Cinta Muka Buku - Episod 1
"Ya ma. Sekejap. Nak
bangunlah ni." , aku mengeluh perlahan apabila terdengar satu suara yang
menjerit lantang menyuruh aku bangun dari mimpi indah yang baru saja tercipta.
Jam di meja sisi dikerling. 6 pagi. Aku menarik semula selimutku sehingga
menutup kepala.
"Arissa ! Mama kan dah
suruh bangun. Anak dara ni kan. Kamu tak pergi kerja ke ?" , tanya Datin
Aida dengan suara yang agak meninggi. Aku mengeluh lemah.
"Pergilah ma. Mana
boleh cuti-cuti Malaysia sesuka hati." , jawabku dengan mata yang masih
tertutup rapat. Orang nak tidur pun tak boleh.
"Dah tu ? Tak reti-reti
nak mandi ? Ini kalau ada suami nanti macam mana ? Hari-hari kena kejutkan kamu
yang susah nak bangun ni. Dah terbalik pulak. Sepatutnya isteri yang kejut suami
, ini suami yang kejut isteri." , kata-kata pedas dari mulut mama itu
membuatku terus terbangun. Terkejut mama melihat aku tiba-tiba ada disisinya.
Dengan rambut yang panjang tidak tersisir rapi , baju pula warna putih berseri.
Fuhhh , dah serupa gaya Maya Karin dalam filem Potianak Harum Sundal Malam !
"Ma , sudah-sudahlah tu
ma. Arissa belum menggatal nak kahwin lagi. Tak perlulah mama asyik cakap pasal
suami isteri ni." , aku mencebik sambil memandang mama. Setiap hari tak
sah kalau mama tak sebut pasal ni. Kahwin , kahwin , kahwin. Alahai , boleh fed
up aku dibuatnya.
"You are 26 this year.
Did you realise that ? Anak kawan-kawan mama semua dah ada cucu tau." ,
perli mama. 26 tahun ? Tua sangat ke aku ni ? Anak ? Suami pun belum terfikir ,
apalagi pasal anak. Lagipun , siapalah yang nak kat Doktor Arissa Sofea yang
garangnya macam singa ni.
"Yes , I know. Tapi ,
kalau calon pun tak ada. Nak kahwin macam mana. Don't worry. Kalau ada jodoh ,
anak mama ni akan kahwin punya." , selorohku bersahaja. Tiba-tiba , terasa
pahaku dipukul kuat. Mama ni , sakitlah. Kalau perlahan tak apa. Aku
menggosok-gosok pahaku sambil menjeling ke arah mama. Mama tersenyum sambil
menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Dah lah ma. Nak pergi
mandi. Layan mama punya cerita , memang sampai minggu depan pun belum tentu
habis." , aku terus turun dari katil , menuju ke arah ampaian. Dengan
longlai , aku masuk ke dalam tandas. Sedia untuk memulakan hariku di Hospital
Selayang.
###
"Hai sayang. Marilah sini. Duduk dengan I." , ajak Arief kepada seorang wanita seksi dihadapannya. Wanita itu hanya
tersenyum lalu meninggalkan dirinya. Kemudian , tangannya mencapai segelas
minuman yang sudah tersedia di atas meja. Arief meneguknya sehingga habis.
"Cis , dah pukul 4 pagi
!" , gumamnya apabila melihat jam yang ada ditangannya. Sudah lama benar
dia duduk di situ. Melayan perasaannya seorang diri. Dia cuba untuk bangun.
Namun , dia terduduk semula. Mungkin disebabkan terlalu banyak minum ,
kepalanya terasa berat sekali. Dia cuba untuk bangun sekali lagi dan berjaya.
Perlahan-lahan , dia berjalan menuju ke pintu keluar untuk mendapatkan
keretanya. Dia harus pulang ke rumahnya.
"Sara , kenapa awak
buat saya macam ni ? Apa salah saya ?" , Arief bermonolog seorang diri.
Dia mengeluarkan kunci kereta dari kocek seluarnya lalu memboloskan dirinya ke
dalam kereta. Matanya tertancap kepada foto seorang perempuan yang ada
dihadapannya. Arief mengambilnya dengan kasar sekali.
"Kau jahat ! Kau memang
penipu ! Dasar perempuan tak sedar diri ! Perempuan tak guna ! Tak guna !"
, jeritnya sekuat hati seolah-olah gambar itu boleh mendengarnya. Tanpa sedar ,
air mata lelakinya mengalir di pipi. Laju dia merembes air matanya. Gambar yang
ada ditangannya dikoyakkan sehingga menjadi cebisan kecil. Enjin kereta dihidupkan
lalu keretanya laju meluncur meninggalkan kawasan kelab malam tersebut.
+++
"Arief , bangun !"
