budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 34
“Apa ?” , Fathia dan Amin menjerit. Pelik dengan soalan Izzati dan Ammar.

“Alah , mengaku je lah yang kau ada hubungan istimewa dengan Amin. Kan ?” , ujar Izzati lagi. Ammar hanya mengangguk tanda setuju.

“Aku tak ada apa-apalah dengan dia ni.” , jawab Fathia jujur.

“Ya , kami hanya kawan je lah.” , Amin menyampuk.

“Kawan ?” , Ammar dan Fathia menjerit kecil.

“Dah tak jadi musuh dah ?” , tanya Izzati lalu mengerutkan dahinya.

“Tak.” , jawab Amin pendek.

“Jangan tanya kenapa !”  , pesan Fathia. Dia malas mahu menceritakan tentang kemalangan yang berlaku di taman sewaktu cuti sekolah yang lepas.Kemalangan yang membuatkan dia dan Amin menjadi sahabat sehingga hari ini.

“Alah , aku baru nak tanya.” , Ammar mengeluh. Amin dan Fathia hanya tersenyum.

“Bagitahulah kami.” , pujuk Izzati. Namun , tidak ada layanan daripada Fathia dan Amin. Mereka hanya mendiamkan diri.

***

Bulan April sudah pun menjelang tiba. Tetapi , peristiwa Sukan Tahunan Sekolah masih terpahat di dalam hati semua pelajar SMK Tun Dr. Ismail. Mana tidaknya , tahun ini rumah Merah sekali lagi menjadi juara. Hanya berkelebihan satu mata berbanding pencabar terdekat , rumah Kuning.

Semua ahli rumah Kuning yang baru saja mahu meraikan kemenangan juara terpaksa berputih mata apabila Muhammad Amin Raiqal telah menyumbang mata-mata terakhir dalam acara 200m.

Kini , Aminlah hero rumah Merah. Ammar dan Izzati seperti biasa , hanya menyumbangkan idea untuk hiasan khemah saja. Malas mahu terlibat dengan acara padang. Fathia yang juga antara atlet rumah Merah tidak ketinggalan menyumbangkan mata untuk rumah sukannya. Walaupun mereka akan menghadapi PMR pada tahun ini , tidak bermakna mereka akan berhenti daripada memberikan saingan kepada atlet-atlet lain.

“Kepada pelajar yang bernama Nur Fathia Umaira , Muhammad Amin Raiqal , Fatin Izzati dan Muhammad Ammar. Sila berjumpa Cikgu Nazirah di bilik guru sekarang.” , kata seorang pengawas sekolah di hadapan kelas 3 Ibnu Sina.

Fathia yang sedang mengelamun tentang Sukan Tahunan Sekolah terus tersedar. Lamunannya terhenti. Dia memandang Izzati yang ada di sebelahnya.

“Fathia , kita ada buat apa-apa ke ? Setahu aku , kerja rumah dia semua aku dah siapkan.” , jelas Izzati. Terkejut apabila namanya turut dipanggil oleh pengawas sekolah itu. Fathia juga sudah mula risau.

“Ya Allah , apa yang aku dah buat.” , Fathia berkata di dalam hati.

Amin meminta izin daripada cikgu yang menjaga kelas mereka untuk keluar. Setelah itu , mereka berempat berjalan seiring menuju ke bilik guru untuk berjumpa dengan Cikgu Nazirah.

“Ammar , kau ada buat salah ke ?” , tanya Amin perlahan. Tangan masing-masing sudah sejuk , jantung pula berdegup laju. Tidak tahu apa nasib mereka selepas ini.

“Alah , aku tak siap kerja dia. Tapi sikit je. Aku dah minta maaf dah.” , jawab Ammar selamba.

Fathia dan Izzati hanya terdiam seribu bahasa. Ketakutan jelas terpancar pada wajah mereka berempat. 

Tidak sampai lima minit , mereka sudah sampai dihadapan bilik guru.Mereka melangkah masuk ke dalam bilik guru dengan membaca basmallah. Mereka mula mencari kelibat Cikgu Nazirah.

“Dia dekat situ.” , ujar Amin perlahan. Lalu , mereka berjalan perlahan ke arah meja Cikgu Nazirah. Seperti pesalah yang sedang menantikan hukuman daripada Yang Arif.

“Kamu berempat dah sampai. Mari sini. “ , panggil Cikgu Nazirah. Mereka mendekatkan diri dengan meja Cikgu Nazirah. Menggigil kesejukan.

