budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 10
Sudah seminggu Amin tidak hadir ke sekolah. Tetapi tidak dapat dipastikan seteruk mana kecederaan yang dialami olehnya. Fathia yang duduk di sebelah rumahnya pun tidak mengetahui tentang hal itu. Baginya , perkara itu tidak penting. Egonya terlalu tinggi untuk mengetepikan sebentar permusuhan antaranya dengan Amin.

“Fathia , kau kan jiran Amin. Takkan tak tahu apa-apa pasal Amin ? Dia dah sihat ke belum ? Teruk ke kaki dia tu ? “ , tanya Izzati bertubi-tubi. Reaksi muka Fathia terus berubah.

“Sayang … apa yang kau nak sibuk sangat dengan mamat tu ? Dia terseliuh je lah. Tak ada patah tangan ke,  patah kaki ke atau cacat tubuh badan. Faham ? “ Fathia menjawab sambil bercekak pinggang seperti gaya guru disiplin. Tapi macam makcik pun ada jugak.

“Ya lah.” , balas Izzati sambil mencebikkan bibirnya.  Malas dia hendak melayan Fathia.

Fathia pula hanya mendiamkan diri sambil termenung memikirkan sesuatu.

***

Sukan sekolah Februari lalu telah jauh ditinggalkan . Kini , semua pelajar sudah sibuk mengulangkaji pelajaran bagi Peperiksaan Setengah Tahun yang bakal di hadapi minggu hadapan. Bagi pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5 , mereka akan menghadapi Ujian Percubaan PMR dan SPM.

Amin juga sudah lama kembali semula ke sekolah , meneruskan pembelajarannya seperti biasa. Kadang-kadang , tercetus juga perang antara mereka. Namun , ianya tidaklah seteruk sebelum ini. Masih dalam keadaan terkawal. Pening juga guru-guru dan pelajar 2 Ibnu Sina dibuatnya.

“Thia , ajar aku Math. Boleh ? “ , tanya Izzati sambil tersenyum kambing kepada Fathia.

“Fikir comellah buat macam tu ?” , perli Fathia kepada rakannya itu. Izzati mula mencebik. Kemudian tersenyum semula. Kemudian , mereka berdua sama-sama tertawa.

Begitulah perangai dua sahabat ini. Sekejap tertawa , sekejap merajuk , selepas itu baik semula. Susah hendak memahami perangai mereka itu.

***

Jam menunjukkan tepat pukul 10.20 pagi. Semua pelajar berpusu-pusu menyerbu kantin sekolah. Sedang Fathia berjalan menuju ke meja kantin sambil membawa semangkuk mi hailam , dia secara tidak sengaja telah dilanggar oleh seorang budak lelaki. Namun , nasibnya lebih malang apabila mi hailam itu tertumpah ke baju seorang pelajar.Habis kotor baju pelajar itu. Fathia sudah cemas. Dia berasa sungguh takut. Lalu dia terus memandang wajah orang yang dia telah langgar.

“Amin ! “ , getus hatinya.

“Fathia ?! What have you done ?” , sambil menunjukkan ke arah bajunya yang kotor itu.

“Aku mintak maaf. Tadi ada budak langgar aku. Bukan aku sengaja nak kotorkan baju kau tu.” , jawab Fathia selamba. Sedaya upaya dia menyembunyikan ketakutan yang dia alami. Terus terang ,dia sungguh takut melihat muka si Amin yang seperti harimau kelaparan  itu.

“Takut dengan aku ke Fathia oi ?” , Amin berkata dalam hati sambil merenung wajah Fathia yang agak cemas. Dia hampir saja ketawa tetapi ditahannya.

“Dah , dah. Tepi. Aku nak pergi tandas.“ , Amin terus berlalu pergi meninggalkan Fathia.

Fathia pula sudah seperti hendak menangis. Tetapi dia sedih bukan kerana baju Amin yang sudah kotor kerananya , ianya kerana mi hailam yang sudah dibelinya tidak sempat di makan. Hanya terdampar di atas lantai kantin itu.

