budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 71
“Azim , petang ni kita pergi tengok baju boleh ?” , tanya Fathia. Mereka kini sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinan sejak sebulan yang lalu. Berbunga-bunga hati Fathia. Tidak menyangka sama-sekali bahawa jodohnya akan sampai secepat ini.

“Anything for you Fathia.” , jawab Azim. Fathia tersenyum.

“Assalamualaikum.” , sapa Fathia apabila melihat kawan-kawannya sudah berada di restoran. Menunggu Azim dan Fathia.

“Waalaikumsalam.” , balas semua yang ada disitu.

“Amboi , tersenyum tak henti-henti.” , usik Izzati. Fathia ketawa kecil. Dia membuka tas tangannya. Mengambil dua kad jemputan perkahwinannya untuk diberi kepada sahabatnya itu.

“Ini untuk kau dengan Ammar.”

“Dan ini untuk awak , Tengku Ihsan.” Tengku Ihsan menerimanya sambil tersenyum. Dia membuka kad itu , tertera nama Nur Fathia Umaira dan Muhammad Azim Haikal. Dia membaca satu persatu butiran yang terdapat dalam kad itu.

“Datang tau. Korang semua tetamu wajib kami.” , ujar Fathia lagi.

“Wah , aku yang tunang dulu pun belum kahwin. Tup tup , kau pulak yang nak kahwin.” , seloroh Ammar. Fathia dan Azim berpandangan sesama sendiri. Kemudian , mereka ketawa.

“Fathia.” , Tengku Ihsan bersuara. Fathia memandangnya.

“Sabtu ni saya tak ada lah. Saya kena pergi Jepun. Uruskan perniagaan papa.” , ucap Ihsan lemah. Fathia mengerutkan dahinya.

“Alah , tak kan tak boleh tunda ?” , Fathia mengeluh. Dia mahu semua kawan-kawannya berada disampingnya.

“Tak boleh. Lagipun esok saya dah kena pergi. Jangan risau , doa saya sentiasa ada dengan awak dan Azim.” , balas Ihsan sambil tersenyum. Fathia melepaskan keluhan berat.

***

“Ma , Ihsan pergi dulu ya.” , kata Ihsan kepada Puan Zahirah.

“Tapi kenapa nak pergi sekarang ? Kan ada kawan kamu nak kahwin lusa ?” , Puan Zahirah turut terkejut dengan keputusan Ihsan untuk ke Jepun.

“Ihsan kena uruskan perniagaan papa kat sana.” , balas Ihsan. Puan Zahirah mengerutkan dahinya.

“Okaylah. Hati-hati ya sayang. Kalau ada apa-apa , telefon je mama.” , pesannya kepada Ihsan. Ihsan hanya tersenyum. Dia mencium tangan ibunya. Bagasinya dimasukkan ke dalam teksi yang telah disewanya. 

Beberapa minit kemudian , teksi yang membawa Ihsan hilang daripada pandangan. Meninggalkan perkarangan rumahnya.

***

Hari yang ditunggu – tunggu sudahpun tiba. Ramai orang kelihatan memenuhi rumah banglo Encik Fariz untuk menyaksikan majlis pernikahan Fathia dan Azim. Fathia kelihatan sangat cantik dengan persalinan putih yang direka khas oleh Hatta Dolmat , pereka terkenal di Malaysia. Azim juga apa kurangnya. Walaupun hanya memakai baju melayu dilengkapi dengan samping dan songkok , dia sudah kelihatan sangat tampan.
Azim kini sudah duduk dihadapan tuk kadi. Tuk kadi juga sudah bersedia untuk melafazkan ijab kepada Azim.

“Muhammad Azim Haikal bin Razlan.”

“Saya.”

“Aku nikahkan dikau , Muhammad Azim Haikal bin Razlan dengan Nur Fathia Umaira binti Fariz dengam mas kahwinnya seratus satu ringgit tunai.”

“Aku terima nikahnya , Nur Fathia Umaira binti Fariz dengan mas kahwinnya seratus satu ringgit tunai.”
Goncangan tangan tuk kadi mengesahkan bahawa Fathia kini sudah pun menjadi isteri Azim. Air mata suci Fathia mengalir dipipinya.

***

Ihsan duduk di sebuah bangku. Dia kini sudah berada di Jepun. Tetapi , bukan kerana urusan bisnes seperti yang dikata pada kawan-kawan dan juga mamanya. Dia hanya mahu menenangkan diri. Dia tidak sanggup melihat saat-saat Fathia menjadi isteri orang lain. Bukan menjadi isterinya.

“Assalamualaikum.” , sapa satu suara. Ihsan terus memandang ke belakang.

“Waalaikum...salam.” , jawab Ihsan sambil memandang wajah seseorang yang amat dia kenali.

“Dayana ? Apa awak buat dekat sini ?” , tanya Ihsan. Dayana merupakan salah seorang kawannya sewaktu Ihsan menyambung pelajarannya di Los Angeles. Mereka sangat rapat. Sudah seperti pasangan kekasih. Tetapi selepas tamat pengajian , masing-masing hilang perhubungan. Terus senyap tanpa khabar berita.

“Saya bekerja di sini.” , jawab Dayana lalu terus mengambil tempat disebelah Ihsan. Ihsan tersenyum.

“Ya Allah , mungkinkah dia jodoh untukku ?” , ucap Ihsan di dalam hati. Mereka duduk berdua disitu. Berbual – bual tentang kehidupan masing-masing setelah lama terpisah.

***

“Awak !” , jerit Azim lalu terus memeluk pinggang Fathia yang sedang berdiri di balkoni. Terkejut Fathia dibuatnya.

“Azim , terkejut saya.” , marah Fathia. Azim tersenyum.

“Dah mandi ke belum ni ? Busuk.” , ujar Azim selamba. Hari ini hari yang peling memenatkan. Mana taknya , seharian melayan para tetamu yang datang. Sungguh meriah majlis perkahwinan mereka. Ramai yang datang bagi sama-sama meraikan hari bahagia Azim dan Fathia.

“Hello , saya dah wangilah.” , balas Fathia. Dia memandang tubuh dihadapannya itu. Menatap mata Azim yang kini sudah menjadi suaminya. Fathia memegang erat kedua-dua tangan Azim. Azim tersenyum.

“I love you. Jangan pernah tinggalkan saya ya.” , ucap Fathia. Tiba-tiba , air matanya mengalir. Azim menyeka dengan belakang tangannya. Dia memegang pipi Fathia sambil tangan sebelahnya memegang tangan Fathia.

“I love you infinity. Hanya ajal yang dapat memisahkan kita.” , balas Azim perlahan. Lantas Fathia memeluk tubuh Azim.

“Ya Allah , terima kasih atas semua kebahagiaan yang telah Kau beri kepadaku.” , getus Fathia di dalam hati.

T.A.M.A.T

OLDER POST / NEWER POST