“Nah.” , Cikgu Nazirah menyerahkan sehelai kertas setiap seorang. Tetapi ianya bukan sekadar kertas kosong , ianya mempunyai tulisan. Mereka berempat membaca satu persatu perkataan yang ditulis. Dahi masing-masing sudah mula berkerut.

"Surat disiplin ke ?" , gusar Ammar dalam hati.

“Pertandingan Bahas Peringkat Negeri ?” , Fathia berkata sambil matanya masih tertumpu kepada surat yang diberikan oleh Cikgu Nazirah sebentar tadi.

“Tahniah. Anda berempat telah terpilih untuk mewakili sekolah kita untuk Pertandingan Bahas.” , ucap Cikgu Nazirah. Mereka berempat memandang wajah cikgu perempuan yang ada dihadapan mereka.

“Kenapa pandang cikgu macam tu ? Takut saya.” , ujar Cikgu Nazirah. Fathia , Amin , Izzati dan Ammar mula mengukirkan senyuman.

“Ingatkan cikgu nak bagi surat disiplin tadi.Takut saya.” , jelas Ammar. Semua yang ada disitu memandang mukanya.

“What ?” , tanya Ammar pelik. Kemudian , mereka sama-sama tertawa dek kerana ayat Ammar itu. Bergegar bilik guru dengan hilaian tawa mereka.

***

Setiap petang selepas tamat sekolah , mereka akan mengadakan latihan di sekolah. Cikgu Nazirah yang bertindak sebagai pembimbing menjelaskan semua perkara tentang perbahasaan. Fathia , Amin , Izzati dan Ammar kelihatan begitu bersemangat mahu menyertai pertandingan ini.

Selama lebih kurang dua minggu mereka berlatih ,hari pertandingan tiba jua akhirnya. Seawal jam 6 pagi lagi , Fathia sudah bersiap-siap. Semangatnya membara.

“Wah , smartnya anak papa.” , kata Encik Fariz apabila melihat Fathia sudah bersiap rapi dengan blazer yang tersarung dibadannya. Sudah sama seperti dirinya ketika mahu ke pejabat. Encik Fariz tersenyum bangga.

“Terima kasih , papa.” , ucap Fathia.

“Jom pa, Thia kena pergi awal sikit. “ , ajak Fathia. Setelah bersalaman dengan mamanya , mereka bertolak ke sekolah. Cikgu Nazirah telah memberitahu bahawa beliau akan menunggu di sana.

***

“Fathia ! “ , jerit seorang lelaki yang kelihatan agak segak sekali. Fathia menuju ke arahnya.

“Hensemnya.” , ujar Fathia dalam hati sambil melirik mata yang berwarna coklat itu.

“Segak nampak.” , puji Fathia kepada Amin. Amin tersenyum malu.

“Mana Izzati dengan Ammar ?” , tanya Fathia lagi.

“Kami di sini !” , sergah Ammar dibelakang Fathia. Izzati dan Amin sudah ketawa terkekek-kekek. Fathia sudah mengurut-urut dadanya. Terkejut dengan sergahan Ammar sebentar tadi.

“Kau ni kan.” , Fathia bercekak pinggang. Ammar sudah ketakutan. Badannya menggeletar seperti sudah tidak tahan mahu terkucil.

“Semua dah ada ? Jom.” , arah Cikgu Nazirah. Ammar menarik nafas lega.

“Dah , jom naik.” , ajak Amin. Cikgu Nazirah memandu kereta Innova berwarna hitam sambil ditemani oleh seorang lagi guru pengiring. Fathia dan yang lain hanya duduk di belakang. Membuat perbincangan akhir sebelum mereka mula bertanding.

***

“SMK Tun Dr. Ismail dan SMK Dato’ Penggawa Barat. Sila bersedia dengan para peserta masing-masing.” , ucap juruacara di atas pentas. Hendak gugur jantung Fathia mendengar nama sekolahnya disebut. Amin , Ammar dan Izzati juga agak menggelabah. Almakulumlah , ini kali pertama mereka sertai pertandingan sebegini.

“Ya Allah ya Tuhanku. Kau kurniakanlah kejayaan untuk kami.” , Amin mengetuai bacaan doa , memohon kepada Tuhan yang Maha Esa.

Setelah bersalaman dengan guru-guru , mereka dengan bersemangat berjalan seiring menuju ke tempat pertandingan.

OLDER POST / NEWER POST