, jerit Akhmal apabila melihat sahabatnya itu terbaring di sofa ruang tamu.
Bilalah agaknya kau nak berubah Arief oi.
"Mal , janganlah kacau
aku nak tidur. Aku pening kepala ni." , jawab Arief acuh tak acuh. Akhmal
mengeluh perlahan. Dah agak dah , mesti mabuk lagi.
"Kau minum berapa botol
pula semalam ? Apasal tak tidur kat sana je." , selamba Akhmal memerli
Arief. Nak kata jahil agama , sekolah sampai tahap Darjah Khas. Siap dapat
pangkat 1 lagi. Macam manalah benda yang haram tu pun kau boleh ambil Rief.
"Ah , diamlah kau.
Jangan nak sibuk hal aku." , sempat lagi Arief memarahinya. Tengah
sakit-sakit pun , sempat lagi marah-marah orang. Akhmal berdengus geram. Nasib
baik kau ni kawan aku. Kalau tidak , memang aku nak halau je kau dari rumah ni.
Huh !
###
"They are so
cute." , ucapku apabila melihat bayi-bayi yang ada di dalam bilik khas
itu. Tiba-tiba hatiku tersentuh tatkala menatap wajah mereka. Aku tersenyum
sendiri.
"Tak teringin ke wahai
Doktor Arissa ?" , sergah Mia ada dibelakangku. Mak aih ! Nasib baik tak
ada sakit jantung. Kalau tak , memang 'go' lah aku jawabnya. Aku memandang
wajah Mia yang sudah tersengih-sengih macam kerang busuk.
"Kau nak makan kasut ke
Doktor Mia ? Dah lapar sangat eh ?" , soalan Mia sebentar tadi aku biarkan
berlalu tanpa ada jawapan. Macam tak tahu je aku ni sensitif dengan soalan
macam tu.
"PizzaHut je cukup.
Kasut kau tu tak perlu rasanya." , balas Mia sambil ketawa kecil. Terasa
mukaku membahang. Budak ni kan , memang suka loyar buruk !
"Dahlah ! Malas nak
layan kau. Ada ramai lagi pesakit yang aku nak check." , aku cuba
melarikan diri daripada Mia. Padahal , hati aku ingin sekali tetap berdiri di
situ. Belum puas rasanya melihat bayi-bayi dihadapannya.
"Dah nak pergi ke ?
Soalan aku pun tak jawab lagi." , aku tersenyum sumbing. Ingatkan soalan
tadi dah dilupakan. Rupanya dia masih menunggu jawapan. Alahai Mia.
"Yalah. Aku pergi dulu.
Bye Mia. Bye babies..." , ayat terakhir kuucap dengan perlahan sekali.
Bimbang jika didengari oleh Mia. Tapa berlengah lagi , aku terus
meninggalkannya seorang diri.
+++
Aku tersenyum sambil menatap
skrin telefon milikku. Ramai sungguh yang mengemaskini status mereka di
Facebook. Marah , sedih , sakit hati , gembira , semua ada. Memang cukup
rasalah. Aku melihat bahagian kotak Chat yang ada disebelah kanan. Ramai yang
offline. Huh , bosannya !
"Seronok betul aku
tengok baby comel tadi sampai tak sedar ada orang memerhati."
Laju tanganku menyentuh
butang Post yang tersiar di skrin telefon bimbitku. Tidak sampai lima minit ,
kelihatan seseorang telah memberikan komen terhadap statusku sebentar tadi.
"Hahaha. Aku lah tu
orangnya. Sampai kena marah lagi."
Ceh , online juga si Doktor
Mia ni ! Tak ada kerjalah tu. Pantas aku menaip bagi membalas komen tersebut.
"Siapa suruh bagi
soalan tak masuk akal macam tu. Padan muka !"
"Alah , tanya macam tu
pun nak marah. Aku rasa soalan aku tu betul. Mana ada salah."
"Ahh , malas nak layan
kau. Suka buat aku macam ni kan Mia."
"Alahai , takkan Doktor
Arissa nak merajuk kot ? Susahlah suami kau nak pujuk nanti. Haha"
"Mia ! Sampai hati kau.
Bye. Assalamualaikum."
Marahku sudah tidak tertahan
lagi. Boleh pula dia kaitkan dengan perkataan 'suami'. Sensitif tahu tak ? Apa
punya kawanlah. Aku terus logout dari laman sosial itu. Merajuk dengan Mia.
Merajuk ! Merajuk ! Merajuk !
###
“Okay baby. Love you.” ,
ucap Arief manja kepada seorang wanita yang berada dihujung talian. Sesaat
kemudian , talian ditamatkan. Matanya tertancap semula kepada skrin laptop
miliknya.
