budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 69
Setelah berkampung di hospital selama lima hari , akhirnya Azim dibenarkan untuk pulang ke rumah. Azim juga sudah sedikit pulih. Balutan di kepalanya sudah dibuka. Cuma tangannya yang patah itu saja masih belum sembuh. Ianya memakan masa beberapa minggu untuk pulih sepenuhnya.

“Fathia , kita singgah kat taman dulu boleh tak ?”, Azim bertanya kepada Fathia yang sedang memandu. Aida yang duduk dibahagian belakang hanya menyepi.

“Awak tu masih sakitlah.” , tegur Fathia. Masakan dia mahu menurut permintaan Azim itu. Karang kalau pengsan , siapa mahu angkat ? Dia tidak sanggup.

“Alah , please.” , Azim merayu.

“Tanya Aida.” , cadang Fathia. Aida yang mendengar namanya disebut mengerutkan dahinya.

“Adik , boleh tak abang nak singgah taman sekejap ?” , tanya Azim lalu mengenyitkan matanya kepada Aida. Aidaa hanya tersenyum. Dia tahu maksud disebalik kenyitan mata abangnya itu.

“Boleh !” , ujar Aida. Fathia mengeluh kecil.

“Menyesal pulak aku suruh tanya budak Aida ni.” , getus hati Fathia. Nak tak nak, terpaksalah dia menyinggah di taman yang berdekatan dengan rumahnya itu.

“Kenapa nak datang sini ?” , tanya Fathia pelik. Azim mengeluarkan telefonnya yang sudah sedikit pecah akibat kemalangan itu.

“Saya nak terangkan pasal gambar ni.”, ucap Azim lalu menyerahkan telefonnya kepada Fathia. Fathia terdiam.

“Ini bukan kekasih saya seperti yang awak sangka tu.” , ujarAzim. Fathia memandangnya.

“Habistu siapa ?” , tanya Fathia. Azim mengeluh kecil.

“Dia adik saudara saya. Dia baru habis master dekat UK. Jadi , saya ambil dia dekat airport. Dia tumpang kat rumah saya sebelum nak balik ke Johor.” , jelas Azim. Fathia terkedu. Dia sudah tersalah sangka. Dia bersalah kepada Azim.

“Azim , saya minta maaf. Saya tak tahu pulak yang dia tu...” , belum sempat Fathia menghabiskan ayatnya , Azim memotong.

“Shhh. Saya tak marah awak pun.” , Azim berkata perlahan. Air mata Fathia mengalir.

“Hei , janganlah menangis.” , pujuk Azim. Fathia menyeka air matanya. Ditatapnya mata coklat Azim sedalam-dalamnya.

“Awak belum jawab soalan saya masa tu.” , Fathia mengingatkan kembali. Azim mengerutkan dahinya. Fathia memuncungkan bibirnya.

“Kenapa awak bawak kereta laju-laju ? Tak sayang saya eh ?” , perkataan ‘sayang’ tiba-tiba meluncur keluar daripada mulut Fathia. Azim terkedu.

“Sebab saya sayang awaklah , saya bawak kereta laju-laju. Nak cari awak. Saya nak awak tahu kebenaran sebenarnya.” , jelas Azim. Air mata Fathia jatuh lagi.

“Sebab saya ?”

“Ya Dr. Fathia.”

“Terima kasih.” , ucap Fathia. Azim hanya tersenyum.

“Sama-sama.” , balas Azim perlahan.

***

“Aku nak kau jaga dia baik-baik.” , pesan Tengku Ihsan. Azim mengerutkan dahinya.

“Aku tak faham apa yang kau cakap ni Ihsan.” , balas Azim. Ihsan mengeluh berat.

“Fathia cintakan kau. Hanya kau yang boleh bahagiakan dia. Bukan aku.” , ucap Ihsan. Dia tahu , sampai bila-bila pun hati Fathia bukan untuknya. Dia sepatutnya sudah menyedarinya awal-awal lagi.

“Tapi kalau kau sakitkan hati dia , siap kau.” , Ihsan mengepal tumbukannya. Azim tersenyum.

“Kalau kau tak suruh pun memang aku akan buat.” , balas Azim.

“Aku harap korang berdua bahagia.” , kata Ihsan sambil tersenyum kepada Azim.

OLDER POST / NEWER POST