budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 70


“Assalamualaikum Fathia.” , terdengar suara Azim di hujung talian. Fathia tersenyum. 

“Waalaikumsalam. Kenapa ni ?” , tanya Fathia pelik. Jarang sekali Azim menelefonnya begini.

“Saya nak ajak awak pergi makan malam. Boleh ?” , Azim menyatakan tujuan sebenarnya. Sekali lagi Fathia tersenyum.

“Boleh , tapi kena tanya dulu papa dan mama saya.” , Fathia memberikan syarat. Azim menelan air liur.

“Erm. Tak kisahlah.” , jawab Azim. Nak bawa keluar anak dara orang , mestilah berani minta izin dari ibubapa. Mana boleh suka hati bawa lari macam bawa isteri.

“Okay , pukul 8 malam. Tunggu depan rumah. Mama dan papa saya tunggu kat luar.” , Fathia yang mula-mula hanya sekadar bergurau terus menjadi serius. Dia mahu Azim berjumpa dengan mama dan papanya.

“Okay. Jumpa kat depan rumah. Assalamualaikum.” , Azim meletakkan telefon.

“Waalaikumsalam.” , jawab Fathia. Dia melihat jam dinding yang ada pada dindingnya. Pukul 7.45 minit malam.

“Azim ni , suka cakap last minutes.” , bebel Fathia. Fathia terus membuka almarinya. Dia mencapai sehelai blouse berwarna hitam putih dan jeans hitam. Kemudian , dia mengambil sehelai selendang putih lalu dililitnya dengan kemas pada kepalanya. Tiba-tiba , pintu biliknya dikuak.

“Fathia , nak pergi mana ni ?” , tanya Puan Alia apabila melihat anak daranya sudah cantik bersiap.

“Mama. Azim ajak Fathia pergi makan malam. Tapi , Thia suruh Azim tanya mama dengan papa dulu.” , jawab Fathia. Puan Alia mengerutkan dahinya.

“Kamu ni , kesian dia. Mesti dia takut.” , ujar Puan Alia. Fathia hanya tersenyum.

“Tak lah. Dia berani.” , seloroh Fathia sambil tangannya sibuk membetulkan selendangnya.

***

“Assalamualaikum Aunty , Uncle.” , Azim memberi salam. Pucat lesi mukanya. Fathia terpaksa menahan tawanya.

“Waalaikumsalam. Azim nak bawak anak Aunty keluar ya ?” , tanya Puan Alia.Azim tersenyum sipu.

“Ya , saya harap Aunty dan Uncle izinkan.” , ucap Azim dengan perlahan.

“Boleh , tapi jangan balik malam-malam sangat.” , ujar Encik Fariz. Azim tersenyum. 

“Terima kasih Uncle , Aunty.” , ucap Azim. Fathia tersenyum. Dia bersalam dengan mama dan papanya. Azim juga berbuat begitu.

“Assalamualaikum.” , kata Fathia sebelum masuk ke dalam kereta. Tidak sampai beberapa minit , kereta Vios milik Azim sudah hilang daripada pandangan Encik Fariz dan Puan Alia.

***

“Nak pergi mana ni ?” , tanya Fathia. Azim hanya tersenyum.

“Adalah.” , Azim berahsia. Fathia menaikkan keningnya.

“Amboi , main rahsia-rahsia pulak eh.” , getus hati Fathia.

Setelah memandu lebih kurang dua puluh minit , mereka akhirnya sampai ke tempat yang Azim rahsiakan itu. Fathia tergamam apabila melihat Menara Kuala Lumpur dihadapannya.Restoran Berputar Seri Angkasa. Fathia memandang Azim sambil tersenyum.

“Shall we ?” , tanya Azim. Fathia hanya mengangguk. Mereka menaiki lif untuk sampai ke restoran tersebut. Sebaik saja kaki melangkah ke dalam restoran itu , Fathia sekali lagi tergamam. Azim mengajaknya ke meja makan yang telah ditempahnya. Betul-betul bersebelahan dengan cermin tingkap restoran itu.

“Cantiknya.” , ucap Fathia apabila dapat melihat keindahan Kuala Lumpur pada waktu malam. Azim tersenyum. Kemudian , seorang pelayan perempuan datang ke meja mereka. Menghantar minuman dan makanan yang telah dipesan oleh Azim.

“Pandai awak pilih restoran eh ?” , tanya Fathia.

“Sikit-sikitlah.” , jawab Azim selamba. Dulu , dia juga pernah ke sini bersama arwah Ika. Jadi , dia sudah sedikit arif dengan restoran ini. Fathia dan Azim makan dengan berselera sekali. Ditemani dengan pemandangan Kuala Lumpur yang cantik.

“Fathia.” , panggil Azim.

“Nak cakap ke tak nak.” , ujar Azim di dalam hati.

“Ya.” , sahut Fathia. Azim memasukkan tangannya di dalam kocek seluarnya.

“Erm...” , Azim mengeluh. Pendingin hawa yang terpasang di restoran itu sudah tidak dapat menyejukkan Azim. Fathia memandangnya dengan pelik.

“Cakaplah. Awak nak cakap apa ?” , tanya Fathia.

“Kau kena berani Azim. Kau kena cakap.” , Azim memberikan semangat kepada dirinya. Kemudian dia mengeluarkan semula tangan dari kocek seluarnya. Tetapi dengan sebuah kotak kecil berbentuk hati. Dia meletakkan dihadapan Fathia.

“Nur Fathia Umaira , sudi tak awak jadi bidadari hidup saya dunia dan akhirat ?” , ucap Azim. Fathia terkedu. Dia menekup mulutnya. Tidak menyangka yang Azim sanggup berbuat begini. Air mata Fathia tiba-tiba mengalir.

“Saya sudi untuk jadi bidadari awak , Muhammad Azim Haikal.” , balas Fathia sambil tersenyum gembira. Azim juga tersenyum lebar mendengar jawapan daripada Fathia.

OLDER POST / NEWER POST