budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 48
Rumah banglo Encik Aidil dipenuhi dengan ramai orang.Ramai saudara mara dan sahabat handai Encik Aidil serta Puan Aina datang bagi memberikan penghormatan terakhir. Alunan bacaan Yaasin kedengaran di segenap ruang rumah banglo Encik Aidil itu.

Selesai solat Zuhur , Fathia terus pergi ke rumah Encik Aidil.Fathia hanya menyarungkan sepasang baju kurung berwarna putih dan sehelai tudung yang juga berwarna putih. Dia masih tidak dapat menerima berita hiba itu. Air matanya masih setia mengalir di pipinya.

“Fathia.” , sapa satu suara dibelakangnya.

“Izzati !” , jerit Fathia lalu memeluk erat sahabatnya itu. Dia menangis teresak-esak.

“Fathia , jangan macam ni Thia. Aku tak sanggup tengok kau macam ni.” , nasihat Izzati. Air matanya yang sudah terkumpul di kelopak matanya akhirnya tumpah juga.

“Tapi semalam dia elok je. Kami makan sama-sama. Kenapa dia tinggalkan aku…” , rintih Fathia sedih. Kenangan malam semalam terimbau diingatannya. Air matanya bertambah deras.

“Fathia , kau bukan Tuhan. Kau tak boleh tahan ajal seseorang. Ingat tak ustaz kata , apabila malaikat Izrail datang untuk mengambil nyawa seseorang , tidak pernah diawalkan ataupun dilambatkan walaupun sesaat. Kau kena terima kenyataan ni.” , Izzati berkata dengan panjang lebar. Dia sudah tidak sanggup melihat sahabatnya begitu.

“Tapi dia dah tak ada sebab aku, sebab aku Zati !” , Fathia menyalahkan dirinya. Kerana dia tidak berhati-hati semasa melintas , Amin yang menjadi mangsa ! Amin yang terkorban !

Izzati sudah tidak mampu menasihati sahabatnya itu. Dia memeluk erat tubuh Fathia. Kemudian , dia memandang wajah Fathia. Air mata yang ada dipipinya diseka dengan tangannya.

“Jom baca Yaasin untuk arwah.” , ajak Izzati. Fathia mengangguk lemah. Mereka duduk dihadapan sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa lagi. Kelihatan Ammar juga ada disisi arwah. Mengalunkan bacaan Yaasin untuk sahabatnya yang telah meninggalkan dunia sementara ini.

Jenazah Amin disempurnakan oleh jemaah surau dan beberapa ahli keluarganya.Encik Aidil dan Encik Fariz juga turut serta .Jenazahnya dimandikan dan dikafankan. Sebelum Tok Imam menutup muka arwah Amin , Puan Aina dan Encik Aidil mengambil peluang untuk mencium dan menatap wajahnya buat kali terakhir. Fathia menatap wajah Amin dari jauh. Dia kelihatan seperti sedang tidur. Mukanya berseri. Air mata Fathia jatuh lagi. 

Kemudian , Tok Imam mengetuai solat jenazah. Selepas Asar , arwah Amin sudah sedia untuk dibawa ke Tanah Perkuburan Dato’ Ismail yang terletak berdekatan dengan rumahnya.

***

“Fathia , jom balik.” , ajak Puan Alia. Fathia masih terduduk di atas tikar , merenung pusara Muhammad Amin Raiqal , sahabatnya dunia akhirat. Air mata memang sedari tadi tidak dapat berhenti mengalir.

“Fathia , tak baik tau menangisi orang yang dah tak ada. Kesian arwah.” , nasihat Puan Alia. Fathia menyeka air matanya dengan kasar.

“Amin  , aku balik dulu ya. Nanti aku datang lagi. Assalamualaikum.” , ucap Fathia lemah. Dia bangun , melipat tikar tersebut.

“Jom.” , Puan Alia mengajak lagi. Fathia hanya mengangguk. Mereka berdua meninggalkan pusara Amin.

OLDER POST / NEWER POST