budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 33
“Assalamualaikum Encik Fariz !” , panggil Encik Aidil apabila terlihat Encik Fariz sudah hendak masuk ke dalam kereta.

“Waalaikumsalam . Eh , Encik Aidil.” , jawab Encik Fariz lalu pergi ke arah Encik Aidil. Fathia sudah menunggu di dalam kereta. Dia agak kesejukan akibat pendingin hawa kereta itu dibuka dalam suhu yang tinggi.

“Papa ni , sempat lagi dia berbual.” , Fathia mengeluh.

“Papa , jomlah.” , ajak Fathia. Encik Fariz bersalaman dengan Encik Aidil. Entah apalah yang mereka bualkan.

“Okay , let’s go.” , kata Encik Fariz lalu mula memandu keluar keretanya dari perkarangan rumahnya.

Tiba-tiba kereta yang dipandu Encik Fariz berhenti , betul-betul dihadapan rumah Encik Aidil. Fathia memandang pelik ke arah papanya.

“Papa , kenapa ni ?” , Fathia memanjangkan kepalanya kehadapan bagi bertanya kepada papanya. Fathia memang begitu , sudah terbiasa duduk di bahagian belakang sendirian. Seperti tuan besar.

“Sebentar.” , jawab papanya pendek.

“Hah ,dah keluar pun.” , ucap Encik Fariz. Fathia bertambah pelik. Dilihatnya Amin yang sudah lengkap berpakaian sekolah keluar dari rumahnya , menuju ke arah kereta keluarga Fathia.

“Assalamualaikum Uncle.” , sapa Amin sambil memberikan senyuman. Fathia masih mengerutkan dahinya.

“Waalaikumsalam. Mari , masuk !” , ajak Encik Fariz. Fathia sudah berganda-ganda tahap kepelikkannya.

“Terima kasih uncle.” , balasAmin lalu terus membuka pintu belakang. Dia duduk di sebelah Fathia. Kereta Estima Encik Fariz sudah mula bergerak semula. Mahu menuju ke SMK Dato’ Ismail.

“Kenapa  papa kau tak hantar ?” , tanya Fathia perlahan. Dia tidak mahu papanya mendengar perbualan mereka.

“Papa aku ada meeting. Dia tak sempat nak hantar aku.” , jawab Amin juga dengan tahap suara yang paling rendah.

“Oh.” , kata Fathia pendek. Kemudian , mereka kembali senyap membisu. Encik Fariz juga hanya mendiamkan diri di hadapan.

***

“Eh , itu Fathia dengan Aminkan ?” , tanya Izzati kepada Ammar. Takut pengelihatannya kabur ataupun tersalah orang.

“Yalah. Tapikan , kenapa mereka jalan berdua ? Bukan mereka tu musuh ke ?”, tanya Ammar pula. Izzati megerutkan dahinya.

“Eh kau ni , tanya aku buat apa ? Bukan aku tahu pun. Sengal.” , herdik Izzati. Ammar memuncungkan bibirnya.

“Sampai hati kau panggil aku yang bijak lagi pintar ni sengal ?” , Amin berdrama dihadapan Izzati. Izzati memandangnya pelik.

“Masuk bakul angkat sendiri betul.",  Izzati membalas dengan sebuah peribahasa. Ammar yang mengetahui maksud peribahasa tersebut makin memuncungkan bibirnya. Bukan sedepa lagi , tetapi dah berdepa-depa.

“Eh , kau nampak hensem pagi ni.” , puji Fathia lalu mengukirkan sekuntum senyuman kepadanya.

“Kau pun apa kurangnya , manis bertudung.” , puji Amin pula. Fathia sudah kembang bak kuih pau.

“Hah , dating !” , sergah Izzati dari belakang. Terkejut Fathia dan Amin dibuatnya.

“Hoi , nak suruh aku mati sakit jantung eh ?” , tanya Fathia yang masih dalam keadaan terkejut. Izzati hanya tersenyum seperti kerang busuk.

“Woi , tunggulah aku. “ , jerit Ammar yang ditinggalkan Izzati di belakang.

“Ammar , apa kau buat dengan Izzati hah ?” , tanya Amin. Ammar dan Izzati hanya tersenyum sipu.

“Cakap aku konon , tapi dia sendiri yang buat.” , balas Fathia lalu menjelirkan lidahnya kepada Izzati.

“Yang kau dengan Amin ni apa cerita ? Rapat semacam je.” , tanya Izzati kepada Fathia. Fathia sudah mengerutkan dahinya.

“Dahlah. Jom beratur.” , Amin menukar topik. Fathia mengenyitkan sebelah matanya kepada Amin. Amin hanya tersenyum. Mereka yang lain hanya menurut. Mereka bersama-sama menuju ke tapak perhimpunan sekolah , bersedia untuk menempuhi kehidupan sebagai pelajar Tingkatan Tiga.

***

“Eh , nanti kita rehat sama-sama okay ?” , tanya Ammar kepada Amin , Fathia dan Izzati.

“Okay .” , Fathia menjawab selamba. Amin pula hanya mengangguk tanda setuju. Izzati dan Ammar bertambah pelik.

“Kawan kita ni dah kena sampuk apa ?” , tanya Izzati perlahan.

“Entah , kena sampuk dengan hantu PMR kot.” , jawab Ammar selamba.

“Kau ni ! Khurafat betul. Sampuk , sampuk.” , bebel Izzati kepada Ammar.

“Eh , bukan kau ke yang mula dulu ? Aku pulak yang kena.”ujar Ammar. Izzati hanya tersenyum kambing kepadanya.

***

Sedar ataupun tidak , masa amat cepat berlalu. Kini , pelajar SMK Dato’ Ismail sudah sebulan lebih memulakan sesi persekolah mereka. Amin dan Fathia juga tidak lagi menimbulkan masalah seperti tahun sebelum ini. Mereka berdua sudah kelihatan seperti belangkas. Di mana saja mereka berada , mesti berdua.

“Izzati , kau rasa tak apa yang aku rasa?” , tanya Ammar sambil matanya tidak berganjak memandang Amin dan Fathia yang duduk dihadapannya.

“Rasa apa ? Kau ni , merepek je lah.” , balas Izzati. Dia malas mahu melayan. Tangannya sibuk menulis sesuatu pada buku latihan matematik.

“Aku rasakan , Amin dengan Fathia tu ada hubungan istimewalah.” , ujar Amin sambil memegang dagunya. Ala-ala penyiasat persendirian.

“Gila kau ! Takkan lah. Mereka tukan musuh.”jelas Izzati. Dia sudah berhenti menulis. Agak terkejut dengan ayat yang dikeluarkan oleh Ammar.

“Alah , kau tengoklah. Dah sebulan lebih , mereka tak bergaduh langsung.” , Ammar mengeluarkan fakta. 

Ianya memang masuk akal. Tahun sebelum ini , pantang berjumpa , ada saja yang tak kena. Kini , semuanya berubah. Seperti ada sesuatu yang telah berlaku diantara mereka berdua.

“Apa susah , kita tanya je lah dekat Fathia atau Amin.” , balas Izzati selamba. Ammar hanya tersenyum memandang Izzati.

“Bijak , bijak.” , ucapnya kepada Izzati.

Apakah jawapan Fathia dan Amin ? YA atau TIDAK ?

OLDER POST / NEWER POST