budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 32
“Lupa apa lagi Fathia ? Lupa nak beli barang sekolah ? Kan semua dah cukup.” , tanya Puan Alia bertubi-tubi.

“Hari ni ada penjualan buku untuk Tingkatan Tiga.” , jawab Fathia sambil tersenyum seperti kerang busuk.

“Astagfirullah , kamu ni dari tahun lepas perangai tak ubah-ubah. Asyik lupa saja.” , bebel Encik Fariz.

“Dah , pergi siap-siap. Lepastu kita pergi.” , arah Encik Fariz kepada isteri dan anaknya itu.


"Okay papa !" , ujar Fathia lalu terus berlari ke kamarnya.


***

“Wah , lamanya tak melawat sekolah ni.” , ujar Fathia setelah sampai di hadapan bangunan sekolahnya.

Seperti biasa , para pelajar dikehendaki melihat kedudukan kelas mereka untuk tahun hadapan. Ianya sudah tertampal pada papan kenyataan. Fathia tidak membuang masa lalu terus pergi ke papan kenyataan tersebut dan mencari namanya.

“3 Ibnu Sina lagi ?” , tanya Fathia kepada dirinya. Kemudian , dia tersenyum lebar.

“Yes, sama kelas lagi. Oyeah.” , Fathia sudah bernyanyi riang. Tiba- tiba … dia terlanggar seseorang.

“Awak , saya minta maaf. Saya betul-betul tak sengaja. “ , ucap Fathia yang agak sedikit kalut.

“Fathia ! Ya Allah. Lamanya tak jumpa kau !” , jerit Izzati. Rupanya Fathia telah terlanggar teman karibnya sendiri. Jodoh , jodoh.

“Izzati ! Rindu , rindu , rindu !” , kata Fathia. Kemudian , mereka saling berpelukan.

“Kau dapat kelas apa ? “ , tanya Fathia. Muka Izzati terus berubah.

“3 Ibnu Sina !” , Izzati menjerit kecil lalu tersenyum kepada Fathia.

“Kau ni , buat suspen aku je lah.” ,ujar Fathia. Dia kelihatan sungguh gembira dapat bertemu semula dengan rakannya itu.

“Okaylah. Aku tak boleh lama-lama ni. Bodyguard a.k.a Abah aku dah tunggu tu. Aku balik dulu tau.” , Izzati meminta izin mengundur diri. Fathia hanya mengangguk.  Tidak sampai beberapa minit ,bayangan Izzati sudah hilang dari pandangan mata Fathia.

“Papa , mama , jom!” , Fathia mengajak mama dan papanya untuk membeli buku-buku sekolahnya. Encik Fariz dan Puan Alia hanya menurut.


***

“Thia pergi ambil barang. Papa tunggu dekat sini je lah okay.” , ujar Fathia kepada Encik Fariz. Encik Fariz hanya mengangguk. Fathia menuju ke koperasi sekolah bagi mengambil barang keperluan yang telah dibayar oleh papanya.

Setelah selesai , dia berjalan kembali ke arah papanya. Namun , bahunya dilanggar oleh seseorang.

“Apalah nasib aku asyik dilanggar je hari ni ?” , keluh Fathia dalam hati. Dia mengurut-urut bahunya. Sudah bersedia mahu memarahi orang yang telah melanggarnya itu.

“Awak , maaf. Saya tak sengaja.” ,budak yang telah melanggarnya itu  berkata ayat yang hampir sama dengan Fathia tadi. Fathia memandang wajah dihadapannya itu. Dia mengerutkan dahinya.

“Kau ? Tak habis-habis langgar aku.” , ucap Fathia apabila melihat Amin dihadapannya. Amin hanya tersenyum kambing. Takut dimarahi lagi oleh Fathia yang garang itu.

“Rileks lah. Aku tak sengaja.” , Amin berkata dengan sopan santun.

“Yalah , yalah. Eh , kau dapat kelas mana ?” , tanya Fathia. Amin mengerutkan dahinya.

“Ni apasal semua orang buat muka ni ? Sepak baru tahu.” , ugut Fathia. Amin sudah mula mahu ketawa , tetapi disimpannya.

“3 Ibnu Sina je lah. Kau ?” , jawab Amin dengan selamba.

“Sama.” , balas Fathia pendek. Adakah itu sengaja atau kebetulan , hanya pihak sekolah saja yang tahu.

“Sama kelas lagi. Bosan asyik tengok muka kau je.” , ucap Amin. Fathia sudah mula naik darah.

“Kau ni kan. Sakit hati aku !” , kata Fathia jujur. Amin sudah mula mengatur langkah. Seperti tahu apa yang akan berlaku selepas itu.

“Amin ! Jangan lari !” , jerit Fathia apabila melihat Amin sudah berlari meninggalkannya.

Tidak habis-habis dengan adegan berlari. Mungkin ianya agak sesuai dengan kelayakan mereka yang bergelar atlet SMK Tun Dr. Ismail. Habis satu sekolah mereka jelajahi. Sehinggalah …

“Apa awak berdua buat disini ?” , tanya satu suara garau kepada Amin dan Fathia. Mereka berdua membisu. Mulut mereka seperti sudah digam dengan gam gajah.

“Kami … saja-saja berjalan disini. Sudah lama tidak meihat kawasan sekolah. Rindu pula rasanya.” , jawab Fathia tergagap-gagap. Amin hanya mengangguk seperti burung belatuk.

“Baiklah. Jangan merayau ke tempat lain. “ , pesan Cikgu Baddrol ,guru disiplin sekolah. Patutlah wajah Fathia dan Amin terus berubah seperti terlihat hantu. Rupanya terserempak dengan Cikgu Baddrol yang pernah dilabel hensem oleh Amin suatu ketika dahulu.

“Kau punya pasallah ni.” , Amin menyalahkan Fathia. Fathia sudah bercekak pinggang.

“Amboi , kau yang lari tinggalkan aku , nak salahkan aku pulak eh.” , bebel Fathia. Amin menutup kedua-dua belah telinganya tidak mahu mendengar Fathia membebel.

“Dahlah , papa dengan mesti dah lama tunggu.”, ujar Amin. Fathia hanya mengangguk tanda setuju. Mereka berjalan seiring meninggalkan bahagian bangunan sekolah itu.

***

“Fathia , esok macam biasa. Papa hantar okay.” , pesan Puan Alia sebelum Fathia mahu masuk ke kamarnya.

Sedar tidak sedar , cuti sekolah akhir tahun sudah mahu melabuhkan tirainya. Fathia juga sudah bersedia untuk menjadi pelajar PMR. Perasaannya bercampur baur , samada sedih ataupun gembira.

“Okay ma.” , jawabnya pendek. Dia terus naik ke atas meluru ke tandas biliknya. Dia mengambil wuduk lantas menunaikan solat Isyak.

“Bismillahirrahmanirrahim.” , ucap Fathia yang sudah terbaring di atas katilnya yang empuk itu. Dia memejamkan matanya lalu terus tertidur.

OLDER POST / NEWER POST