budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 41
“Fathia , aku nak ucapkan selamat berjuang untuk kau !” , ucap Izzati. Fathia hanya mengukirkan senyuman. Kemudian , mereka saling berpelukan di luar dewan peperiksaan.

“Kau pun.” , Fathia berkata kepada Izzati.

Hari ini , perjuangan mereka bermula. Semua pelajar Tingkatan Tiga sudah bersedia untuk bertempur menjawab soalan-soalan peperiksaan. Segala ilmu yang telah dipelajari selama tiga tahun digunakan sebaik-baiknya.

“Fathia .” , jerit seseorang dibelakangnya. Fathia menoleh ke belakang.Dia tersenyum.

“Amin. Goodluck !” , ucap Fathia.

“Ingat janji kita okay ?” ,pesan Amin. Fathia hanya mengangguk. Mereka sama-sama masuk ke dalam dewan peperiksaan.


***

Pejam celik pejam celik , hari ini sudah masuk hari terakhir peperiksaan PMR. Untuk semua pelajar aliran sains , mereka sudah meraih kebebasan pada hari Jumaat yang lalu. Pelajar-pelajar yang mengambil Bahasa Arab pula akan menamatkan perjuangan pada hari ini.

“Thia , just one more. Yay !” , Izzati berkata dengan riang.

“Jawab dulu. Baru boleh gembira.” , kata Fathia. Dia juga sangat teruja. Hari ini hari terakhir PMR , selepas ini tak perlulah lagi dia bersengkang mata menghadap buku rujukan yang tebal itu.

“Selamat berjuang !” , pesan Izzati. Kemudian , mereka masuk ke dalam dewan peperiksaan. Berjuang untuk kertas terakhir.

“Masa menjawab telah tamat. Sila letakkan pen anda.” , kedengaran suara pengawas peperiksaan dibahagian hadapan. Semua pelajar di dalam dewan itu sudah terseyum bangga. PMR sudah pun tamat !

“Thia , apa kita nak buat lepas ni hah ? Bosanlah.” , tanya Izzati sebaik saja melangkah keluar dari dewan peperiksaan. Senyuman masih tidak lekang dari bibir mereka berdua.

“Entah , aku pun tak tahu.” , jawab Fathia selamba.

***

“Saya nak awak bentuk satu kumpulan yang mempunyai dua orang ahli. Lelaki dan perempuan. Sekarang.” , arah Cikgu Nazirah. Disebabkan PMR sudah tamat , pihak sekolahlah yang akan mengatur semua program mereka. Fathia mengerutkan dahinya. Izzati juga begitu.

“Cikgu ni , pelik-pelik je lah.” ,bebel Fathia. Izzati mengeluh perlahan.

“Kau nak pilih siapa ?” , tanya Izzati. Fathia hanya mengangkat bahunya.

“Izzati , sudi tak kau jadi ahli kumpulan aku ?” , tanya Ammar secara tiba-tiba. Sudah seperti mahu melamar kekasih bunyinya. Izzati tersenyum lalu mengangguk tanda setuju.Izzati sudah duduk dibelakang Ammar. Meninggalkan Fathia seorang diri.

“May I ?” , terkejut Fathia apabila mendengar suara dibelakangnya. Fathia juga tersenyum.

“Of course.” , Fathia menjawab. Dia memandang wajah lelaki dihadapannya. Siapa lagi kalau bukan Amin.

Semua murid telah duduk bersama-sama dengan pasangan masing-masing. Tiba-tiba , Cikgu Nazirah bersuara.

“Okay semua , dengar sini. Saya nak awak cabut satu kertas yang ada di dalam mangkuk ini. Awak semua harus melakukan tugasan yang telah ditulis pada kertas ini. No cheating.” , Cikgu Nazirah menerangkan cara-cara permainan ini. 

Semua pelajar 3 Ibnu Sina kelihatan bersemangat mahu meneruskan permainan ini.

“Wakil , sila buat cabutan di depan.” , arah Cikgu Nazirah lagi.Amin pergi ke hadapan sebagai wakil kumpulannya. Selesai mencabut satu kertas , dia kembali kepada Fathia. Mereka membuka kertas itu bersama-sama.

“What ?!” , terbuntang mata Amin dan Fathia apabila membaca tugasan yang tertera pada kertas itu.
Bukan wajah Amin dan Fathia saja yang berubah , pelajar-pelajar lain juga turut sama terkejut.

“Okay class , esok kita berkumpul di bilik muzik jam 8.30 pagi. Sila bersedia dengan kumpulan masing-masing.” , jelas Cikgu Nazirah lagi.

“Lah , esok ke ?” , ucap Amin perlahan. Dia sudah seperti mahu menangis melihat kertas yang dicabutnya dihadapan.

“Tulah kau , lain kali pilihlah lain.” , bebel Fathia.

“Mana aku tahu. Kalau aku tahu , dah lama aku tukar.” , balas Amin pula.

“Dahlah , kita dah tak ada masa. Jom bincang.” , ajak Fathia. Amin hanya mengangguk lemah. Dia melihat sekali lagi kertas itu.

Apakah tugasan untuk mereka ? Nantikan...

OLDER POST / NEWER POST