budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 15
“Kenapa kau bagi aku strawberi ni ?” , Amin cuba bertanya kepada Fathia. Sebiji strawberi yang dihulur oleh Fathia dari tadi masih belum disambut Amin.

“Ambillah. Ke nak aku sumbatkan kat mulut kau sendiri ?” , jawab Fathia. Dia tersenyum memandang Amin.

“Tapi …” , kata Amin lemah.

“Tapi kau tak suka makan strawberi ? “ , Fathia selamba mengungkapkan ayat itu kepada Amin. Amin terkejut mendengarnya.

“Mana kau tahu ? Bocor rahsia aku.  “ , tanya Amin yang masih dalam keadaan terkejut.

“Adalah. Akukan hebat.” , Fathia menjawab sambil tersenyum ke arah Amin.

“So , bila nak ambil strawberi kat tangan aku ni. Penat aku pegang dari tadi.” , suara Fathia agak sedikit perlahan. Seperti mahu merajuk.

“Dah tahu aku tak makan , buat apa nak bagi aku? “ , tanya Amin lagi. Namun , apabila melihat wajah Fathia yang seperti hendak menangis , diambil juga strawberi yang ada di tangan Fathia. Fathia mula tersenyum.

“Sebab aku nak suruh kau makanlah. Takkan nak simpan dalam kocek pulak.Sedaplah. Cepat , rasa ! Sikit je pun tak apa.” , Fathia membebel kepada Amin.

Amin masih teragak-agak untuk memakan strawberi yang ada di tangannya. Fathia menjegilkan matanya. Dia faham maksud yang ingin disampaikan Fathia.

“Yalah , yalah. Aku makan. Tapi sikit je tau !” , Amin akhirnya akur dengan permintaan Fathia itu. Dia memasukkan bahagian hujung strawberi itu ke mulutnya. Fathia hanya memandang wajah Amin sambil tersenyum ke arahnya. Muka Amin terus berubah. Fathia agak risau , takut-takut dia hendak termuntah pula disitu.

Amin cuba hendak menyampaikan sesuatu.Fathia hanya memandang wajah Amin.

“Kenapa aku tak pernah tahu yang rasa strawberi macam ni ?! ” tanya Amin dengan reaksi mukanya yang agak pelik. Lalu , dia menggigit lagi strawberi yang masih berbaki ditangannya.

“Pasal kau tak pernah rasa lah pak cik oi.” , hilang rasa peliknya apabila Amin mengungkapkan soalan yang agak tidak masuk akal itu. Kemudian , dia ketawa dihadapan Amin.

“Siapa cakap aku tak boleh lembutkan hati mamat ni ? Ini Fathia lah.” , Fathia berkata di dalam hati.

“Jom ! “ , ajak Amin. Belum sempat Fathia memberikan jawapan, Amin menarik lengan Fathia.

“Woi , tangan aku lah.” , marah Fathia apabila tangannya ditarik oleh Amin sesuka hati. Nasib baik Fathia memakai baju yang berlengan panjang , kalau tidak , memang sah-sahlah kepala Amin itu sudah benjol diketuk Fathia kerana sesuka hati menyentuh tangan anak dara orang.

“Nak pergi mana ni ?” ,  tanya Fathia. Langkah mereka terhenti. Amin melepaskan pegangannya. Fathia mengurut-urut lengannya yang sakit dek dipegang kuat oleh Amin.

“Nak jumpa mama. Suruh dia belikan strawberi lebih-lebih sikit.” , jelas Amin memberikan senyuman kepada Fathia.

“Lah ,nak cakap dengan mama kau , yang tarik-tarik tangan aku ni buat apa. Suka cari pasal dengan aku.” , marah Fathia. Kemudian , mereka meneruskan perjalanan semula untuk pergi ke tempat Puan Alia dan Puan Aina. Amin kelihatan sungguh bersemangat untuk menyampaikan hasratnya kepada Puan Aina. Fathia pula hanya mengekori di belakang.

***

“What ? Are you serious ? Tapikan Amin tak makan …” tanya Puan Aina apabila mendengar permintaan anaknya itu.

“Alah , mama. Please. Belikan untuk Amin.” , kata Amin seperti kanak-kanak yang ingin meminta gula-gula daripada ibu mereka.

“Yalah , kejap lagi mama belikan. Aunty Alia pun nak pergi beli untuk Fathia jugak.” , balas ibunya yang masih dalam keadaan terpinga-pinga. Kemudian , dia memandang wajah Puan Alia. Puan Alia hanya mengangguk. Dia juga turut pelik dengan keadaan itu.

Fathia yang ada dibelakangnya hanya tersenyum sebaris.

