budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 14
Memandangkan hujan berlarutan sehingga ke malam ,mereka tidak dapat ke mana-mana malam tadi. Oleh itu , awal-awal pagi lagi Encik Aidil dan Encik Fariz sudah mengajak keluarga mereka untuk pergi melawat ke tempat-tempat yang menarik di sekitar Cameron Highlands. Puan Aina dan Puan Alia kelihatan agak ceria mendengar berita itu. Amin dan Fathia pula seperti biasa , hanya memberikan seukir senyuman palsu.

Amin hanya mengenakan sehelai seluar slack dan juga kemeja berwarna merah. Dia kelihatan sungguh segak sekali. Lain pula cerita Fathia di bilik sebelah , dia memakai sehelai seluar jeans bersama dengan baju muslimah yang juga berwarna merah. Kemudian dia menyarungkan kepalanya dengan sehelai tudung putih. Kelihatan ayu sekali. Seperti wanita melayu terakhir.

Tanpa dirancang , mereka telah memakai pakaian yang mempunyai warna yang sama ! Ianya memang sesuatu perkara yang tidak terduga.

***

Apabila semua sudah selesai bersiap , mereka terus keluar ke lobi hotel. Cuma Fathia dan Amin saja yang masih di bilik kerana masih sibuk berdandan. 

"Okay , siap ! " , kata Amin apabila rambutnya sudah disisir rapi.

Amin yang sudah bersedia untuk turun ke lobi terus memutar tombol pintu  lalu keluar dari bilik itu. Pada masa yang sama , Fathia juga sedang berada di luar bilik.

Amin terlihat Fathia disebelahnya . “Lah ! Macam mana aku boleh pakai baju sama warna dengan minah ni pulak ? “ , tanya Amin dalam hati.

Fathia yang baru menyedari kehadiran Amin disitu juga agak terkejut.

“Merah ?! Sama dengan warna baju aku ! Aduh ! “ , getus hati Fathia pula. 

Tetapi mereka langsung tidak bertegur sapa. Kemarahan mereka hanya disimpan di dalam hati.Mereka beriringan turun ke lobi menggunakan tangga berdekatan. 

Puan Aina dan Puan Alia yang ternampak kelibat mereka agak sedikit terkejut.

Lalu Puan Aina mencuit Puan Alia , “Mereka ada hubungan lebih daripada seorang kawan ke ?” , tanya Puan Aina.

“Entah lah. Fathia tidak ada kata apa-apa pulak. Tapi mereka memang dah macam pasangan kekasih. Sepadan sekali.” , usik Puan Alia .

Secocok. Kata-kata Puan Alia itu memang benar . Apabila dilihat Amin dan Fathia yang menuruni tangga bersama-sama  , mereka kelihatan seperti bukan musuh. Tetapi seperti pasangan kekasih. Bagai pinang dibelah dua. Namun , pasti Puan Alia dan Puan Aina akan terkejut apabila mengetahui bahawa mereka yang disangka seperti pasangan kekasih itu rupanya ialah musuh dan sering bergaduh sesama sendiri.

***

Selepas bersarapan di restoran berhampiran , mereka meneruskan perjalanan ke salah satu tempat yang amat  sinonim dengan Cameron Highlands iaitu Strawberry Park. Fathia agak gembira apabila mengetahui mereka akan singgah ke tempat itu. Dia mula membayangkan lambakan strawberi ada di depan matanya.

“Hoi , berangan !” , Amin menyedarkan Fathia daripada lamunannya.

Jantung Fathia seperti mahu terkeluar. Sakit jantung dibuatnya. Fathia menjeling ke arah Amin.

“Apasal nak sibuk-sibuk ? Biarlah aku nak berangan ke apa.” , marah Fathia. Sempat lagi dia menjelirkan lidahnya kepada Amin.

