budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 7
Isnin , bermulalah semula sesi persekolahan bagi tahun ini. Bermulalah semula Perang Dunia Ketiga antara Fathia dan Amin. Keadaan itu pasti akan berlaku.Lebih-lebih lagi, mereka berdua akan berada di kelas yang sama pada tahun ini.

“Fathia , hari ni tak payah naik bas ya. Biar papa yang hantar kamu.” , arah En.Fariz kepada anaknya Fathia.

Fathia yang sudah bersiap dengan pakaian sekolahnya hanya mengangguk. Kemudian , Fathia menuju ke dapur untuk bersarapan pagi.

“Mama !” , sapa Fathia . Puan Alia agak terkejut mendengar panggilan daripada anaknya itu.

“Assalamualaikum sayang.” , perli Puan Alia kepada Fathia.

“Waalaikumsalam mama.”, jawab Fathia.

“Tahu pun jawab salam anak mama ni. So , puteri Fathia nak makan apa pagi ni ?”, Puan Alia bertanya seperti melayan anak raja. Fathia hanya tersenyum.

“Anything!” , jawab Fathia sambil tersenyum. Kemudian , papanya pula yang masuk ke dapur. Mereka bersarapan bersama-sama.

***

“Izzati !” , jerit seseorang  semasa Fatin Izzati sedang duduk di kantin. Izzati terpinga-pinga apabila namanya dipanggil.

“Siapa pulak yang jerit nama aku pagi-pagi ni. Takkan nak mengurat aku kot. Aku taknak lah weh.Perasanlah kau Izzati. Manalah ada orang yang berkenan dengan kau ni.” , Izzati mengelamun.

Tiba-tiba, seseorang menyentuh bahunya.Izzati yang agak sedikit terkejut terus memandang ke belakang.

“Lah … aku ingat abang macho mana yang nak mengurat aku. Rupanya kawan aku sorang ni. “ , keluh Izzati ke arah Fathia lalu mencubit tangan Fathia yang lembut itu.

“Aww , sakitlah Zati !”, dia menjerit kesakitan apabila dicubit oleh Izzati.

Mereka tergelak sesama sendiri. Jam di kantin jelas menunjukkan tepat pukul  7.15 pagi. Fathia , Izzati dan pelajar-pelajar SMK Tun Dr. Ismail bergegas ke tapak perhimpunan sekolah.

“Gedebuk!” , satu bunyi yang kuat seperti seseorang terjatuh kedengaran. Semua yang ada di sekitar tapak perhimpunan terkejut.

“Woi , apasal kurang ajar sangat ni ? Apa jalan ni tak cukup besar ke sampai nak langgar aku ?” , marah Fathia sambil menggosok-gosok kakinya yang kesakitan. Rupa-rupanya, Fathia yang menggegarkan tapak perhimpunan sekolah tadi. Izzati hampir saja mahu ketawa , tetapi dia menahannya. Dia terus membantu Fathia untuk bangun.

Lelaki yang telah terlanggar Fathia berasa sungguh cemas.

“Alamak , maafkan saya ! Saya tak sengaja. Saya mintak maaf banyak-banyak.” kata lelaki itu ikhlas.

Fathia yang sudah berdiri terus memandang wajah lelaki terbabit. Ekspresi mukanya terus berubah.

“Kau ?!” , Fathia menjerit kea rah lelaki tersebut.

“Fathia ? Kau rupanya. Buat penat je aku mintak maaf kat kau.Buang masa.” , lelaki itu berkata selamba.

“Aminn !! Kurang ajar kau ! “ , satu jeritan yang boleh menggegarkan kawasan sekolah itu kedengaran. Siapa sangka , lelaki yang telah melanggar Fathia itu ialah Amin, musuh ketatnya sendiri.

Pergaduhan mereka terhenti di situ apabila perngawas sekolah  mengarahkan mereka semua ke tapak perhimpunan. Namun , hati Fathia masih tidak dapat melupakan apa yang Amin telah lakukan padanya tadi. “Siaplah kau Amin!” , Fathia berkata dalam hati.

OLDER POST / NEWER POST