“Menyesal pulak aku paksa si mamat ni makan strawberi. Aduh !” , getus hati Fathia sambil memandang wajah Amin.

***

Strawberry Farm telah lama ditinggalkan. Kini , mereka sudah berada di dalam kereta untuk menuju ke taman bunga Rose Centre. Tetapi hanya Encik Fariz dan Encik Aidil saja yang tahu tentang destinasi ini.Ianya dirahsiakan oleh mereka berdua. 

Fathia dan Amin hanya senyap dibelakang. Masakan tidak , mulut masing-masing sudah dipenuhi dengan strawberi. Sungguh menakjubkan. Musuh disebelah mereka sendiri pun sudah tidak diendahkan. Ini semua hanya disebabkan buah strawberi.

Puan Aina yang berada di kerusi bahagian tengah bersama Puan Alia hanya berbual-bual. Mungkin membincangkan tentang perangai pelik Amin itu. Sesekali mereka menjeling ke arah Fathia dan Amin.

“Berselera sungguh. Sampai kita pandang dia pun , dia tak perasan” , kata Puan Aina perlahan.

“Kalau Fathia memang begitu. Dapat saja strawberi , jangan haraplah dia hendak pandang benda lain.” , jawab Puan Alia lalu ketawa perlahan. Takut sekiranya anak-anak mereka manyedari bahawa Puan Aina dan Puan Alia itu sedang bergosip tentang mereka.

***

Okay guys ! Dah sampai. “ , Encik Fariz memberikan isyarat bahawa mereka telah sampai.

Alangkah terkejutnya apabila melihat di sekeliling mereka dipenuhi dengan bunga ros , bertepatan dengan namanya iaitu Rose Centre.

Puan Aina dan Puan Alia sudah begitu teruja untuk memasuki ke Rose Centre itu. Amin pula hanya mengikut jejak langkah mamanya. Di tangannya terdapat sebiji lagi strawberi. Masih aktif mengunyah daripada tadi. Cuma muka Fathia saja yang lain. Tidak dapat dipastikan mengapa wajahnya berubah sebegitu.

“Sebenarnya Fathia alah pada bunga-bungaan.” , kata Encik Fariz perlahan. Encik Aidil yang mendengarnya agak terkejut.

“Kalau begitu , kenapa kita datang ke sini ? Kasihan Fathia.” , balas Encik Aidil pula.

“Habis , mamanya itu sibuk sangat hendak ke kedai bunga. Dari rumah saya sudah dipesan awal-awal supaya singgah ke sini. Kalau tidak pergi , mulalah nak merajuk.” , balas Encik Fariz lalu ketawa.

“Aina tu pun sama je sebenarnya dengan isteri awak. Sibuk sangat mahu ke sini. Hendak memborong bunga segar. Itu sajalah alasannya.” , jawab Encik Aidil pula. Kemudian , mereka sama-sama ketawa.

Mereka langsung tidak menyedari bahawa ada seorang makhluk yang sedang mendengar perbualan rahsia itu.

“Fathia , kau tak suka bunga rupanya.Patutlah muka lain macam. “ , kata Amin sambil tersenyum. 

Rupa - rupanya , Aminlah makhluk yang mencuri dengar perbualan Encik Fariz dan Encik Aidil. Dasar telinga lintah , simpulan bahasa itu memang sesuai dengan perbuatan Amin.

Encik Aidil dan Encik Fariz sudah berada jauh di depan bersama isteri mereka. Hanya Fathia dan Amin saja yang masih berada dibelakang. Lambat sungguh kaki melangkah , sama seperti kura-kura . Amin hanya tersenyum sebaris. Fathia yang melihat kelakuannya itu mula mengesyaki sesuatu.

“Apahal tersenyum-senyum ? Dah jumpa makwe baru ke tadi? “ , tanya Fathia garang.

“Biarlah. Sibuk je kau ni. Eh , kau jalan lah dulu. Aku nak tengok bunga kat sini. Cantik.” , arah Amin. 

Melihat wajah Fathia yang agak serius , dia berkata lagi , “Sekejap je lah. Tak tipu.” , sambung Amin lagi sambil mengangkat tangannya seperti pelajar yang hendak membaca ikrar.

“Yalah. Aku jalan dulu.” , jawab Fathia pendek. Dia bukan suka sangat akan keadaan di situ. Dipenuhi dengan bunga-bungaan. Fathia meninggalkan Amin dibelakang.

Tidak lama kemudian , Amin ada kembali disebelah Fathia. Fathia agak terkejut. Hampir saja dia terkena serangan jantung kerana perbuatan Amin itu. Manakala Amin pula hanya membuat muka selamba.

"Mamat ni memang dah senget" , kutuk Fathia di dalam hati.

Bersambung ...

OLDER POST / NEWER POST