budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 25
Seperti yang telah diberitahu Izzati , hari Jumaat jam 3 petang , Fathia mahu bertemu dengan Amin di taman yang berdekatan dengan rumah mereka.

Amin menjeling jam tangannya , sudah pukul 2.45 petang.

“Ya Allah ! Aku kena jumpa Fathia. Habislah singa tu baham aku.” , Amin membebel seorang diri apabila tersedar yang dirinya tertidur.

Dia terus ke tandas , mencuci mukanya. Kemudian , dia terus mencapai sehelai T-shirt berlengan panjang dan terus memakainya. Tiba-tiba suara ibunya kedengaran.

“Amin , Ammar dah sampai dah tu.” , jerit Puan Aina. Puan Aina memang sudah lama kenal dengan Ammar. Jadi apabila mereka mahu keluar bersama , Puan Aina tidak terlalu risau.

“Kejap ma.” , balas Amin. Tangannya laju mencapai minyak wangi berjenama Hugo Boss. Disemburkan beberapa kali ke badannya. Kemudian , dia terus berlari turun ke bawah.

“Mama , Amin pergi dulu ya. Assalamualaikum.” , Amin mencium tangan mamanya dan terus menarik tangan Ammar. Terkejut Ammar dibuatnya.

“Saya pergi dulu ya Aunty.” , jerit Ammar. Puan Aina hanya tersenyum melihat telatah Amin dan Ammar itu.

***

“Kau dah cakap belum kat mamat ni ? Sampai sekarang tak nampak pun batang hidung dia ?” , Fathia mengeluh. Sudah lima belas minit mereka sudah tercongok disitu.

“Bukan kita ke yang datang awal ?” ,tanya  Izzati. Muka Fathia mula berubah.

“Yalah , yalah. Tapi tetap dah lambat lima minit kan ?” , Fathia membebel sambil menunjukkan lima jari kanannya. Izzati hanya mengangguk.

“Alah , kejap lagi sampai lah tu.” , ujar Izzati.

“Assalamualaikum. “ , Ammar memberi salam dalam keadaan tercungap-cungap. Amin juga begitu.

“Waalaikumsalam. Ni apa pasal berlari-lari macam tak cukup tanah ni ? Kena kejar anjing kat tepi jalan ke ?” , tanya Izzati bertubi-tubi. Pelik melihat keadaan mereka. Fathia juga mengerutkan dahinya.

“Tak adalah. Amin ni ha , takut sangat yang kami ni dah lambat. Pasal tulah dia lari macam apa.” , jelas Ammar kepada dua orang perempuan dihadapannya. Fathia sudah bercekak pinggang.

“Sedar pun yang anda ni dah lambat !” , Fathia sudah seperti mahu memulakan sesi kaunseling. Caranya itu sudah sama seperti Cikgu Baddrol , guru disiplin SMK Tun Dr. Ismail.

“Alah , lambat sepuluh minit je kot. Bukan setengah jam.” , jawab Amin.

“Yalah , yalah , kali ni anda berdua terlepas. Lepas ni ? Jangan harap.” ,ugut Fathia. Izzati mengurut-urut dadanya , takut Fathia akan berubah menjadi singa kelaparan.

“Kenapa nak jumpa aku ? Bukan kau dah benci aku ke ?” , tanya Amin. Muka Fathia terus berubah. Dia menarik lengan Amin lalu menuju ke sebuah bangku yang berdekatan di situ.

“Apa ni tarik-tarik ?” , marah Amin. Fathia hanya melirik anak matanya.

“Duduklah.” , arah Fathia. Dia agak serba salah untuk memberitahu tentang buku kesayangannya itu.

“Kau nak apa ? Kata dah tak nak maafkan aku ? Apasal sibuk nak jumpa aku ?” , bertalu-talu soalan keluar dari mulut Amin.

“Sebab aku nak cakap sesuatu kat kau.” , jawab Fathia.

“Aku pun nak cakap sesuatu kat kau. Tapi , tak apalah. Kau cakap dulu.” , ujar Amin.

