budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 53
“Fathia , kita nak pergi mana ni ?” , tanya Izzati. Fathia masih fokus dengan pemanduannya.

“Setiawangsa ?” , Fathia memberi cadangan.

“Okay jugak tu.” , ujar Izzati. Fathia hanya mendiamkan diri.

“Eh , kau dengan Tengku Ihsan macam mana ?” , tiba-tiba Izzati bertanya. Fathia mengerutkan dahinya.

“Macam mana apa ? Macam biasalah.” , jawab Fathia.

“Aku rasakan , dia ada perasaan lagi tau dekat kau.” , ayat itu meluncur keluar dari mulut Izzati.

“Kau kalau tak merepek satu hari memang tak sah.”, Fathia malas mahu melayan.

Tengku Ihsan memang sering menghubunginya , mengajaknya keluar makan dan macam-macam lagi. Tetapi , Fathia bukan seperti pekerja lain yang boleh keluar sesuka hati. Dia seorang doktor , banyak lagi pesakit yang harus dirawatnya berbanding menghabiskan masa dengan Tengku Ihsan. 

Izzati dan Fathia masing-masing senyap menyepi. Melayan jiwa dengan lagu Di Saat Aku Mencintaimu yang diputarkan siaran radio Hot. Fm.

***

“Saya nak Fish and Chips dan Fresh Watermelon. “ , Fathia memesan makanan dan minuman untuknya kepada pelayan wanita yang bekerja di Secret Recipe itu. Kemudian , dia memandang Izzati.

“Kau nak makan apa ?” , tanya Fathia. Izzati hanya tersenyum simpul.

“Saya nak Tiramisu , Banana Split dan Ice Blended Chocolate. “ , jawab Izzati bersungguh-sungguh.

“Itu saja cik ?” , tanya pelayan itu. Fathia hanya mengangguk lalu tersenyum. Pelayan itu terus beredar dari situ.

“Banyak kau order eh ?” , tanya Fathia. Izzati hanya menyengih.

“Dah kau kata nak belanja. Aku orderlah. Bila lagilah doktor nak belanja aku makan. Nak harap Ammar ? Sibuk dengan kerja dia kat site. Tak ada masa nak belanja aku.” , bebel Fathia panjang.

Fathia tersenyum mendengar keluhan Izzati. Sejak Ammar menjadi jurutera , masanya selalu dihabiskan di tapak pembinaan. Tetapi dia tidak pernah lupa kepada Izzati. Masakan tidak , setiap hari Ammar akan telefon Izzati untuk bertanya khabar. Fathia ? Dia biasa saja. Hanya menumpang gembira melihat Izzati dan Ammar yang sedang diulit bahagia.

“Berangan !” , kejut Izzati. Fathia mengurut-urut dadanya. Dia membulatkan matanya kepada Izzati.

“Nak suruh aku cepat ‘jalan’ eh ?” , marah Fathia. Izzati tersenyum seperti kerang busuk.

Baru saja Fathia mahu membebel kepada Izzati , makanan dan minuman yang dipesan telah pun sampai. Terus terbantut hasratnya . Perut juga sudah membuat konsert rock .Tanpa membuang masa , mereka terus  mencapai sudu dan garfu. Bersiap sedia untuk menjamu selera.

***

Setelah mengisi perut , mereka berjalan-jalan pula disekitar pusat beli-belah itu. Kelihatan ramai juga orang yang datang ke sini. Biasalah , hari minggu. Ini sajalah peluang untuk keluar berjalan-jalan. Sedang Fathia berjalan bersama Izzati , tiba-tiba dia dilanggar seseorang.

“Badan aku ni kecil sangat ke sampai semua orang nak langgar ?”, Fathia bertanya kepada dirinya sambil menggosok-gosok lengannya.

“I’m sorry miss.” , ucap orang yang telah melanggarnya itu.

“It’s okay.” , jawab Fathia. Kemudian , dia memandang wajah yang ada dihadapannya itu.

“Awak lagi ?” , tanya suara itu. Rupa-rupanya , pemuda yang Fathia pernah terjumpa di KLIA dan hospital tempatnya bekerja itu yang melanggarnya.

“Nampaknya begitulah.” , jawab Fathia sambil tersenyum.

“Lah , kau ni Fathia. Penat aku cari kau. Nak gugur jantung aku tengok doktor peribadi aku dah hilang.”, bebel Izzati apabila Fathia menghilangkan diri.

“Ops , sorry.” , ucap Izzati apabila melihat seorang pemuda kacak berada disebelahnya.

“Tak apa.” , jawab pemuda itu lalu mengukirkan senyuman kepada Izzati.

“Woi , boleh cair aku dengan senyuman dia ni.” , bisik Izzati kepada Fathia.

“Okaylah , kami pergi dulu. Assalamualaikum.” , Fathia meminta izin. Semakin lama mereka disitu , semakin banyaklah Izzati akan merepek. Sebagai langkah keselamatan , Fathia membawa Izzati beredar dari situ. Meninggalkan pemuda itu seorang diri.

OLDER POST / NEWER POST