budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 67
“Fathia , jom pergi lunch.” , ajak Azim. Muka Fathia monyok.

“Saya pergi dengan Tengku Ihsan.” , jawab Fathia tanpa menoleh ke arah Azim. Azim pelik.

“Tapikan semalam awak dah janji nak luch dengan saya ?” , Azim mengingatkan.

“Saya kata tak nak tu tak naklah. Pergilah lunch dengan kekasih awak.” , seloroh Fathia lalu meninggalkan Azim.

“Kekasih ? Kekasih mana pulak ni.” , keluh Azim. Dia tidak mengerti langsung apa yang terjadi pada Fathia. Tiba-tiba saja sikap Fathia dingin kepadanya.

***

Seperti yang dijanjikan , tengah hari itu Fathia dan Tengku Ihsan mahu pergi makan tengah hari bersama-sama.

“Fathia ? Jom.” , ajak Tengku Ihsan. Fathia tersenyum.

“Fathia , tunggu !” , jerit Azim sambil berlari mengejar Fathia dan juga Tengku Ihsan.

“Awak masuk kereta dulu , biar saya yang cakap dengan dia.” , ujar Ihsan. Fathia merasa serba salah apabila membuat Azim begitu. Tetapi egonya yang tinggi itu menidakkannya. Dia terus masuk ke kereta BMW milik Ihsan.

“Fathia ! Tunggu !” , jerit Azim lagi. Tengku Ihsan menghalang jalannya.

“What are you doing ? I want to see Fathia. Not you.” , marah Azim. Ihsan memandangnya.

“Buat apa kau nak jumpa dia ? Kau kan ada kekasih lain. Pergilah layan dia.” , kata Ihsan selamba lalu terus meninggalkan Azim seorang diri.

“Arghh ! Apa semua ni ?” , jerit Azim.

***

Sudah lebih kurang seminggu Fathia tidak melayan Azim. Walaupun kadang-kadang mereka bertembung sesama sendiri , masing-masing tidak mahu mengeluarkan suara. Malas mahu bertekak. Azim juga sudah buntu. Apa salah yang telah dia lakukan sehingga Fathia teramat marah kepadanya ? Izzati dan Ammar juga tidak mahu masuk campur. Malas mahu melayan.

To : Tengku Ihsan
Text : Ihsan , aku tak nak gaduh dengan kau. Cuma aku nak tanya kenapa Fathia berubah ? Apa yang aku dah buat pada dia ?

Laju jari-jemarinya menaip pesanan ringkas kepada Tengku Ihsan. Setelah itu , dia menekan butang send yang ada pada telefonnya. Tidak sampai beberapa minit , telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk.

From : Tengku Ihsan
Text : Take a look at this picture and ask yourself what have YOU done to her.

Azim melihat MMS yang telah dihantar oleh Tengku Ihsan kepadanya. Azim mengeluh berat.

“Ya Allah. Apa semua ni.” , kata Azim seorang diri. Dia mencapai kunci kereta yang ada di atas meja. Terus turun ke bawah. Masuk ke dalam keretanya. Puan Maznah dan Aida yang ada di ruang tamu hanya mendiamkan diri. Azim sudah selalu berbuat begitu. Biasalah , doktor. On call je , kena pergi hospital. Mereka sudah tidak canggung melihat Azim keluar pada malam-malam begini.

Azim memandu keretanya , mahu pergi ke rumah Fathia. Fathia harus mengetahui kebenaran yang sebenarnya.

“Assalamualaikum Aunty. Fathia ada kat rumah tak ?” , tanya Azim kepada Puan Alia yang berada diluar rumah. Tak perlu susah-susah dia memanggil.

“Fathia keluar dengan Izzati. Nak Aunty sampaikan pesan ke ?” , jawab Puan Alia. Azim mengeluh berat.

“Tak apalah Aunty. Saya balik dulu.” , balas Azim lalu masuk semula ke keretanya. Dia memandu laju ke arah restoran yang selalu dikunjungi Fathia.

“Fathia , mana awak pergi.” , ucap Azim sambil memandang ke kiri dan ke kanan. Mencari kelibat Fathia.

***

“Assalamualaikum , kak Fathia ke tu ?” , terdengar suara seorang perempuan di talian.

“Waalaikumsalam. Aida ?” , tanya Fathia.

“Akak , abang Azim !” , jerit Aida. Kedengaran tangisan Aida dihujung talian. Fathia mengerutkan dahinya.

“Kenapa dengan abang Azim ?” , tanya Fathia lagi. Dia berasa tidak sedap hati. Izzati dan Ammar yang ada dihadapannya hanya memandang Fathia.

“Abang kemalangan !” , jerit Aida lagi. Sudu yang berada di tangan Fathia terlepas dari genggamannya. Air mata mengalir di pipi. Talian telefon juga sudah ditamatkan.

“Ya Allah !” , ucap Fathia.

“Fathia , kenapa ni ?” , tanya Izzati.

“Azim , dia kemalangan. Aku kena pergi hospital sekarang !” , ujar Fathia. Air matanya dibiarkan saja. Terkejut Izzati dan Ammar apabila mendengar berita itu.

“Kami ikut sekali.” , kata Ammar. Fathia membawa kereta Honda City miliknya. Dia terus masuk , meninggalkan Izzati dan Ammar.

“Azim , don’t leave me.” , ucap Fathia sambil memandu ke Hospital Kuala Lumpur. Air matanya masih mengalir.

“Azim , tunggu saya.” 

OLDER POST / NEWER POST