budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 8
Sewaktu di dalam kelas…

“Aku dapat dulu !”

“Tak ada ! Aku yang dapat dulu !”

“Tepilah mangkuk ayun!”

“Kau lah tepi minah senget!”

“Kau lelaki , kau lah yang mengalah!”

“Kisah apa aku. Not my problem!”

Itulah perang dunia ketiga yang telah tercetus di dalam kelas 2 Ibnu Sina. Tidak perlu tanya siapa punya angkara pun , mereka semua sudah tahu. Siapa lagi kalau bukan si Fathia dan Amin.

Seperti budak kecil berumur 4 tahun. Berebutkan tempat duduk sedangkan banyak lagi meja kosong yang ada. Tiba-tiba , guru kelas mereka , Cikgu Nazirah masuk. Dengan itu , berakhirlah sebentar pergaduhan antara Fathia dan Amin.

Nasib agak tidak menyebelahi mereka berdua apabila Cikgu Nazirah membuat keputusan bahawa beliau yang akan menentukan tempat duduk mereka.

“Aiseyman , ni semua minah senget tu punya pasal.” , gelaran ‘minah senget’ itu dikekalkan oleh Amin.

“Mangkuk ayun punya Amin. Kau memang cari pasal.” , Fathia yang agak marah dengan keadaan tadi membebel seorang diri.

Sama ada Fathia dan Amin sedar atau tidak , Cikgu Nazirah sengaja meletakkan kedudukan mereka agak berdekatan. Fathia duduk di sebelah Izzati manakala Amin pula duduk di sebelah Ammar. Hanya satu lorong kecil sahaja yang memisahkan kedudukan mereka itu. Kedudukan yang pasti kekal sehingga akhir tahun ini.

“Macam mana sekolah hari ni , Min ? Ada Amin berjumpa dengan Fathia ?” tanya Puan Aina kepada anaknya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.

“Okay je.” , padahal hatinya meluap-luap dengan api kemarahan terhadap Fathia.

“Macam tidak ada nama lain je yang mama boleh sebut. Tapi , seronok jugak asyik dapat dengar nama dia je.” Amin mengelamun sendirian.

“Hai , gembira nampak anak mama ni. Seperti orang tengah dilamun cinta. Pergi naik atas sana, solat Isyak. Lepas tu tidur.” , bebel Puan Aina kepada anak bujangnya itu.

“Yes mam ! “ , jawab Amin selamba sambil meletakkan tangannya di dahi , meniru gaya seperti seorang anggota polis.

***

Sedar atau tidak , pelajar-pelajar SMK Tun Dr. Ismail sudah sebulan lebih menimba ilmu pelajaran baru. Apabila memasuki bulan Februari ini , hanya satu yang berada di fikiran para pelajar iaitu Sukan Sekolah .

“Seperti yang awak semua tahu , sekolah kita akan menganjurkan Sukan Tahunan Sekolah sama seperti tahun-tahun sebelum ini pada hari Sabtu hadapan. Jadi , bagi persediaan rumah sukan masing-masing , cikgu akan edarkan sehelai helaian yang mengandungi butiran tentang latihan sukan sepanjang minggu ini.” , ucap Cikgu Nazirah panjang.

Nasib baiklah pelajar 2 Ibnu Sina tidak sekecoh pelajar kelas lain. Kalau tidak , memang darah Cikgu Nazirah setiap bulan pasti akan meninggi dek kerana sering memarahi anak-anak muridnya itu.

“Lah , dah lah dari pagi sampai tengah hari menghadap muka dia. Apasallah cikgu bagi overtime untuk aku jumpa lagi hah ?” Fathia mengeluh panjang apabila membaca surat makluman yang di beri oleh Cikgu Nazirah. 

Dia merupakan ahli rumah sukan Merah , juara keseluruhan pada tahun lepas. Tapi malangnya , Amin juga ahli rumah merah sama sepertinya. Nampaknya , di mana ada Fathia , di situ ada Amin.

“Thia , kau pegi tak latihan hari ni ? “ , tanya Izzati. Mujur Izzati juga ahli rumah Merah. Ada penemannya nanti.

“Mestilah pergi.” , jawabnya pendek sambil tersenyum.

***

Petang ini , hanya ahli sukan rumah Merah dan Biru sahaja yang akan turun ke padang untuk menjalani latihan , pemilihan atlet dan menghias khemah rasmi  mereka.

“Nur Fathia Umaira.” , jerit Cikgu Zulfakar di bahagian tepi padang.

“Saya di sini cikgu! “ , balas Fathia apabila mendengar namanya dipanggil. Cikgu Zulfakar mengarahkannya supaya pergi ke bahagian hadapan.

“ Mesti cikgu mahu memilihnya sebagai salah seorang atlet rumah sukan.” , bisik hati Izzati.

“Muhammad Amin Raiqal.” , panggilan nama itu daripada Cikgu Zufakar membuatkan wajah Fathia berubah.

“Kau lagi , kau lagi.” , katanya dalam hati sambil mengetap bibirnya.

“Jumpa kau lagi Fathia oi. Sakit mata aku ni.Hari-hari tengok minah ni. Tapi , kadang-kadang aku rasa seronok sangat dapat dekat dengan dia.” , Amin mengelamun apabila terlihat muka Fathia di hadapan.

Setelah berbincang segala strategi untuk acara sukan rumah Merah pada tahun ini , mereka semua dibenarkan pulang ke rumah. Seperti biasa , Amin , Faizul , Fazura dan juga Fathia merupakan antara atlet tingkatan dua yang akan mewakili rumah sukan Merah. Manakala Izzati dan Ammar pula selesa apabila hanya diberi tugas sebagai penghias khemah rasmi rumah sukan.

“Sampai hati kau Izzati . Tinggalkan aku seorang diri je.” , rajuk Fathia.

Izzati yang sudah biasa dengan perangai Fathia itu segera memujuknya.

“Thia , kau berjuang kat padang. Aku pulak berjuang kat bawah khemah. Aku hias baik punyalah. Lepas kau lari , kau masuklah khemah. Aku sentiasa ada kat situ. Okay ? “ , pujuk Izzati sambil memberikan seukir senyuman kepada Fathia.

“Dah , mari kita pulang.” , ajak Izzati. Fathia hanya mengangguk tanda setuju.

OLDER POST / NEWER POST