“Jelir , jelir. Potong lidah tu baru tahu! “ , Amin berkata kepada Fathia. Tanpa disedari , Amin turut menjelir lidahnya kepada Fathia dengan selamba. Dia yang telah menyedari perlakuannya itu terus laju dia menekup mulutnya.

“Kau pun sama je . Aku potong lidah tu , padan muka ! “ , Fathia pula mengugut Amin dengan menunjukkan ekspresi mukanya yang garang.Padahal , saraf tawanya sudah memberi isyarat supaya Fathia ketawa. Fathia memalingkan pandangannya ke luar tingkap dan terus ketawa tanpa disedari Amin. 

Sempat lagi mereka bergaduh di belakang. Nasib baiklah ianya tidak berlarutan terlalu lama kerana belum sempat mereka mencetuskan Perang Dunia Ketiga itu , kereta telah berhenti bergerak menandakan bahawa mereka telah sampai ke destinasi yang ingin dituju.

Pergaduhan yang berlaku di dalam kereta tadi dilupakan sebentar. Fathia yang sudah keluar dari kereta menghirup udara segar disitu.

“Wah , jarang dapat hirup udara segar macam ni kat bandar. Jarang jugak dapat rasa bebas daripada diganggu mamat senget.” , Fathia sengaja menguatkan suaranya. Ayat itu khas ditujukan kepada Amin yang baru keluar dari kereta. Encik Fariz dan Encik Aidil yang mendengar ayat Fathia itu mula berasa pelik. Mereka berpandangan sesama sendiri.

“Fathia ! Kau memang cari pasal kan ? Tunggulah kau Fathia !” , marah Amin di dalam hati sambil menahan geram terhadap Fathia.

Encik Fariz dan Encik Aidil hanya membiarkan sahaja ayat Fathia yang telah mengganggu fikiran mereka sebentar tadi. Puan Aina dan Puan Alia pula sudah berada dihadapan. Jauh meninggalkan suami dan anak-anak mereka.

***

Selama lebih kurang sejam mereka berada di ladang strawberi itu. Sempat juga mereka merasai pengalaman memetik strawberi dengan sendiri. Ladang yang agak luas itu dijelajahi mereka dengan penuh bersemangat. Lebih-lebih lagi Fathia. Dia memang sukakan strawberi. Sehinggakan sebelum keluar daripada hotel pun , dia sempat lagi memesan kepada mamanya supaya membeli sebanyak strawberi yang boleh untuk di bawa pulang. Kalau boleh , satu ladang itu dia mahu beli. Memang Fathia layak digelar Puteri Strawberi. 

Lain pula bagi Amin , dia amat anti dengan srawberi. Tidak tahu mengapa sebabnya. Puan Aina juga pelik dengan anaknya itu.

Fathia juga baru mengetahui tentang kelemahan Amin itu.Dia tidak pernah menyangka muka sesegak itu rupanya tidak suka makan buah strawberi yang sungguh sedap ini.

Kemudian dia terus pergi ke arah Amin yang sedang asyik melihat pemandangan disitu. Dibawanya Amin jauh daripada pandangan mama dan papa mereka.

"Woi , apa ni tarik-tarik baju orang !" , marah Amin.

“Amin , pejam mata.” , arah Fathia. Amin sudah berasa pelik.

“Nak buat apa ?” , tanya Amin.

“Alah , jangan banyak tanya boleh tak ? Aku ada hadiah nak bagi kat kau.” , marah Fathia.

“Hadiah ? Kau ni ada-ada je lah. Bagilah dalam kereta nanti.” , bebel Amin sambil memejamkan matanya.

Sewaktu Amin sedang sibuk membebelkan Fathia , Fathia telah memberikan hadiah istimewa itu kepada Amin. Amin terus tersenyap. Mulutnya terkunci. Tidak mampu berkata apa-apa.

Apakah hadiah yang telah diberikan oleh Fathia ? Nantikan episod seterusnya.

OLDER POST / NEWER POST