budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 50
Tiga tahun kemudian…

Hari ini , Fathia akan berangkat ke Melbourne , Australia bagi menyambung pengajiannya di sana. Dia telah mendapat biasiswa daripada kerajaan kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Fathia bangun dari katil lalu terus masuk ke tandas biliknya.Setelah itu , dia menunaikan solat Subuh.

Fathia duduk bertafakur di atas sejadah , masih dengan telekungnya. Dia terkenangkan sesuatu.

"Assalamualaikum , Fathia." , sapa seseorang ketika dia sedang duduk di bangku taman. Fathia lantas menoleh ke belakang.

"Waalaikum...salam." , Fathia menjawab. Kelihatan matanya sembab , seperti baru berhenti menangis.

"Boleh saya duduk sini ?" , tanya suara itu. Fathia hanya mengangguk.

"Sampai bila awak nak menangis ?" , tanya suara itu. Fathia tidak menjawab , hanya air mata yang mengalir di pipinya.

"Saya tahu , dia dah tak ada. Tapi , awak tak boleh buat macam ni. Semua orang makin bertambah sedih tengok awak macam ni , awak tahu tak ?" , jelas suara itu lagi.

"Saya yang salah , saya ..." , ucap Fathia tersekat-sekat. Air matanya masih mengalir deras.

"Awak , itu kehendak Allah. Bukan kehendak kita. Kita kena redha dengan qada' dan qadar-Nya." , nasihat suara itu lagi. Fathia menatap muka disebelahnya itu.

"Tengku Ihsan , he's my friend ! And he died because of me ! Don't you get it ?" , marah Fathia kepada suara yang dikenali sebagai Tengku Ihsan.

Sebenarnya , Izzati dan Ammar yang menyuruh Tengku Ihsan datang ke situ. Dia mahu Ihsan menasihati Fathia.Izzati sudah tidak sanggup melihat Fathia menangis sepanjang hari , menyalahkan dirinya. Sudah setahun Amin pergi , perangainya tetap begitu. Izzati dan Ammar sudah tidak dapat membantunya lagi.

"Awak , sampai bila awak nak salahkan diri awak ?" , tanya Tengku Ihsan lagi. Dia seperti sudah mahu mengalah.

"Sampai bila-bila." , jawabnya lemah. Air mata masih setia menemani.

"Saya tak tahu nak cakap apa lagi dekat awak. Tapi , cuma satu yang saya nak ingatkan. Kalau Amin tengok awak macam sekarang ni , mesti dia sangat-sangat sedih. " , Tengku Ihsan menyampaikan ayat-ayat terakhirnya lalu bangun meninggalkan Fathia seorang diri.

"Amin..." , panggil Fathia lemah. Dia cuba berhenti menangis , tetapi air matanya bertambah deras.

Sejak itu , Fathia sudah mula berhenti bersedih. Dia mula meneruskan kehidupannya seperti dahulu.Cuma yang membezakannya ialah , tiada lagi gelak tawa Amin menemaninya. Yang hanya adalah kenangan yang telah tercipta antara mereka. Dia redha dengan ketentuan Allah yang Maha Esa itu.

"Fathia sayang." , Puan Alia memanggil anaknya. Lamunannya terus terhenti. Segera dia menyeka air mata yang masih berbaki. Dia menoleh kepada mamanya.

"Dah siap ?" , tanya Puan Alia. Fathia hanya mengangguk lalu tersenyum segaris.

"Mama dengan papa tunggu dekat bawah ya." , ujar Puan Aina lalu terus menutup pintu kamar puterinya.

Fathia menekup mukanya. Kemudian , dia memandang ke arah bingkai gambar yang ada di atas mejanya. Fathia mengambilnya , menatap setiap wajah yang ada disitu.

"Amin , Aku , Ammar , Izzati."' , dia menyebut satu-persatu. Air matanya jatuh lagi. Dia menyekanya dengan belakang tangannya lalu meletakkan kembali bingkai gambar itu di atas katil. Dia melipat telekungnya dan memasukkannya ke dalam bagasi. Kemudian , dia membuka almarinya. Mencapai sehelai selendang putih pula. Melilitkan ke kepalanya dengan kemas.

"Okay , siap." , ucapnya.Dia pergi ke arah bagasinya.Bingkai gambar tadi dimasukkan sekali ke dalam bagasinya. Dia menutup semua suis dan mula melangkah keluar dari bilik itu. Fathia menoleh ke arah kamarnya buat kali terakhir.

"Selamat tinggal kamarku." , katanya sambil tersenyum. Perlahan-lahan dia menuruni tangga dengan bagasinya itu.

"Papa , jom." , ajak Fathia kepada Encik Fariz. Fathia ke arah mamanya. Dia mencium tangan Puan Alia lama.

"Thia , jaga diri baik-baik ya." , pesan Puan Alia. Fathia hanya mengangguk. Kemudian , dia keluar dari rumahnya. Kelihatan Puan Aina dan Encik Aidil juga ada diluar. Fathia terus berjalan ke arah Puan Aina.

"Aunty , saya pergi dulu ya." , ucap Fathia lalu memeluk tubuh dihadapannya itu. Encik Fariz sudah menghidupkan enjin kereta. Fathia melangkah longlai , masuk ke dalam kereta. Tidak sampai beberapa minit , kereta Estima milik Encik Fariz sudah meninggalkan perkarangan rumahnya.

***

Fathia duduk bersimpuh dihadapan pusara Amin. Dia sudah berpesan kepada papanya untuksinggah di sini sebelum pergi ke lapangan terbang. Dia membuka Yaasin yang dibawanya lalu membacanya. Air matanya berlinangan dari mula hingga habis bacaan Yaasin tersebut.
Setelah selesai , dia memandang pusara Amin dihadapannya itu.
“Assalamualaikum Amin. Hari ini aku datang lagi. Tapi ,aku bawa berita agak sedih untuk kau. Aku terpaksa tinggalkan kau buat sementara waktu.” , Fathia berkata lemah.
“Aku dapat tawaran sambung belajar dekat Melbourne ,Australia. Empat tahun aku akan duduk kat sana. Aku sedang berusaha untuk capai cita-cita kita. Aku nak tunaikan janji aku pada kau.”
“Kau tahu tak aku rindu kat kau ? Aku rindu nak tatap mata kau. Aku rindu nak berlari-lari dengan kau.Tapi kau dah tinggalkan aku. Kalau kau ada sekarang , mesti kita dapat pergi sama-sama kan ? Aku janji , balik je daripada Australia , aku terus datang sini jumpa kau. Aku takkan lupakan kau Min.” , Fathia bercakap dengan batu nisan seolah-olah Amin dapat mendengarnya.
“Fathia , jom.” , Encik Fariz memanggil Fathia. Sudah tiba masanya untuk mereka bertolak menuju ke lapangan terbang.
“Amin , aku pergi dulu ya.” , ucap Fathia. Air matanya yang mengalir diseka dengan belakang tangannya. Fathia bangun , menuju ke arah kereta Estima papanya.
“Aku akan tunaikan janji kita Amin.” , katanya dalam hati. Dia mula melangkah meninggalkan kawasan tanah perkuburan itu sambil tersenyum.

OLDER POST / NEWER POST