budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 60
“Ihsan , kenapa ni ?” , tanya Puan Zahirah. Risau melihat muka anaknya yang agak kepenatan.

“Tak ada apa-apalah ma. Just penat je.” , jawab Ihsan kepada perempuan yang digelar mama itu.

“Papa dekat pejabat lagi ke ?” , tanya Puan Zahirah lagi apabila melihat Ihsan pulang seorang diri.

“Ha’ah. Dia kata ada tender kena siapkan. Alah , kejap lagi baliklah tu.” , balas Ihsan. Sejak dia tamat pengajian , dia terus bekerja di syarikat papanya sendiri. Alamaklumlah, waris tunggal. Siapa lagi yang bakal mewarisi syarikat papanya itu kalau bukan dia sendiri.

“Ma , Ihsan naik atas okay.” , Ihsan meminta izin lalu terus mendaki anak tangga , menuju ke kamarnya.

“Fathia suka dekat Azim ke ?” , tanya Ihsan kepada dirinya sendiri. Dia perasan , Fathia sudah semakin rapat dengan Dr.Azim itu. Ihsan menjadi risau. Risau melihat Azim yang cuba mendekati Fathia.

“Ahh , diorang kawan je tu.” , Ihsan mahu menyedapkan hatinya. Dia mengambil tuala yang tersidai di ampaian lalu terus masuk ke tandas biliknya.

***

“Assalamualaikum Amin. Hari ni aku datang lagi. Selamat hari raya.” , ucap Fathia apabila dia sudah selesai membacakan Yaasin dihadapan pusara Amin.

“Amin , kau rasa Azim tu baik tak ?” , Fathia bercakap dengan batu nisan dihadapannya itu. Seolah-olah Amin dapat mendengar.

“Amin... kenapa kau pergi tinggalkan aku ?” , Fathia mengeluh. Air mata mula mengalir dipipinya.

“Kau tahu tak , aku rindu sangat nak tatap muka kau.” , jelas Fathia lagi. Air mata yang jatuh berguguran dibiarkan saja. Dia terdiam selama beberapa minit.

“Okaylah Min. Mama dengan papa dah tunggu aku kat rumah. Aku balik dulu ya. Nanti aku datang lagi.” , ujar Fathia.Terus dia mengesat air matanya dengan tangannya. Dia bangun. Melipat tikar kecil yang dibawanya. Dia berjalan ke arah keretanya. Meninggalkan kawasan tanah perkuburan itu.

***

“Assalamualaikum.” Fathia memberi salam.

“Banyaknya kasut ? Sedara papa datang ke ?” , Fathia pelik melihat banyak kasuttersusun di depan rumahnya. Dia terus masuk ke dalam rumah. Matanya terbuntang melihat  semua wajah yang datang beraya di rumahnya itu.

“Izzati , Ammar , Tengku Ihsan , Azim , Aunty Aina , Uncle Aidil , Aunty Maznah dan Aida.” , Fathia menyebut satu-satu nama tetamunya itu. Tercungap-cungap nafasnya.

“Kenapa kamu berdiri kat situ Fathia ? Masuklah.” , ajak Puan Alia. Fathia tersenyum. Dia terus masuk , bersalam dengan semua tetamunya.

“Kau pergi mana Thia ?” , tanya Izzati walaupun mulutnya penuh dengan kuih bahulu.

“Kubur.” , jawab Fathia perlahan. Izzati hanya mengangguk. Fathia terus berlalu ke dapur. Dia membuka peti ais. Mencapai pinggan yang ada di dalam peti ais itu. Dia membawa ke depan.

“Nah , kek coklat. Makanlah.” , Fathia meletakkan kek coklat di atas meja. Menjamu tetamu-tetamunya. Izzati dan Ammar seperti biasa , terus menyerbu tanpa disuruh. Tengku Ihsan pula tidak berminat dengan coklat. Jadi , dia hanya makan kuih-kuih yang lain.

“Sedapnya akak buat.” , puji Aida. Fathia hanya mengukirkan senyuman.

“Kalau dah reti masak , bolehlah Encik Fariz dapat menantu.” , usik Encik Aidil. Muka Fathia sudah berubah warna. Pipinya sudah berona pink. Menahan malu.

“Dekat sini pun banyak calon. Pilih je nak yang mana.” , usik Puan Aina pula. Tersedak Azim dibuatnya. Terasa dengan ayat ‘banyak calon’ itu.

“Eh , awak. Nah , air.” , cepat-cepat Fathia menyerahkan segelas air oren kepada Azim.

“Terima kasih.” , balas Azim sambil mengurut-urut dadanya.

“Abang memang macam ni. Ngada-ngada sikit.” , seloroh Aida. Azim memandangnya. Aida hanya tersengih.

“Jemputlah makan.” , Puan Alia datang dari dapur sambil membawa semangkuk mi goreng. Fathia mencedok untuk setiap tetamunya.

“Nah.” , Fathia memberi sepinggan mi kepada Tengku Ihsan. Tengku Ihsan tersenyum mengambil pinggan mi itu daripadanya. Azim hanya memerhatikan mereka berdua.

“Fathia suka kat Ihsan ke ?” , tanya Azim di dalam hati lalu terus menyambung suapannya.

***

“Assalamualaikum.” , sapa satu suara ke arah Fathia yang sedang duduk di bangku taman.Fathia menoleh ke arah suara itu.

“Waalaikum...salam.” , Fathia menjawab. Fathia menoleh ke arah pemuda itu. Dia mengeluh kecil.

OLDER POST / NEWER POST