budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 9
Hari yang ditunggu-tunggu oleh semua murid sudah tiba. Pagi-pagi lagi Fathia sudah bersiap dengan pakaian sukan sekolahnya. Sungguh bersemangat.

“Assalamualaikum mama , papa. “ , sapa Fathia dengan wajah yang ceria.

“Waalaikumsalam” , jawab mereka serentak.

“Berseri-seri muka anak mama pagi ni.” , kata Puan Alia dengan selamba.

“Bukan hari-hari ke muka anak mama ni berseri-seri ? “ , pernyataan Fathia itu membuatkan mama dan papanya tergelak di meja makan.

Fathia mengambil sarapan yang telah dimasak oleh ibunya sendiri. Selepas makan , papanya , En.Fariz menghantar Fathia ke sekolahnya.

***

“Fathia , you can do it ! “ , sorakan daripada suara yang tidak asing lagi iaitu Izzati.

Kini , sedang dijalankan acara 4 x 200m Perempuan. Fathia telah dipilih sebagai pelari keempat dalam kumpulan A. Apabila terdengar bunyi tembakan , pelari-pelari pertama sudah memulakan larian. Serentak itu juga , sorakan daripada rumah Merah , Biru , Hijau dan Kuning juga jelas kedengaran di situ.

Setelah berlari dengan penuh semangat kesukanan , akhirnya semua pelari sudah sampai ke garisan penamat.

“Alhamdulillah.  We are the winner.” jerit Fathia kepada pelari kumpulannya apabila sudah sampai ke garisan penamat. Dia sangat bersyukur dengan pencapaiannya itu.

***

Semasa di bawah khemah rasmi rumah Merah.

“Eh , lepas ni acara 200m lelaki. Amin ada sertai kan ? “ , tanya Izzati kepada Fathia.

“Manalah aku tahu. Aku bukannya makwe dia pun. Takkan lah aku terhegeh-hegeh nak tanya dia pulak.” , jawab Fathia malas. Izzati malas mahu melayan. 


“Fathia, Fathia” , Izzati berbisik dalam hatinya.

Kini , acara 200m Lelaki sedang berlangsung. Sekali lagi padang sekolah digegarkan dengan sorakan pelajar-pelajar SMK Tun Dr. Ismail. Bersemangat sekali menyokong rumah sukan masing-masing.

Namun , semua pelajar terkejut apabila melihat dua orang atlet telah terjatuh. Tergelincir dari trek mungkin. Kecederaannya pasti serius kerana dia terpaksa di papah ke khemah rasmi .

“Eh , itu ahli rumah Merah. Tapi siapa ya ? “ , tanya Izzati panik. 

Fathia hanya mengangkat bahu kerana tidak tahu apa-apa.  Kedudukan mereka agak jauh untuk melihat setiap wajah peserta . Lagipun rumah Merah menghantar tiga orang wakil ,agak susah untuk mengecam wajah mereka.Walaupun sedikit kemalangan telah berlaku, acara sukan tetap diteruskan seperti biasa .

Sungguhpun atlet rumah Merah ada yang tercedera , itu tidak mematahkan semangat mereka untuk terus mengumpul pingat emas bagi merebut kedudukan sebagai juara. Ianya terbukti apabila rumah Merah sekali lagi menjuarai bagi keseluruhan acara sukan sekolah pada tahun ini. Semua ahli rumah Merah bersorak kegembiraan.

***

“Itu Uncle Aidil. Apa yang dia buat kat sini. Takkan lah dia nak jemput Amin. Amin kan naik bas.” , getus hati Fathia apabila terlihat kelibat papa Amin.

Sewaktu dia hendak berjalan ke arah pintu utama , dia hampir terlanggar seseorang.

“Kakinya berbalut. Mungkin pelajar yang terjatuh tadi.” , kata Fathia dalam hati.

“Maaf.” , ucap Fathia pendek lalu memandang wajah empunya badan.

“Kau !” , kata mereka serentak sambil menunjukkan ekspresi muka terkejut.

“Rupanya kau yang jatuh kat padang. Patutlah papa kau yang jemput hari ni.”, selamba Fathia mengejek Amin. Namun, hanya Tuhan saja yang tahu betapa risaunya Fathia apabila mendapat tahu bahawa Aminlah orang yang telah mengalami kemalangan di padang tadi.

“Kau nak sibuk apahal ? Kaki aku , bukan kaki kau.” , balas Amin sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah kaki yang berbalut."Kau tak risau kat aku ke Fathia?" , sempat dia bermonolog di hadapan Fathia. Nasib baik suaranya perlahan. Fathia tidak dapat mendengarinya.

“Mungkin dia hanya terseliuh.Lagipun buat apa aku nak hairan. Sepatutnya aku lagi suka , sebab dendam aku dah terbalas.” , kata Fathia bagi menyedapkan hatinya. Dia mula mengukirkan senyuman kepada Amin.

“Good for you ! Tahniah sebab jatuh !” , Amin yang mendengar ayat itu daripada mulut Fathia berasa agak marah. Namun , marahnya terhenti apabila melihat papanya menuju ke arahnya. Fathia pula terus keluar dari pintu sekolah dah terus menghilangkan diri tanpa sempat Amin berkata apa-apa.


OLDER POST / NEWER POST