“Membazir duit aku RM2.00.” , Fathia merungut.

***


Peperiksaan Setengah Tahun yang telah bermula sejak seminggu lalu hanya berbaki beberapa hari saja lagi. Semua pelajar bersungguh –sungguh menjawab soalan peperiksaan. Segala ilmu yang telah dicurahkan oleh guru-guru mereka diguna pakai sebaiknya.


Fathia , Amin , Izzati dan Ammar yang tergolong sebagai murid cemerlang kelas 2 Ibnu Sina tidak menghadapi masalah menjawab soalan-soalan peperiksaan.

“Esok last paper. Paper Arab. Lepas tu cuti ! Hurray ! “ , Izzati bersorak kegembiraan di hadapan kawan-kawannya termasuklah Fathia , Amin dan juga Ammar.

2 Ibnu Sina merupakan kelas aliran agama. Jadi semua pelajar kelas itu diwajibkan mengambil satu matapelajaran tambahan iaitu , Bahasa Arab.

“Ha’ah. Lepas ni kita enjoy! “ , jerit Ammar. Jarang dapat mendengar suara si Ammar. Dia agak pendiam di dalam kelas. Tidak seperti rakan karibnya , Amin yang banyak mulut itu.

Izzati dan Ammar rancak berbual. Tetapi si Amin dan Fathia pula hanya duduk terdiam mendengar perbualan Izzati dan Ammar itu. Memang luar daripada kebiasaan.

***


Pelajar-pelajar 2 Ibnu Sina telah selamat menjawab kertas terakhir mereka iaitu kertas Bahasa Arab. Lega rasanya. Muka mereka berseri-seri apabila keluar meninggalkan kelas 2 Ibnu Sina.

“Selamat bercuti Fathia.” , ucap Izzati kepada kawannya itu. Fathia hanya tersenyum.

Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan bagi penggal kedua pada tahun ini. Selepas ini , mereka akan bercuti selama dua minggu. Fathia dan Izzati terus berjalan menuju ke tempat menunggu bas. Tidak sabar untuk pulang ke rumah masing-masing.

“Assalamualaikum mama. Thia dah balik ni.” ‘ laung Fathia setelah dia sampai di rumah banglo dua tingkat itu.

Tidak ada jawapan. Rumahnya sunyi. Namun pintu rumah itu tidak berkunci.

“Mama ? Oh Mama ? Mama kat mana ?” , jerit Fathia sambil mencari ibunya di sekitar rumah.

Tiba-tiba dia mendengar suara hilaian tawa . Fathia yang keseorangan di rumah ketika itu terus menghentikan langkahnya untuk terus mencari Puan Alia. Mulutnya terkumat-kamit membaca ayat Kursi. Fathia mengamati suara hilaian dengan lebih teliti. Dia sangat mengenali suara itu. Tetapi di mana orangnya. Lalu , dia pun memberanikan dirinya untuk pergi ke luar.

“MAMA ?! “ , jerit Fathia sambil membulatkan matanya.

“Fathia ? Dah balik ya ? Mama kat rumah Aunty Aina tadi .Berbual-bual. Tak sedar pulak Fathia dah balik.” , jelas Puan Alia panjang. Sempat juga dia memberikan senyuman kepada Puan Aina yang hendak masuk semula ke dalam rumahnya.

“Orang cari Mama dari tadi tau. Penat tunggu.Lapar. “ , rajuk Fathia lalu memuncungkan mulutnya itu.

“Lapar ? Kesian anak mama. Jom makan. Mama masak lauk kegemaran Fathia , ayam masak merah. Tapi pergi naik atas dulu , ganti baju , solat Zohor. And then  kita makan sama-sama okay ? “ , bebel Puan Alia kepada puterinya itu.

Fathia terliur apabila mendengar lauk yang dimasak mamanya itu. Dia terus laju naik ke biliknya. Mungkin dia sudah terlalu lapar akibat tidak dapat makan sewaktu rehat tadi.

OLDER POST / NEWER POST