budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 2
Keesokannya di dalam kelas 1 Ibnu Sina . Hanya Fathia dan Izzati saja yang berada di dalam kelas tersebut. Almaklumlah , mereka yang lain berada di tapak perhimpunan. Mereka sahaja yang tiba-tiba rajin ke kelas.

“Eh  Izzati , kau ada bawak gam tak ? “ , tanya Fathia tergesa-gesa.

“Kau nak buat apa lagi Fathia oi. Dah lah suruh aku datang sekolah awal hari ni. Terlepas aku nak makan bihun goreng yang mak aku masak untuk aku.” , bebel Izzati.

“Amboi amboi amboi. Itu je lah kerja kau , tak habis-habis makan. Jangan banyak tanya boleh tak ? Bagi je lah kat aku.”, giliran Fathia pula membebel.

“Ye lah. Sekejap , aku ambil. “ , Izzati melangkah longlai ke arah begnya dan mengambil gam. Lalu diserahkan pula kepada Fathia. Apa lagi lah kerja gila dia ni , kata hati Izzati.

Mata Izzati terbeliak apabila melihat gamnya habis di tuang ke atas sebuah kerusi. Melihat nama yang diconteng pada meja tersebut , tertera nama AMIN di situ.

“Nur Fathia Umaira , what are you doing ?” , tanya Izzati garang.

Fathia terus menekup mulut rakannya itu dengan tangannya.

“Shhh… Senyap lah sikit. Jangan cakap kuat-kuat. Kau ni… “, marah Fathia.

“Kenapa kau buat macam ni pulak? Aduhai , korang ni tak bosan bergaduh 24 jam eh ?” , bebel Izzati.

“Alaa.. Ini balasan untuk dia sebab dia suka hati je jatuhkan aku. Tak salah kan ?” , kata Fathia sambil tersenyum seperti kerang busuk.

“Kalau aku kata salah pun , kau tetap buat kan ? So , lebih baik aku turun pergi kantin. Lapar temankan kau ni. Aku tunggu kat bawah okay.” , Izzati berlalu pergi meninggalkan Fathia keseorangan.

“Wei , tunggulah aku. “ , Fathia yang agak ketakutan terus berlari mengejar Izzati setelah mengembalikan kerusi Amin ke posisi yang asal.

Setelah tamat perhimpunan , Fathia segera menarik tangan Izzati dan berlari menaiki tangga ke kelas. Dia mahu memastikan bahawa misinya itu berjaya. Mereka sampai ke kelas dalam keadaan tercungap-cungap. Kepenatan setelah mendaki tangga hingga ke aras 3.

Tidak lama kemudian , pelajar-pelajar lain mula masuk ke kelas. Fathia pula seperti cacing kepanasan menunggu kehadiran  Amin.

“Ahh, datang pun. Get ready Fathia. Buat-buat tak tahu. Chill. “ , dia berkata dalam hati. Izzati hanya memandang sepi wajah Amin yang akan bakal menjadi mangsa gamnya. Sadis sungguh.

Amin yang sudah sampai ke tempatnya terus duduk di kerusi yang telah disirami gam.Dia langsung tidak menyedari tentang gam yang ada di kerusinya itu.

"Yes!" ,Fathia sudah bersorak kegembiraan kerana misinya telah berjaya , sehingga dia tidak menyedari bahawa guru Bahasa Melayunya telah masuk ke dalam kelas.


OLDER POST / NEWER POST