budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 49


Sudah hampir sebulan Amin pergi , Fathia masih tetap bersedih. Seminggu selepas hari pengebumian Amin, Fathia langsung tidak menjamah makanan sehingga dia diserang demam panas. Apabila di ajak ke klinik , dia menolak. Kesedihannya masih belum hilang.

Hari ini , keputusan PMR akan diumumkan. Fathia memberanikan diri untuk bangun walaupun badannya lemah sekali. Fathia masuk ke tandas biliknya , membersihkan diri. Kemudian , dia menunaikan solat Subuh. Nama arwah Amin sentiasa disebut di dalam doanya.

“Fathia , dah siap ?” , tanya Puan Alia lalu memberikan senyuman kepadanya.

“Dah.” , jawab Fathia sepatah. Dia memakai sepasang baju kurung berwarna purple , baju rayanya untuk tahun ini. Dia melangkah longlai menuju ke bawah. Dilihatnya , Encik Fariz dan Puan Aidil sudah menunggunya.

“Jom.” , ajak Encik Fariz. Puan Alia dan Fathia hanya menurut.

***

“Nur Fathia Umaira binti Fariz.” , umum guru dihadapan. Fathia terus kehadapan dan mengambil slip daripada pengetua SMK Tun Dr. Ismail.

“9A.” , terbuntang mata Fathia memandang keputusannya. Dia tersenyum bangga. Baru kali ini dia tersenyum setelah hampir sebulan menangis.Dia terus berlari menuju ke arah mama dan papanya.

Tatkala nama Muhammad Amin Raiqal disebut , wajah Fathia berubah kembali. Kelihatan Encik Aidil yang mengambil keputusannya itu.

“Uncle ,  Amin dapat berapa ?” , tanya Fathia. Encil Aidil hanya tersenyum.

“9A. Sama macam kamu.” , Encik Aidil menjawab. Air mata Fathia jatuh lagi.

Semua pelajar Tingkatan Tiga sudah pun menerima keputusan PMR masing-masing. Ada yang gembira , ada yang sedih , ada juga yang kecewa. Fathia , Izzati , Ammar dan Amin mendapat semua A. Irfan Hakiki dan Ainie Nasuha juga tidak ketinggalan mencipta sejarah. Mereka berdua juga mendapat semua A.

Setibanya di rumah , Fathia terus naik ke bilik. Surat yang diberi oleh Puan Aina masih digenggam erat.

“Fathia , Aunty jumpa surat ni masa kemas laci arwah. Nah.” , Puan Aina menyerahkan sampul surat yang berwarna hijau kepada Fathia. Surat itu bertukar tangan. Tertera nama Nur Fathia Umaira binti Fariz pada surat itu.

“Terima kasih aunty.” , balas Fathia lalu memeluk erat tubuh dihadapannya itu.

Lamunannya terhenti. Dia duduk di atas katilnya. Dia mula membuka sampul surat yang berwarna hijau itu untuk mengeluarkan isinya. Fathia membuka surat itu lalu mula membacanya.

Assalamualaikum sahabatku Fathia…
Surat ini mungkin akan menjadi surat yang pertama dan yang terakhir daripada aku.
Saat kau sedang membaca surat ini , mungkin aku juga sudah tidak ada lagi bersama kau.
Aku tidak tahu mengapa hatiku tergerak untuk menulis surat ini. Seperti aku dapat merasakan ajal aku sudah semakin dekat.Sebelum aku membebel panjang dekat kau , aku ingin memohon sejuta kemaafan dari kau.Aku sedar , aku dah banyak sangat buat salah pada kau. Sejak dari Tingatan 1 lagi. Maafkan aku ya ?

Fathia ,
Saat ini aku mengenang kembali semua kenangan kita bersama. Kau masih ingat peristiwa ketika bercuti di Cameron Highlands ? Kenangan kau pura-pura pengsan , kenangan aku buat kau bersin tanpa henti , kenangan kita bernyanyi bersama-sama di dalam kereta. Semuanya masih terpahat di dalam ingatan aku. Tidak pernah sedikit pun aku lupa.Oh ya , kalau kau nak tahu , bunga ros yang aku guna untuk kacau kau masa tu aku masih simpan tau.Tapi sayang, bunga tu dah layu.

Fathia ,
Kau tahu tak , bila kau cakap yang kau nak berdamai dengan aku. Aku rasa gembira sangat. Kalau boleh , aku nak jerit sekuat hati dekat taman tu. Tapi aku cover. Malu.Masa tu memang aku rasa dunia aku yang punya. Terima kasih sebab sudi jadi kawan aku , sahabat aku. Dunia akhirat. Aku amat hargainya. Walaupun kita hanya sempat berdamai kurang dari setahun , tapi percayalah , aku dah anggap kau sebagai kawan sejak kita mula bertemu lagi.

Fathia,
Aku nak minta maaf sebab aku tak mampu nak tunaikan janji kita. Aku tak mampu. Jadi , hanya kau seorang saja yang boleh tunaikan janji tu. Aku nak kau tunaikan janji kita tu.Promise me , okay ?
Kau juga kena janji dengan aku yang kau takkan bersedih lagi. Jangan ratapi pemergian aku. Aku cuma nak kau doa dan bacakan Yaasin untuk aku. Itu saja. Lepas ni , tak ada lagi aku yang akan menjaga kau bila kau demam , tak ada lagi aku yang hulurkan sapu tangan untuk kau masa kau jatuh, tak ada lagi aku yang nak menyakat kau dan mungkin tak akan ada lagi aku yang akan berlari berkejaran dengan kau.Tapi kau jangan risau , walaupun aku dah tak ada depan mata kau , aku akan sentiasa ada di hati kau.

Okaylah , aku rasa aku dah banyak sangat membebel. Eh , satu perkara lagi yang aku nak cakap kau , aku sayang kau. Sejak Tingkatan 1 lagi. Tapi maaflah , mungkin dah terlewat. Aku harap kau akan jumpa pengganti aku , mungkin yang lebih baik dari aku. Sampaikan salam terakhir aku untuk Ammar dan Izzati ya. Semoga kau gembira selalu.Selamat tinggal Nur Fathia Umaira.

Salam sayang ,
Muhammad Amin Raiqal.

Fathia melipat kembali surat daripada Amin itu. Matanya berkaca. Air mata mula menitis membasahi pipi. Dia membiarkan saja air matanya itu. Fathia mencapai semula sampul surat berwarna hijau , dia melihat kandungannya lagi. Sekuntum bunga ros yang telah layu. Fathia mengambilnya lalu ditatap sepuas-puasnya. Tiba-tiba , ada sehelai kertas kecil melayang dihadapannya.

“Kertas warna hijau ?” , Fathia tertanya-tanya lalu membuka surat kecil itu.

“Jangan pernah lupa janji kita”

Air matanya mengalir deras. Rupa-rupanya , Aminlah yang selama ini mengirimkan surat misteri ini kepada Fathia.

“Amin…” , ucap Fathia lemah. Dia memeluk erat surat hijau itu.

OLDER POST / NEWER POST