budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 45
Hari ini merupakan terakhir sesi persekolahan. Sekali lagi , fenomena yang paling tidak disukai oleh sesetengah pelajar telah berlaku.

“Ammar , kau jangan lupa kat aku tau.” , kata Amin sambil tersenyum. Ammar mengerutkan dahinya.

“Tak ada maknanya nak lupa kat kau. Nanti masa ambil keputusan , kita jumpa lagi okay ?” ,balas Ammar.

“Izzati , kau pun jangan lupa kat aku tau.” , pesan Amin kepada Izzati pula. Izzati hanya mengangguk.

“Muka aku yang hensem ni pun jangan lupa jugak tau.” , pesan lagi satu suara.

“Alahai , muka kau tu dah melekat kat hati dia Ammar oi.”, usik Fathia. Pipi Izzati sudah bertukar kepada warna pink. Dia menunduk menahan malu.

“Fathia , aku sayang sangat-sangat kat kau.” , Izzati memeluk Fathia. Gayanya sudah tidak dapat berjumpa kembali.

“Amin , diaorang tak nak peluk kita. Aku peluk kau je lah.” , ajak Ammar. Amin membuat muka.

“Aku bukan gay !” , jawab Amin laju. Mereka tertawa bersama-sama.

***

“Amin , siap-siap.” , arah Puan Aina. Amin memandang wajah mamanya.

“Nak pergi mana ?”, tanya Amin. Puan Aina tersenyum.

“Papa ajak kita keluar makan malam dengan keluarga Uncle Fariz. Nak ikut tak?” , terang Puan Aina. Amin hanya mengangguk tanda setuju.

Dia terus berlari ke ke almari , mencari pakaian yang mahu dipakai pada malam itu. Tangannya pantas mencapai sehelai T-shirt berlengan panjang yang berwarna biru dan sehelai jeans hitam. Kemudian , dia mengambil minyak wangi yang ada di meja solek. Ditekannya beberapa kali ke badannya.

“Wangi.” , puji Amin kepada dirinya sendiri. Tiba-tiba , pintu biliknya dikuak.

“Anak mama dah siap ?” , tanya Puan Aina. Amin mengangguk lalu memberikan senyuman kepada mamanya itu.

“Jom , papa dah tunggu dekat bawah.”, ajak Puan Aina. Setelah Amin selesai menutup semua suis di kamarnya , dia terus mengekori Puan Aina yang sudah sedikit jauh dihadapan.

“Ehem , tiru aku lagi nampak.” , ayat itu terkeluar dari mulut Fathia apabila melihat Amin memakai baju biru. Sedondon dengannya. Amin menjelirkan lidahnya.

“Amboi , dah pandai jelir lidah eh ?” , tanya Fathia.

“Tengoklah siapa yang ajar. Doktor Fathia tu.” , usik Amin. Fathia mengecilkan matanya. Seperti mahu memarahi Amin.

“Fathia , jom. “ , ajak Encik Fariz. Fathia memandang ke arah papanya lalu mengangguk.

“Jumpa kau kat sana.” , jerit Amin sebelum Fathia memasuki ke dalam keretanya.

***

“Cik nak makan apa ?” , tanya pelayan restoran itu dengan sopan.

“Bihun goreng satu , jus oren satu.” , pesan Amin dan Fathia serentak. Mereka berpandangan sesama sendiri. Puan Alia dan Puan Aina juga agak terkejut. Tidak menyangka bahawa kejadian ini terjadi sekali lagi.

“Tak nak makan nasi ke ?” , tanya Encik Aidil. Mereka menggelengkan kepala masing-masing.

“Okay.” , balas Encik Aidil pendek. Kemudian , Encik Aidil memesan makanan dan minuman untuknya dan untuk yang lain.

***

“Nak suap.” , arah Amin kepada Fathia. Mata Fathia sudah terbuntang mendengar ayat yang keluar daripada mulut Amin itu. Malang sungguh nasibnya kerana mama dan papa mereka juga terdengar permintaan Amin itu. Mereka berempat agak terkejut dengan permintaan Amin itu.

“Nak Aunty suapkan ?” , tanya Puan Alia pelik. Amin menggelengkan kepalanya.

“Nak Fathia suap. Boleh ?” , Amin memandang wajah Fathia. Sudah terlalu mengharap.

“Erm…” , terkebil-kebil Fathia mahu menjawab.

“Mamat ni dah kenapa ? Aduhai…”, Fathia mengeluh di dalam hati.

“Sumbat je lah Fathia. Karang nanti tak disuap , mulalah mulut itik dia tu keluar.” , Encik Aidil mengusik Amin. Fathia hanya tersenyum.

“Please.” , Amin merayu sekali lagi. Fathia menatap wajah dihadapannya itu.

Berjaya ataupun tidak pujukan Amin itu ? 

OLDER POST / NEWER POST