“Kau cakaplah dulu.” , Fathia memberi kebenaran. Amin mengerutkan dahinya.

“Aku sebenarnya nak minta maaf kat kau. Walaupun aku tak ambil buku kau tu, tapi aku tetap rasa bersalah.” , kata Amin lemah.

“Tak. Kau tak salah.” , kata Fathia.

“Tak salah ? Maksudnya ?” , Amin bertanya kepada Fathia. Dia agak pelik dengan ayat Fathia sebentar tadi.

“Sebenarnya , buku tu … ada kat rumah aku.” , jawab Fathia tergagap-gagap. Mata Amin terbuntang mendengar jawapan daripada Fathia itu.

“Apa ?! Dekat rumah kau ? Dah tu kenapa kau nak tuduh aku ? Aku tarik balik maaf aku tadi.” , jerit Amin.

Fathia hanya memandang redup wajahnya. Memang patut dia dipersalahkan. Izzati dan Ammar yang duduk di bangku berdekatan agak terkejut mendengar jeritan Amin.

“Aku tahu aku yang salah. Sebab tu aku nak minta maaf kat kau.” , balas Fathia.

“Just like that ? Dah tuduh aku , lepastu minta maaf macam tu je.” , jawab Amin.

“Muhammad Amin Raiqal , kalau dari dulu kau tak sibuk nak kacau aku , tak adalah aku nak tuduh kau. Dah tak ada orang lain yang aku boleh tuduh , aku tuduhlah kau.Lagipun , kau seorang je yang berani nak kacau aku !” marah Fathia. Dia sudah tidak dapat menahan sabarnya.

“Nur Fathia Umaira , lain kali sebelum nak tuduh orang tu , siasat dulu. Jangan main terjah je. Pasal kau malukan aku dalam kelas hari tu , semua awek dah lari tinggalkan aku.” , bebel Amin. Fathia sudah mengerutkan dahinya.

“Dah tu , yang perempuan masa kat rumah terbuka kau tu siapa ? Bukan makwe kau? “ , tanya Fathia. Tidak tahu mengapa soalan itu tiba-tiba meluncur dibibirnya.

“Perempuan ?” , tanya Amin. Kemudian, dia terdiam seketika. Mungkin mahu mengingati semula wajah perempuan yang dikatakan oleh Fathia.

“Oh  , dia ! Memang dia awek aku. Kenapa ? Cemburu ke kak ?” , jawab Amin dengaan selamba. Muka Fathia sudah mula berubah apabila mendengar pernyataan Amin sebentar tadi.

“Kenapa aku tak pernah tahu yang dia ada makwe ?” , tanya Fathia kepada dirinya sendiri.

“Cemburu ? Untuk apa ? Perasan je lebih.” , jawab Fathia lalu menjelirkan lidahnya. Mukanya sudah merah padam seperti udang yang dibakar.

“Tak adalah. Itu bukan makwe aku. Saja je nak test kau.” , balas Amin lalu tersengih ke arah Fathia. Fathia mengecilkan matanya.

“Penipu ! “ , Fathia menjerit kecil. Amin sudah mula takut dengan perubahan Fathia itu terus bangun. Berlari meninggalkan Fathia. Fathia juga tidak membuang masa. Dia terus bangun dan mengejar Amin.

“Woi , jangan larilah mangkuk ayun !” , jerit Fathia kepada Amin. Masih mengekalkan gelaran yang digunakan sebelum ini.

“Sukahati akulah minah senget.” , balas Amin sambil melajukan lariannya.

“Eh , mereka berdua tu dah kenapa? “ , tanya Izzati kepada Ammar. Ammar yang juga pelik dengan keadaan itu hanya mengangkat kedua-dua belah bahunya.

“Macam tak biasa tengok Amin dengan Fathia tu berlari-lari. Bukannya tahu malu mereka berdua tu.” , jawab Ammar. Izzati hanya tersenyum.

OLDER POST / NEWER POST