budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 55
Fathia baru saja mahu melabuhkan punggungnya ke atas katil.Tiba-tiba , telefonnya bordering. Minta diangkat. Fathia melihat skrin telefon bimbitnya. Tertera nama Tengku Ihsan. Dia menekan punat hijau lalu meletakkannya iPhonenya itu di telinga.

“Assalamualaikum.” , ucap Fathia.

“Waalaikumsalam. Fathia , awak busy tak hari ni ?” , tanya Tengku Ihsan ditalian. Fathia melihat kalendar yang ada di meja. Hari ini hari Ahad. Patutlah dia menelefon Fathia. Sudah tentu mahu mengajak keluar.

“Tak. Kenapa ?” , Fathia menjawab malas.

"Baru nak rehat." , keluh Fathia di dalam hati.

“Jom keluar.” , Tengku Ihsan memberitahu tujuan sebenarnya menelefon Fathia.

"Dah agak dah." , Fathia mengomel dalam hati.

“Boleh ! Tapi kena ajak Izzati dan Ammar sekali.” , Fathia memberikan syarat. Terdengar keluhan Tengku Ihsan.

Selalu sangat begini. Asal di ajak keluar , mesti bertiga. Tak pun berempat. Bak kata Fathia , jangan biarkan syaitan menjadi orang ketiga.

“Yalah. Restoran biasa okay.” , ujar Tengku Ihsan. Fathia tersengih di dalam biliknya.

“Okay boss. Jangan lupa call Izzati dengan Ammar okay. Kalau diorang tak dapat pergi , call saya cepat-cepat. Assalamualaikum.” , bebel Fathia panjang.

“Okay. Waalaikumsalam.” , jawab Tengku Ihsan lemah. Fathia menekan punat merah pula menandakan talian telah ditamatkan.

***

“Ma , Thia pergi dulu okay.” , kata Fathia sambil pergi ke arah rak kasut. Dia mengambil sepasang kasut bertumit yang berwarna hitam. Terus disarungkan ke kakinya.

“Bawa kereta baik-baik.” , pesan Puan Alia. Fathia hanya mengangguk lalu terus masuk ke keretanya.

“Bismillahirrahmanirrahim.” , ucap Fathia lalu terus meluncur keluar , meninggalkan perkarangan rumahnya.

***

Sudah setengah jam Fathia tercongok di restoran itu. Tetapi , batang hidung Tengku Ihsan pun tak nampak. Apalagi si Izzati dan Ammar. Tiba-tiba , telefon Fathia bordering. Tertera nama Izzati di skrin telefonnya.

“Fathia , I’m so sorry. Aku tak dapat joinlah. Aku kena pergi sekolah pulak. Ada mesyuarat tergempar.” , kata Izzati panjang. Fathia sudah mencebikkan bibirnya.

“Sanggup kau tinggalkan aku eh. Dah lah. Assalamualaikum.” , Fathia terus meletakkan telefon. Merajuk dengan Izzati.

“Alahai , merajuk pulak doktor ni.” , keluh Izzati apabila panggilannya ditamatkan begitu saja.

"Izzati tak pergi , mesti Ammar pun tak pergi jugak." , monolog Fathia.Dia menongkat dagunya di meja restoran itu. Telefonnya bordering lagi.

“Apa lagi si Izzati ni nak. Kacau lah.” , Fathia membebel. Tanpa melihat nama pemanggil , dia terus menjawab panggilan itu.

“Nak apa lagi Izzati oi. Kata tak nak teman aku.” , ujar Fathia dengan nada agak marah.

“Awak , ni sayalah. Ihsan.” , jawab suara pemanggil itu.” , Fathia menelan air liur.

“Sorry. Salah orang. So , where are you ?” , tanya Fathia.

“I’m so sorry. My client call , suruh jumpa dia. Urgent.” , jelas Tengku Ihsan di hujung talian. Sekali lagi Fathia mencebikkan bibirnya.

“Okay. Assalamualaikum.” , Tengku Ihsan juga menerima nasib yang sama seperti Izzati. Panggilannya terus dimatikan. Fathia mengeluh berat.

“Aku dah sampai , baru sibuk nak call. “ , bebel Fathia seorang diri. Tiba-tiba , ada satu suara memanggilnya.

“Haish , nak apa lagilah. Orang tengah sakit hati , lagi mahu dikacau. ” , keluh Fathia di dalam hati.

OLDER POST / NEWER POST