budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 12
Mereka meneruskan lagi perjalan ke Cameron Highlands selepas berhenti sebentar untuk makan tengah hari dan solat Zuhur. Encik Aidil dan Encik Fariz rancak berbual di bahagian hadapan. Manakala Puan Aina dan Puan Alia sudah mula menunjukkan tanda-tanda untuk tidur. Tapi lain pula bagi Amin dan Fathia. Mungkin mereka sudah terlebih tidur tadi. Mereka berdua hanya mendiamkan diri masing-masing.

Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang lima jam  itu akhirnya sudah tiba di destinasi. Puan Alia dan Puan Aina yang lena dibuai mimpi juga sudah sedarkan diri. Amin dan Fathia pula masih dalam posisi yang sama. Kedua-dua musuh ini hanya mendiamkan diri. Malas hendak bertekak agaknya.

“Keluarkan beg kat belakang , lepas tu kita check in hotel.”, kata Encik Fariz.

Mereka yang lain hanya menurut. Kemudian , mereka terus mengikut langkah En.Fariz dan Encik Aidil yang menuju ke sebuah hotel. Jelas terpampang besar nama hotel itu , Equatorial Hotel. Lalu , mereka semua terus masuk ke dalam hotel. Barangkali sudah terlalu penat duduk di dalam kereta terlalu lama.

“Nah , kunci blilik untuk keluarga Encik Aidil. Saya sekeluarga pulak akan menginap di bilik satu lagi.” , kata Encik Fariz lalu menyerahkan salah satu kunci bilik kepada En.Aidil.

Fathia seperti tidak sabar mahu masuk ke bilik. Menyampah agaknya melihat Amin terlalu lama hari ini. Dia terus ke arah papanya dan mengajak papa dan mamanya masuk ke bilik. Puan Alia dan Encik Fariz hanya menurut. Jarak bilik mereka berdua tidaklah jauh sangat. Hanya bersebelahan dengan bilik Encik Aidil. Bak kata Encik Fariz , senang nak berhubung.

“Pa , esok kita nak pergi mana pa ?” , tanya Fathia acuh tak acuh.

“Papa bercadang hendak pergi ke Ladang Teh Boh. Boleh jalan-jalan sambil melihat pemandangan disitu.” , jawab Encik Fariz lalu tersenyum kepada Fathia.

“Okay . “ , jawab Fathia pendek.

Setelah siap mengemaskan pakaian mereka dan solat Isyak berjemaah bersama-sama , Puan Aina dan Encik Fariz terus tidur. Hanya Fathia yang masih membuka mata , seperti sedang memikirkan sesuatu.

“Apalah nasib aku kena menghadap muka mangkuk tu? “ , Fathia mengomel sendirian. 


Bagaikan ada komunikasi telepati , Amin yang berada di bilik sebelah juga rupanya masih belum tidur.

“Macamlah muka kau tu lawa sangat. Kalau aku tahu kena pergi dengan kau , jangan mimpilah aku nak ikut.” , Amin berkata seperti dia dapat mendengar percakapan Fathia di bilik sebelah.

“Alah , fikir aku nak sangat ke bercuti dengan kau ? Sorry lah.” , Fathia mengomel lagi sambil menumbuk-numbuk bantal kecil yang ada di sebelahnya. Tidak lama kemudian , Fathia tertidur juga akhirnya.

***
“Mama jalan dengan Aunty Alia kat depan okay. Amin jaga Fathia baik-baik tau ? Kalau ada apa-apa , jerit je.” , arah puan Aina kepada Amin. Puan Alia juga sekadar mengangguk.

Lain pula bagi Amin dan Fathia. Tidak sanggup rasanya hendak berjumpa , apatah lagi berjalan berdua. Namun , Fathia dan Amin tidak ada kuasa untuk berkata apa-apa. Hanya sekadar menurut saja arahan Puan Aina dan Puan Alia itu.

Jam kini menunjukkan sudah pukul 9.30. Mereka sudah pun berada di Ladang Teh Boh sejak sepuluh minit yang lalu . Sungguh bersemangat nampaknya hendak menjelajah kawasan ladang teh itu .Pemandangan disitu memang tidak dapat dinafikan kecantikannya.Sungguh indah ciptaan Allah. Kelihatan ladang teh itu dipenuhi oleh ramai pelancong samada dari dalam atau luar negara.Yalah , sekarang ini kan musim cuti sekolah. Ibu bapa sudah pasti tidak ketinggalan merancang untuk membawa anak –anak mereka pergi bercuti.

***

Puan Alia dan Puan Aina yang berjalan beriringan bersama suami masing-masing sudah berada jauh di hadapan. Hanya Amin dan Fathia saja yang masih terkedek- kedek di belakang. Jelas kelihatan wajah penat mereka. Masakan tidak , mereka sudah jauh berjalan-jalan di kebun teh itu.

Amin terus berjalan sambil menghirup udara segar disitu. Dia yang sedang leka melihat pemandangan indah tidak menyedari yang Fathia sudah tiada disisinya ! Sehinggalah dia perasan yang dirinya sedang berjalan seorang diri.

Di mana Fathia sebenarnya ? Tunggu ...

OLDER POST / NEWER POST