budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 23
Siapa sangka , hanya kerana buku kesayangan Fathia itu ghaib dimakan elien , mereka sudah hampir dua minggu tidak bertegur sesama sendiri. Apabila Puan Alia suruh menghantar makanan di rumah Amin , dia terus menolak. Malas , itu sajalah alasannya. Puan Alia pelik dengan keadaan itu. 

Walaupun setiap hari mereka ke surau bersama-sama , mereka langsung tidak bertegur. Bergurau apatah lagi. Puan Aina juga yang menyedari tentang perkara itu hanya mendiamkan diri. Tidak mahu masuk campur tentang urusan mereka walaupun ianya melibatkan anaknya.

Esok merupakan hari terakhir berpuasa. Jadi , Puan Alia sudah mula merancang untuk pulang ke kampung mereka. Tetapi sebelum itu , mereka haruslah membersihkan rumah mereka dahulu. Lagipun , pelajar-pelajar sekolah juga sudah bermula bercuti selama seminggu mulai esok.Fathia bolehlah membantunya. Encik Fariz juga sudah mula bercuti sejak hari ini. Sungguh bersemangat mahu meraikan hari lebaran.

“Fathia , esok tolong mama kemas rumah ya sayang ? Kalau Fathia mahu kemas pakaian untuk pulang ke kampung dahulu pun tak apa. Senang nanti.Baju raya mama dah gosok dah.” , bebel Puan Alia panjang. Fathia hanya tersenyum kepada mamanya .

“Okay , Thia kemas baju dulu ya kat atas ? “ Fathia meminta izin daripada mamanya.

Soal buku kesayangannya yang hilang itu sudah lama dilupakan. Kini yang ada dalam bayangannya hanyalah Hari Raya. Fathia terus ke bilik mamanya untuk mengambil baju rayanya yang sudah siap digosok.

Warna biru , salah satu warna kegemarannya. Dia sendiri yang memilih warna itu sewaktu mereka pergi berbelanja di pusat beli-belah Jusco. Cantik , hanya satu perkataan yang dapat diungkap apabila melihat baju kurung yang menjadi pilihan Fathia itu. Selepas mengambil bajunya , dia terus masuk ke biliknya. Mencapai sebuah beg sederhana besar dan mula mengemas pakaiannya.

***

“Thia tolong kemas bahagian rak buku papa tu eh.” , arah Puan Alia kepada Fathia.Fathia hanya menurut.

Hari ini , Fathia, papa dan mamanya sibuk mengemas rumah. Almaklumlah , esok dah nak raya. Sudah tentu bukan keluarganya saja sibuk , jiran-jiran lain juga kelihatan sedang mengemas rumah masing-masing.

“Berlalulah sudah ramadhan, sebulan berpuasa…” ,Fathia menyanyi sambil mengemas rak buku papanya yang penuh dengan buku ilmiah.

Sedang dia mengemas rak buku papanya itu , tiba-tiba…

“MAMA !! Lipas !” , jerit Fathia. Encik Fariz yang ada di luar turut boleh mendengari suaranya. Dia terus berlari ke dalam bagi memastikan apa yang sebenarnya berlaku.

Fathia sudah pun berdiri di atas sofa. Dia agak geli dengan binatang kecil , lebih-lebih lagi lipas.

“Dah tak ada dah. Turun cepat ! Sambung kemas.” , arah Puan Alia. Encik Fariz hanya mengangguk. Kemudian , dia kembali ke luar untuk mengemas bahagian laman rumahnya itu.

“Mama tak tipu kan ?” , Fathia bertanya lagi. Mahukan kepastian daripada mamanya.

“Tak tipulah. Kalau lipas tu datang lagi , mama karate dia.” , Puan Alia memberikan jaminan kepada Fathia. Barulah , dia mula turun dari sofa dan pergi ke rak buku papanya semula.

“Tiba syawal kita rayakan , dengan rasa gembira …” , Fathia menyambung nyanyiannya yang tergendala akibat masalah lipas sebentar tadi.

“Alamak ! Binatang apa pulak ni ?” , kata Fathia apabila dia ternampak seekor cicak di sebalik buku-buku. Dia cuba mengangkat buku-buku yang ada disitu dengan perlahan-lahan.

“Berhabuk dah buku ni. Kesian , kesian.” , Fathia membebel sambil mencapai bulu ayam yang ada di sebelahnya. Dia membersihkan habuk yang telah menutupi bahagian muka depan itu.

“Papa pun ada buku nota kecil rupanya. Ingatkan yang besar je dia ada.” , ujar Fathia apabila melihat buku itu kelihatan lain daripada buku-buku yang ada disitu.


Mukanya berubah apabila melihat muka depan buku yang dibersihkannya.

“What ! Ini buku kesayangan aku. Macam mana boleh ada dekat sini ?!” ,Fathia agak terkejut apabila melihat buku kesayangannya yang disangka dicuri oleh Amin ada di sini. Dia terus berlari mendapatkan ibunya.