“Hai bang , jumpa mangsa
baru ke ?” , tanya Akhmal dengan begitu sarkastik sekali lalu mengambil tempat
di sebelah Arief.
“Alah , buat kawan je. Bukan
nak buat isteri pun.” , Arief menjawab selamba sambil tersengih. Akhmal
menggelengkan kepalanya.
“Boleh percaya ke cakap kau
tu ? Sekejap baby , sekejap darling. Yang dekat club tu entah berapa ramai lagi
aku pun tak tahu. Bawa-bawalah bertaubat Rief. Kita ni dah nak masuk 29. Kalau
asyik ‘kawan’ je , bila masa nak kahwinnya.” , panjang lebar syarahan dari
Ustaz Akhmal kita yang kacak lagi bergaya ni.
“No more girls can be the
queen of my heart. Never.” , jawab Arief tegas. Hatinya sudah tertutup untuk
mencintai sesiapa pun. Cukuplah hanya ada ibu dan adiknya sahaja. Dia tidak
perlu wanita yang bernama isteri untuk menjadi suri hatinya.
“Habistu , yang bersayang ,
darling tu ? Tak baik kau mainkan hati perempuan Rief.” , ujar Akhmal lagi.
“Aku nak mereka rasa apa
yang aku rasa.”
“Tapi bukan ini caranya Rief.
Think about it. Kalau kau tak kesiankan aku , kesiankanlah ibu ayah kau. Please
, be a gentleman. Dah lima bulan dia tinggalkan kau. Takkan lah sampai
bila-bila kau nak jadi macam ni.” , Akhmal menasihati Arief sebaik mungkin.
“Kau tak rasa apa yang aku
rasa. Senanglah kau cakap. Aku sayang dia. Tapi kenapa dia sanggup buat macam
ni kat aku ? ” , marahnya sudah tidak tertahan. Penyakit si Arief dah parah
sangat ni , mengalahkan orang perempuan yang putus cinta. Haih…
“Err , memanglah aku tak ada
pengalaman. Tapi , aku rasa dah tiba masa untuk kau berubah. I want the old
Arief. Yang caring , rajin , smart , semualah. ” , Akhmal mengelipkan matanya.
Fikir comel sangatlah tu.
Akhmal terpandang bingkai
gambar yang mempamerkan gambarnya bersama sahabatnya di atas meja.
"Nanti kalau aku
kahwin. Aku nak kau jadi pengapit aku tau. Sara... mungkin dia ajak kawan dia
kot." , ujar Arief gembira. Akhmal tersengih.
"Tak naklah aku !
Seganlah. Lagipun aku bukan ada baju pun." , balas Akhmal dengan rendah
diri. Meminta simpati.
"Cakap je lah kau nak
suruh aku sponsor dari songkok sampai ke kasut. No hal lah babe. Nanti kalau
kau free , kita pergi tempah kat butik Rizman Ruzaini." , ucap Arief
kepada Akhmal lalu menaikkan sebelah keningnya. Fuhh , nak jadi klon Ziana Zain
! Ha ha ha
"What ? Kat situ mahal
sangatlah. Yang biasa-biasa cukuplah. Macam aku pula yang nak kahwin." ,
Akhmal tersenyum sumbing. Arief anak orang kaya , sebab tu dia senang-senang je
offer nak sponsor. Tapi , tak kan lah aku sesuka hati nak guna duit dia. Tak
patut , tak patut.
"Sudah. Jangan nak
banyak bunyi ! Ikut je cakap aku.” , Arief berkata dengan tegas. Akhmal hanya
mengangguk. Dah orang nak belanja , tak boleh buat apa-apa. Ikut je lah.
Arief , Arief. Malang
sungguh nasib kau Rief. Belum sempat kahwin , dah kena tinggal. Akhmal
tersenyum sendiri. Ini semua Sara punya pasal. Ada ke patut kawan aku yang
handsome bak Putera Charles tu dia tinggalkan ? Dah handsome tu satu hal. Ni
haa... poket tebal tu. Cakap je nak beli apa , gerenti dia belikan punya. Ha ha
ha ! Sempat lagi dia memuji sahabatnya yang nun jauh tak tahu kat mana.
Arief sekarang bukan Arief
dahulu yang pernah dia kenal dahulu. Kerana Sara , dia berubah. Daripada
penyayang kepada pendendam. Dari setia kepada mendua. Dari berkaki dua kepada
berkaki tiga empat lima. Kaki perempuan , kaki minum , kaki apa-apa je lah.
Yang pasti , Arief dah berubah 101 peratus !
“Woi , aku nak pergi rumah
papa aku ni. Jangan lupa kunci pintu.” , Arief menyergah Akhmal yang sudah
mengelamun jauh. Akhmal yang masih terkejut hanya mengangguk.
OLDER POST / NEWER POST