budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 28
Semua mata masih memandang ke arah Ammar.

“Kau ni dah kenapa ? Sah , sah. Bila masa kau akad nikah pulak ni ?”, tanya Amin pelik.

“Eh , aku tersalah cakap ! Aku nak cakap… Jom !” , Ammar membetulkan ayatnya.Dia sudah berangan jauh. Hingga ke jinjang pelamin.Kemudian , mereka semua tertawa dengan gelagat Ammar itu. Ammar hanya tersenyum malu.

“Ammar , buat malu jelah kau ni.” , getus hati Ammar. Mukanya masih merah padam.

***

“Hoi , bagi balik pen aku ! “ , jeritan Fathia memecahkan suasana rumah banglo Encik Fariz.

“Pinjamlah sekejap. Kau ni… “ , balas Amin selamba.

“Tak reti-reti ke nak minta izin ?” , tanya Fathia lagi. Dia sudah mula sakit hati dengan Amin. Izzati dan Ammar hanya menjadi penonton setia , statik melihat aksi kedua-dua musuh dihadapan mereka.

“Tak.” , jawab Amin sambil menulis nota-nota di atas sekeping kertas.

“Anak orang kaya , pen pun tak reti nak beli sendiri.” , perli Fathia kepada Amin.

“Bukan tak beli , cuma tak bawak jelah.”, balas Amin sambil memandang wajah Fathia.

“Sama jelah tu !” , kata Fathia. Dia juga memandang wajah Amin.

“Tak samalah minah.” , Amin membalas.

“Samalah mangkuk.” , giliran Fathia pula membalas.

“Tak.”

“Sama.”

“Tak.”

“Sama.”

Izzati dan Ammar sudah pening.Masakan tidak , terpaksa melihat adegan pergaduhan Amin dan Fathia. Mereka tidak tahu bagaimana mahu menghentikan mereka itu.

“Izzati , Ammar , Amin. Mari minum. Aunty ada buat air Ribena. Cucur udang pun ada.” , ajak Puan Alia.

Kata-kata Puan Alia itu membuatkan Amin dan Fathia terus berhenti bergaduh. Izzati dan Ammar sudah menadah tangan tanda syukur kepada Allah.

“Kenapa tadah tangan ?” , tanya Fathia dan Amin serentak. Izzati dan Ammar saling berpandangan sesama sendiri. Tidak tahu bagimana mahu menjawab soalan itu.

“Erk… baca doa makan !” , jawab Ammar tergagap-gagap.

“Ha’ah. Yalah , sebelum nak makan , bacalah doa dulukan Ammar ?” , balas Izzati pula.

“Pelik-pelik jelah.” , ujar Fathia pula. Kemudian , mereka semua menuju ke meja makan. Menikmati cucur udang dengan seleranya. Amin pula hanya membasahkan tekaknya dengan air Ribena yang sejuk itu.

***

Peperiksaan Akhir Tahun yang ditunggu-tunggu telah tiba. Pelajar-pelajar SMK Tun Dr. Ismail sudah pun siap bersedia dari segi fizikal dan mental. Amin , Ammar , Fathia dan Izzati juga kelihatan sudah sungguh bersedia.

“Good luck !” , kata Amin kepada Fathia. Fathia hanya tersenyum sebaris.

“Good luck untuk kau jugak.” , balas Fathia.

“Okay para pelajar. Sila duduk di tempat masing-masing kerana kertas soalan akan diedarkan sebentar lagi.” , arah Cikgu Nazirah kepada semua pelajar 2 Ibnu Sina.

Fathia memandang ke arah kanannya. Amin mengenyitkan mata kirinya kepada Fathia. Fathia mengerutkan dahinya.

“Mamat ni dah makin teruk !” , ujarnya di dalam hati.

Kertas sudah pun diedarkan. Masa menjawab juga sudah bermula. Semua pelajar 2 Ibnu Sina menjawab dengan bersungguh-sungguh tanpa memandang kiri dan kanan mereka.

***

“We are the champion , we are the champion.” , nyanyi Izzati sesudah melangkah keluar meninggalkan kelas.

“Woi , suara tu kalau bak buluh perindu tak apa jugak. Ini tak. Silap-silap kejap lagi hujan lebat.” , bebel Fathia panjang.

“Eleh , biarlah. Hari ni kan hari terakhir exam. Apa salahnya aku menyanyi gembira ?” , balas Izzati.

“Hello , ada lagi satu kertas sayang oi. Paper Arab melambai-lambai kat kau tu.” , ujarnya kepada Izzati. Izzati sudah memuncungkan bibirnya.

“Alah , tahulah. Ini permulaan.” , jawab Izzati lagi lalu menhadiahkan secebis senyuman kepada Fathia.

“Merepek je lebih. Pergi ambil buku rujukan Arab. Kita ulangkaji kat pondok depan bengkel tu je .” , arah Fathia. Izzati hanya menurut.

Setibanya di hadapan pondok , kelihatan ada dua orang murid lelaki sedang rancak berbual. Langkah mereka terhenti. Fathia mencuit bahu Izzati.

“Tak payahlah duduk sini. Entah siapa je lelaki tu.” , ujar Fathia perlahan.

“Duduk jelah. Buat-buat tak tahu je. Okay ?”, cadang Izzati. Fathia hanya mengangguk.

Siapakah lelaki itu ?Hensem ke tidak ? Tunggu episod seterusnya...

OLDER POST / NEWER POST