“Ma , mana ma jumpa buku ni ?” , tanya Fathia cemas. Puan Alia menghentikan kerja mengemas sebentar. Kemudian , dia memandang Fathia.

“Ini buku Thia ? Masa tu mama jumpa kat meja ruang tamu. Mama tak tahu siapa punya , mama simpanlah kat rak buku tu.” , jelas Puan Alia. Fathia sudah mengerutkan dahinya.

“Kenapa mama tak ada cakap yang mama jumpa buku ni ?” , tanya Fathia lagi.

“Sebab kamu tak tanya , nak cakap macam mana. Dah , pergi sambung kemas sana.” , ujar Puan AIia lagi.

Fathia sudah berasa bersalah. Sudahlah dia menuduh Amin , dia juga sudah mengutuk Amin habis-habisan.

“Berdosanya aku. Amin , I’m sorry !” , ucapnya dalam hati sambil merenung buku kesayangannya yang sudah kembali ke pangkuannya itu. Dia menyambung kerja mengemasnya semula.



***


“Wah , penatnya.” , kata Encik Fariz sebaik saja siap mengemas bahagian laman rumah.

Kini , mereka bertiga sudah siap mengemas rumah. Semuanya duduk di sofa untuk melepaskan penat. Hendak minum air , mereka semua masih berpuasa. Jadi , apa yang boleh mereka lakukan ialah berehat.

“Kita balik petanglah. Masa buka , kita singgahlah mana-mana. Boleh ?” , cadang Encik Fariz.Puan Alia hanya mengangguk tanda setuju. Fathia pula hanya tersenyum sebaris. Dia masih memikirkan tentang buku kesayangannya yang sudah dijumpai itu.

“Hah , dah azan tu. Jom pergi solat Zuhur sama-sama. Lepas itu , bolehlah kemaskan barang untuk pulang ke kampung.” , Puan Alia berkata kepada suami dan anaknya.

Fathia yang mendengar perkataan kampung terus berubah.Dia berdiri , kemudian …

“Ooo , balik kampung. Ooo balik kampung. Ooo balik kampung. Hati girang…” , Fathia menyanyi lagu Balik Kampung sambil menuju ke tangga. Sungguh tidak sabar dia mahu pulang ke kampung. Dia terlupa seketika tentang masalahnya kepada Amin.

***

“Barang semua dah masukkan ? Ada yang tertinggal tak ?” , tanya Encik Fariz sebelum mereka memulakan perjalanan ke kampung Encik Fariz iaitu di Selangor. Puan Aina hanya mengangguk. Dia lantas mengunci semua pagar yang ada di rumahnya. Diihatnya Puan Aina bersama keluarganya ada diluar rumah.

“Dah nak balik kampung ?” , tanya Puan Aina.

“Ha’ah. Awak tak balik kampung ke ?” , tanya Puan Alia pula.

“Balik , tapi sekejap lagi. Lagipun bukan jauh sangat kampungnya.”, balas Puan Aina lalu memberikan senyuman kepada Puan Alia.

“Baiklah. Kalau begitu , saya pergi dulu ya.”, Puan Alia mengakhiri perbualannya.

Encik Fariz dan Fathia sudah ada di dalam kereta hanya tersenyum kepada keluarga Amin. Amin juga turut ada di luar. Fathia memandang wajah Amin. Perasaannya terus berubah.

“Amin , maafkan aku.” , getus hatinya. Kereta Estima milik Encik Fariz sudah bergerak. Mula meninggalkan perkarangan rumah banglo mereka itu.


***

“Kau mesti marah kat aku lagikan ?” , tanya Amin di dalam hati. Tiba-tiba dia teringat ugutan Fathia semasa hari buku kesayangannya itu hilang.

“Kau ingat ayat aku ni ! Selagi kau tak pulangkan buku aku tu , jangan harap aku nak maafkan kau ! Don’t ever disturb me and I’m serious !” , kata Fathia dengan nada yang tinggi. Satu kelas melihat adegan itu. Jelas keihatan linangan air mata di pipi Fathia.

“Tapi aku tak ambil pun buku tu !” , Amin mempertahankan diri. Meminta simpati daripada Fathia.

“Do you think the book has its own legs ? Can walk and leave this class ? Think for it !” , marah Fathia lagi. Kemudian , dia meninggalkan Amin dan kembali semula ke tempat duduknya.

“Amin , dah kemas pakaian untuk balik kampung ?” , tanya Puan Aina. Lamunannya terus terhenti.

“Dah mama. Ada kat bilik.” , jawab Amin. Puan Aina agak pelik melihat muka Amin yang agak sedikit sedih.
“Kenapa ni Min ?” , tegur Puan Aina.

“Tak ada apa-apa.” , jawabnya pendek. Dia cuba memberikan senyuman palsu kepada mamanya.

“Okay , mama nak pergi kemas pakaian dekat atas.” , jelas Puan Aina lalu meninggalkan Amin keseorangan di luar rumah.

OLDER POST / NEWER POST