budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 47
“AMIN ! Amin , bangun Min !” , jerit Fathia apabila mendapati pemuda dihadapannya itu adalah Amin. Sahabatnya sendiri. Air mata Fathia sudah mula mengalir dipipinya.

“Amin , bangunlah ! Kau kan dah janji tak nak tipu aku lagi.” , kejut Fathia lagi. Air matanya masih mengalir deras. Dilihatnya kepala Amin sudah berlumuran darah.



“Pakcik , makcik ! Tolong panggilkan ambulans ! Sekarang !” , jerit Fathia kepada orang yang berada di sekitar taman itu. Air matanya dibiar saja merembes keluar. Tangan dan kakinya yang terluka dibiarkan saja.

“Amin ! Bangunlah ! Kau kata nak jadi doktor sama-sama dengan aku kan. Bangunlah.” , kejut Fathia lagi. Masih tiada sahutan.

“Amin , bangunlah. Please , bangun.” , rintih Fathia lagi. Tiba- tiba , Fathia terdengar satu suara.

“Fathia , jaga diri.” , ucap Amin perlahan dengan tergagap-gagap. Tetapi , ayat itu masih jelas didengar oleh Fathia. Air matanya semakin deras.

“Amin , kau kan dah janji tak nak tinggalkan aku.”, ujar Fathia. Amin hanya mampu mengukirkan senyuman pahit , menyembunyikan perasaan sakitnya yang teramat .Selepas itu , mata Amin sudah tertutup rapat. Suaranya sudah tidak kedengaran lagi.

“AMIN !!” , jerit Fathia sekuat hatinya.

***

Kira-kira sepuluh minit kemudian , ambulans telah pun sampai. Para petugas terus mengangkat Amin dan juga Fathia yang sudah terlantar di atas jalan. Segera mereka dibawa ke hospital berdekatan bagi menerima rawatan.

“Amin , bangunlah.” , ujar Fathia perlahan , melihat wajah Amin disisinya. Air matanya masih mengalir , tidak ada tanda-tanda untuk berhenti.

***

“Astagfirullahalazim.” , ucap Puan Aina apabila mendapat panggilan daripada pihak hospital yang Amin dan Fathia telah kemalangan. Gagang telefon yang dipegangnya terlepas. Dia terduduk.

“Awak , kenapa ni ?” , tanya Encik Aidil. Saat ini , air mata Puan Aina sudah mengalir.Dia memandang wajah suaminya itu.

“Amin kemalangan.” , kata Puan Alia tersedu-sedu. Encik Aidil terkejut. Matanya terbuka besar.

“Abang , kita pergi hospital sekarang ya bang.”, ajak Puan Aina. Encik Aidil hanya mengangguk. Puan Aina mencapai tudungnya.Mereka berdua laju menuruni anak tangga , bergegas ke arah kereta.

“Amin , tunggu mama nak.” , ucap Puan Aina perlahan. Air matanya diseka dengan belakang tangannya.

***

“MAMA ! Amin ma. Amin.” , Fathia memanggil mamanya. Dia masih lagi menangis tanpa henti.Puan Alia terus memeluk puterinya itu. Encik Fariz juga turut berada disitu sekali.

“Papa.” , dia memeluk papanya pula. Bajunya yang dipenuhi darah dibiarkan saja.

Tidak lama kemudian , Puan Aina dan Encik Aidil pula tiba. Mata Puan Aina kelihatan sembab. Sudah pasti baru lepas menangis.

 “Fathia.” ,panggil Puan Aina. Fathia terus berlari ke arah Puan Aina. Dipeluknya seerat-eratnya.

“Aunty , Amin.” , Fathia berkata dengan tersedu sedan. Semakin deras air matanya keluar.

“Amin tak apa-apa. Percaya cakap Aunty.” , pesan Puan Aina.

Air matanya juga sudah tidak dapat ditahan lagi. Kedua-dua keluarga yang sedang menunggu di ruang menunggu itu hanya senyap menyepi. Fathia duduk berdekatan dengan pintu bilik rawatan kecemasan. Air matanya masih belum berhenti.

“Doktor , macam mana anak saya ?” , tanya Encik Aidil sebaik saja melihat seorang doktor keluar daripada bilik rawatan. Fathia juga terus bangun untuk mendengar.

“Maafkan saya encik , kami sudah mencuba sedaya upaya kami , tetapi Allah lebih menyayanginya.” , ucap doktor melayu itu.

“INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJIUN.” , ucap Encik Aidil.

“AMINN !” , Fathia menjerit kuat nama Amin.

***

“Ini semua salah aku ! Semua salah aku ! Salah aku !” , jerit Fathia seorang diri. Dia terduduk di lantai hospital itu. Air matanya memang sudah tidak dapat berhenti mengalir.

“Fathia , jangan buat macam ni nak.” , Puan Aina memujuk.

Air matanya juga masih mengalir di pipi. Memang wajar dia bersedih.Siapa yang tak sayangkan anak sendiri. Tapi sudah bertepatan dengan janji Allah , setiap yang hidup , pasti akan merasai mati.Dia harus merelakannya.

“Fathia yang salah Aunty. Fathia yang menyebabkan dia …” , Fathia tidak mampu menyambung ayatnya.

“Fathia , bukan salah Fathia. Dah ajal dia Fathia. Kita tak boleh buat macam ni.” , Puan Aina cuba menenangkan Fathia. Fathia masih menahan sedu. Dia tak pernah menyangka bahawa semua ini akan terjadi kepada dirinya.

"Amin !" , jeritnya lagi.

OLDER POST / NEWER POST