menahu tentang penyakit Zulaikha. Keluarganya juga tidak tahu kecuali Zulaikha sendiri. Azim sendiri mendapat tahu tentang penyakit Zulaikha apabila dia pengsan ketika makan malam bersama Azim. Hatinya bertambah sakit tatkala doktor memberitahu bahawa Zulaikha telah pergi. Meninggalkannya untuk selama-lamanya.

“Azim tak guna bu. Harap je doktor , tapi Ika sakit pun Azim tak tahu.” , jawab Azim. Air mata lelakinya mengalir di pipi.

“Zim , janganlah buat macam ni. Arwah Ika mesti tak suka tengok Azim sedih macam ni.” , nasihat Puan Maznah lagi. Dia sudah tidak tahan melihat penderitaan anaknya itu.

“Ika , kenapa awak tinggalkan saya...” ,ucap Azim perlahan.

“Ibu , kenapa ni ?” , tanya Aida pelik. Puan Maznah tersedar daripada lamunannya.

“Tak ada apa-apa. Cuma terfikirkan abang Azim kamu tu. Baru kali ni ibu tengok dia mula tersenyum gembira. Sama macam pertama kali dia jumpa arwah kak Ika dulu.” , jelas Puan Maznah dengan panjang lebar. Bibirnya mengukir senyuman.

“Abang kena sampuk kot.” , ujar Aida selamba.

“Sedapnya mulut dia cakap. Dah , pergi naik atas. Esok nak sekolah.” , arah Puan Maznah. Aida mencebik.

“Tapi bu , cerita Fuhhh ! ni belum habis lagi.” , Aida meminta simpati. Puan Maznah menjegilkan matanya. Aida yang faham dengan isyarat ibunya itu terus bangun dari sofa.

“Good night ibu. Assalamualaikum.” , ucap Aida lalu meninggalkan ibunya seorang diri di ruang tamu.

***

“Assalamualaikum ma.” , sapa Fathia melihat mamanya sedang sibuk menggoreng mi di dapur.

“Waalaikumsalam. Dah nak pergi ke ?” , tanya Puan Alia apabila melihat Fathia sudah bersiap-siap dengan kot putih ditangannya.

“Ha’ah. Nanti keluar lambat , takut jam. Lambat.” , jelas Fathia sambil duduk di kerusi. Menghirup air teh yang masih panas.

“Tak nak makan dulu ?” , tanya Puan Alia lagi. Kasihan melihat Fathia , asyik terkejar-kejar mahu ke hospital. Badannya juga sudah sedikit susut. Mungkin kepenatan.

“Tak apalah. Nanti Fathia makan dekat kantin hospital.” , balasnya sambil tersenyum. Dia bangun dan pergi ke arah mamanya. Dia mencium tangan Puan Alia.

“Jalan baik-baik okay.” , pesan Puan Alia. Fathia hanya mengangguk lalu terus meninggalkan dapur.

***

“Alamak! Encik , saya minta maaf sangat-sangat. Saya betul-betul tak sengaja.” , Fathia gelabah apabila jus oren yang ada ditangannya tertumpah pada baju seorang pemuda. Habis basah bajunya. Cepat-cepat Fathia mengeluarkan sapu tangan di dalam tas tangannya. Mengelap baju kemejanya yang telah basah itu.

“It’s okay. Sikit saja.” , pemuda itu bersuara. Dia mengambil sapu tangan tersebut dari tangan Fathia.

“Azim ?” , terbuntang mata Fathia apabila melihat wajah pemuda dihadapannya itu. Kemudian , dia tergelak kecil.

“Lah , awak lagi ?” , tanya Azim pula. Tidak sangka dapat bertemu kembali. Walaupun mereka bekerja di hospital yang sama , mereka jarang sekali dapat berjumpa. Fathia hanya tersenyum.

“Baju awak kotor.” , Fathia mengingatkan Azim.

“Dan air awak dah tinggal sikit.” , ujar Azim. Kemudian , mereka sama-sama tergelak.

“Nanti keringlah baju saya ni. Jom makan. Laparlah.” , ajak Azim. Fathia hanya menurut. Mereka berdua pergi ke kaunter. Memesan makanan untuk mengisi perut yang sudah kelaparan itu.

OLDER POST / NEWER POST