budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 52
“Dr. Fathia.” , panggil seorang jururawat yang ada disitu. 


Hari ini , genap sebulan Fathia berkhidmat di Hospital Kuala Lumpur. Mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari di Melbourne selama empat tahun itu.

“Ya ?” , tanya Fathia sambil tersenyum. Jururawat itu terus memberikan sebuah fail kepadanya. Mungkin fail pesakit-pesakitnya.

“Terima kasih.” , balas Fathia lalu tersenyum kepada jururawat itu. Fathia terus berjalan melalui depan bilik kecemasan. Kelihatan , ada seorang pemuda yang sedang duduk di tempat menunggu itu. Seperti sedang bersedih. Fathia mendekatinya.

“Assalamualaikum.”  , sapa Fathia dengan sopan. Segera pemuda itu mengangkat mukanya , melihat Fathia.

“Waalaikumsalam.” , jawabnya lemah. Fathia mengangkat keningnya.

“Awak ?” , Fathia bertanya sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah pemuda itu. Pemuda itu memandang ke atas. Mungkin mahu mengingati sesuatu.

“Awak yang dekat KLIA tu ke ?” , tanya pemuda itu tergagap-gagap. Takut tersalah orang. Fathia mengangguk kecil.

“Tak sangka kita dapat jumpa lagi.” , ucap suara itu. Fathia duduk di kerusi sebelahnya.

“Awak buat apa dekat sini ?” , tanya Fathia. Muka pemuda itu terus berubah.

“Bakal tunang saya. Dia sedang menjalani pembedahan. Barah otak tahap akhir.” , jawabnya lemah.

“Maafkan saya.” , balas Fathia perlahan.

“It’s okay. Saya terkilan sangat , saya doktor tapi saya tak pernah tahu yang dia sakit. Saya memang tak guna.” , jelas perasaan sedih terpancar di wajahnya.

Awak , tidak selamanya langit itu cerah, kadang-kadang mendung mewarnai perjalanan hari kerana ia merupakan permintaan suatu ketentuan. Begitu juga dalam kehidupan insan bahawa setiap penderitaan, dugaan dan kesengsaraan merupakan ketentuan Ilahi yang harus diterima dengan hati yang jernih.” , balas Fathia lemah. Kemudian , dia bangun.

“Maaf , saya kena pergi.” , Fathia meminta izin. Pemuda itu hanya mengangguk pelik.

“Amin … Aku rindukan kau.” , ucapnya di dalam hati lalu terus meninggalkan pemuda tersebut dalam keadaan terpinga-pinga.


Walaupun sudah lama Amin pergi , Fathia tidak pernah melupakannya. Setiap minggu , dia pasti akan melawat pusara Amin. Dia memang sudah merelakan pemergian sahabatnya itu , tapi hakikatnya tragedi yang terjadi semasa Tingkatan Tiga itu masih menganggu fikirannya sehingga kini. Dia teramat rindukan Amin. Tidak ada sesiapa yang boleh mengganti tempatnya.

***

“Ish , siapa pulaklah kacau orang ni.” , keluh Izzati apabila telefon bimbitnya bordering menandakan ada panggilan masuk. Lantas dia menekan punat hijau untuk menjawab panggilan tersebut.

“Assalamualaikum , siapa ni ?” , tanya Izzati.

“Waalaikumsalam. Kawan sendiri pun dah tak kenal ke ?” tanya suara itu.

“Kau rupanya. Nak apa Dr. Fathia ?” , usik Izzati. Kemudian , dia tergelak kecil.

“Amboi. Aku nak ajak Cikgu Izzati ni pergi keluar makan. Dr.Fathia tengah free ni.” , jawab Fathia. Izzati kini merupakan seorang guru. Almaklumlah , lepasan UPSI. Yang paling seronoknya , dia dapat mengajar di bekas sekolahnya sendiri , SMK Tun Dr. Ismail.

“Okay. Tapi kau kena ambil aku tau. Belanja aku sekali.” , pesan Izzati.

“Yalah cikgu.” , usik Fathia pula. Kemudian , talian telefon dimatikan.

“Mama , Thia nak keluar dengan Izzati boleh ?” , Fathia meminta izin kepada mamanya. Puan Alia hanya mengangguk.

“Tapi jangan balik lambat sangat.” , ujar Puan Alia. Fathia hanya tersenyum kepadanya lalu terus naik ke kamarnya.

Sehelai selendang berwarna biru diambil dan dililitkan ke kepalanya. Kemudian , dia mengambil minyak wangi pula. Menyemburkan beberapa kali ke arah bajunya.

“Siap !” , kata Fathia apabila sudah selesai berdandan. Fathia mengambil kunci kereta. Telefon bimbit berjenama iPhone juga dimasukkan ke dalam tas tangannya. Dia mula melangkah keluar dari kamarnya dan terus menuju ke luar.

“Mama , Thia pergi dulu okay.” , kata Fathia lalu mencium tangan mamanya.

Fathia membuka pintu kereta Honda City miliknya. Kereta itu dibeli oleh papanya sebagai hadiah kepadanya. Bak kata Encik Fariz , senang mahu ke pergi hospital. Untung Fathia.

Fathia menghidupkan enjin kereta dan memakai tali pinggang keselamatan. Tidak sampai beberapa minit , dia sudah mula meninggalkan perkarangan rumahnya.

OLDER POST / NEWER POST