budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 64
“Mak ! Hantu !” , jerit Ammar apabila bahunya dicuit seseorang. Azim terus menoleh ke belakang. Matanya terbuntang melihat susuk tubuh yang sangat dikenalinya itu.

“Fathia ? Awak pergi mana ? Awak tahu tak kitaorang punya risau cari awak ? Izzati mana Izzati ?” , tanya Azim bertalu-talu. Fathia tersenyum.

“Banyak mulutlah awak ni. Nak saya jawab soalan yang mana satu ?” , balas Fathia. Azim menaikkan keningnya.

“Izzati aku mana , Fathia ?” , tanya Ammar. Fathia menunjuk ke arah sungai.

“Dia dah berendam dah. Tulah aku datang sini, nak panggil korang .” , jelas Fathia. Ammar mengurut-urut dadanya. Dia terus berlari ke sungai. Mahu berjumpa dengan Izzati kesayangannya itu. Ditinggalkannya Azim dan Fathia berdua di depan chalet itu.

“Jom.”, ajak Fathia. Azim mengangguk lalu tersenyum.

“Kenapa tak mandi sekali dengan Izzati ?” , tanya Azim.

“Kalau saya mandi sekali , gerenti satu tempat ni awak kena cari saya kan ?” , ujar Fathia. Dia memandang sekilas wajah Azim.

“Awaklah. Suka sangat buat saya dengan Ammar risau.” , seloroh Azim. Fathia tertawa.

***

“Fathia , jomlah masuk sekali.” , ajak Izzati apabila melihat Fathia hanya duduk di batu besar. Membasahkan bahagian kakinya sahaja. Azim , Ammar dan Izzati sudah pun basah. Berendam di dalam sungai.

“Tak naklah.” , ujar Fathia perlahan. Izzati memuncungkan bibirnya. Merajuk.

“Yalah , yalah. Aku turun.” , Fathia sudah arif sekali dengan isyarat bibir Izzati itu. Karang tak diikut , mulalah berangin satu badan. Tak sanggup Fathia mahu melayannya.

Fathia turun dengan berhati-hati. Memijak batu-batu yang kecil dan licin itu.

“Mama !” , jerit Fathia apabila dia tergelincir. Dia memejamkan matanya. Takut.

“Fathia. Bukak mata tu.” , arah Azim. Fathia membuka matanya perlahan-lahan. Mahu mengetahui di mana posisinya sekarang. Terkedu Fathia dibuatnya apabila dia sedang bersandar di tangan Azim. Ya , Azim sempat menahannya daripada jatuh. Merah pipi Fathia dibuatnya.

“Fathia , awak okay tak ?” , tanya Azim. Fathia menatap mata coklat Amin.

“Tak ada apa-apa.” , jawab Fathia lalu terus berdiri. Ammar dan Izzati sudah ketawa terkekek-kekek. Entah apalah yang mereka gosipkan.

“Cepatlah Thia oi.” , ajak Izzati lagi. Fathia mengeluh kecil.

“Sabarlah. Nak datanglah ni.” , Fathia mula menjejakkan kakinya ke dalam air sungai yang sejuk itu. Pergi ke arah Izzati dan Ammar.

“Hati-hati.” , pesan Azim yang berjalan dibelakangnya. Fathia menoleh ke belakang sambil tersenyum kepada Azim.

Mereka berendam di dalam sungai itu selama dua jam. Selepas itu , mereka naik ke daratan. Masing-masing sudah kesejukan. Mereka kembali ke chalet. Mandi , menukar pakaian dan seterusnya solat Asar.

***

“Dr. Fathia , dah masak ke belum ?”, tanya Azim yang sedang memerhatikan Fathia memanggang ayam yang dibawa daripada rumah.

“Dr. Azim , kalau nak masaklah sendiri.” , ujar Fathia. Matanya masih fokus ke bawah. Mahu memastikan ayam yang dipanggangnya itu tidak hangus.

“Alah , tak naklah. Nak suruh Dr. Fathia jugak masak.” , balas Azim seperti kanak-kanak ribena.

“Amboi , ngada-ngadanya Dr. Azim ni.” , perli Fathia. Azim tersenyum riang.

“Woi , orang tengah lapar. Dia boleh dating pulak.”, jerit Ammar yang sedang duduk di depan unggun api bersama Izzati. Pipi Fathia terus berubah kepada rona pink. Malu.

“Nah , bawak pergi sana.” , arah Fathia sambil menyerahkan pinggan yang sudah penuh dengan ayam yang telah siap dibakar. Azim hanya tersenyum.

“Fathia , jom duduk sini.” , ajak Izzati. Fathia hanya menurut.

“Azim , nyanyilah. Suara hang kan sedap.” , arah Ammar. Azim menaikkan keningnya.

“Tak naklah. Hang je lah yang nyanyi.” , Azim menolak.

“Oh tidak , jangan bagi Ammar nyanyi. Dah serupa katak panggil hujan dah.” , ujar Izzati dengan mimic mukanya. Semua yang ada disitu ketawa.

“Nyanyilah Azim. Please.” , Izzati meminta.

“Kejap eh. Nak masuk bilik kejap.” , kata Amamr lalu terus bangun. Dia pergi ke arah bilik. Mungkin mahu mengambil sesuatu.

OLDER POST / NEWER POST