budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 19
Cuti sekolah telah pun melabuhkan tirainya semalam. Hari ini , sekolah telah mula beroperasi seperti biasa. Seawal jam 7 pagi lagi , SMK Tun Dr. Ismail telah dipenuhi dengan para pelajarnya. Bersemangat untuk kembali ke sekolah semula.

“Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh , Cik Nur Fathia Umaira.” , sapa seseorang yang amat dikenalinya.

“Waalaikumsalam. Izzati ! Wah , rindunya aku kat kau !” , jawab Fathia lalu memeluk erat kawannya itu.

“Weh , lepaskanlah aku. Sakit pinggang aku kau peluk-peluk.” , ujar Izzati kepda Fathia. Terus Fathia meleraikan pelukannya.

“Alah , aku rindu sangat kat kau. Dua minggu tak dapat tengok muka comel kau ni.” , kata Fathia sambil tersenyum ke arah Izzati. Kemudian , dia mencubit pipi gebu Izzati itu.

“Sakitlah Thia. Aku tak nak pakai blusher buatan kau ni .” , jerit Izzati. Kemudian , dia tersenyum ke arah Fathia.

“Jom ! “ , ajak Izzati. Belum sempat Fathia memberi jawapan , Izzati sudah menarik tangannya. Mereka berjalan laju ke arah tapak perhimpunan.

“Perangai sama je macam mangkuk ayun tu.” , getus hati Fathia. Terimbau semula kenangan dia dan Amin ketika mereka berada di Strawberry Park semasa cuti sekolah yang lalu.Kemudian , dia tersengih seorang diri.

“Hoi ! Berangan pakwe barulah tu !” , tegur Izzati. Fathia terkejut dengan perbuatan Izzati itu. Jantungnya seperti sudah mahu terkeluar. Matanya bulat memandang Izzati disebelahnya.Izzati pula tersenyum kambing , tahu yang Fathia sedang marah kepadanya.

***

“Wah , rindunya kat kelas ni !” , ucap Fathia sebaik saja melangkah masuk ke dalam kelas 2 Ibnu Sina. Fathia hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.

Semua pelajar sudah mula masuk ke kelas masing-masing. Kelihatan Amin dan Ammar juga melangkah masuk ke dalam kelas lalu terus ke tempat duduk mereka iaitu sebaris dengan Fathia dan juga Izzati.

“Ehem.” , Izzati berdehem apabila melihat Fathia sedang memerhatikan Amin. Fathia tersedar daripada lamunannya lalu terus memandang hadapan.

Cikgu Nazirah yang sepatutnya sudah masuk ke kelas masih belum timbul. Jadinya, kelas 2 Ibnu Sina agak hingar-bingar. Seperti ada persembahan konsert Justin Bieber. Masing-masing berbual dengan rakan mereka. Almaklumlah , cuti selama dua minggu. Sudah pasti banyak cerita yang ingin dikongsikan bersama.

“Aku dengar cerita kau cuti sakan kat Cameron cuti hari tu.” , Izzati tiba-tiba bertanya kepada Fathia. Fathia agak terkejut dengan pertanyaan itu.

“Macam mana kau boleh tahu ni ?” , Fathia bertanya semula kepada Izzati.

Setahunya , percutian antara keluarganya dengan keluarga Amin tidak ada sesiapa pun yang tahu. Fathia juga tidak pernah memberitahu Izzati. Jadi , dia berasa terkejut dengan soalan Izzati itu.

“Aku … tahu daripada Ammar.” , jawab Izzati tergagap-gagap.

“Masa tu aku telefon dia , lepastu tiba-tiba dia buka cerita pasal korang pergi bercuti. Aku dengar je lah.” , jelas Izzati lagi. Kemudian , dia tersengih melihat muka Fathia yang sudah mula berubah.

“Amin ! Cerita macam ni pun nak bagitahu orang. Ngada-ngada betul.” , getus hati Fathia.

“So , how’s your holiday ? Is it fine ?” , tanya Izzati lagi.

“Okay sangat ! “ , suara seseorang menyampuk. Rupa-rupanya Amin yang terdengar perbualan Fathia dan Izzati menjawab.

“Ha’ah. Okay je. Just fine! “ ,sambung Fathia lagi.

“Biar betul ?” , Ammar yang berada di sebelah Amin tiba-tiba menyampuk. Izzati juga mengangguk-angguk tanda mahukan jawapan dari Fathia dan Amin.

“Betul , betul , betul.” , giliran Fathia pula menjawab. Seperti gaya Upin & Ipin. Mereka berempat kemudian ketawa bersama-sama.

“Cikgu Nazirah dah sampai !” ,jerit seorang murid lelaki. Siapa lagi kalau bukan Hafiz , ketua kelas 2 Ibnu Sina.

Semua pelajar terkocoh-kocoh kembali duduk di tempat masing-masing. Kelas 2 Ibnu Sina kembali senyap semula. Pandai betul mereka semua berlakon. Boleh dinobatkan sebagai salah satu penerima Anugerah Pelakon Terbaik di Anugerah Skrin. Setelah itu , mereka memulakan sesi pembelajaran seperti biasa.

***

Kringg , loceng sekolah sudah berbunyi manandakan kelas pada hari ini telah pun tamat. Semua pelajar laju mengemaskan beg mereka dan segera meninggalkan kelas. Izzati dan Ammar sudah berada di luar. Tinggal Fathia dan Amin saja yang berada di dalam.

“Woi , apasal kau bagitahu Ammar pasal kita pergi bercuti hah ?” , tanya Fathia kasar.

“Suka hati akulah. Yang bayar bil telefon bukan kau , tapi papa aku.” , jawab Amin seperti orang mahu bergaduh.

“Ah , malas aku nak layan kau. Tapi aku cuma nak ingatkan kau satu perkara.” , balas Fathia lagi.

“Apa ? Ngada-ngada betul.” , ujar Amin.

“Jangan menggatal sangat nak cerita semua pasal kita kat Cameron masa tu. Kalau Izzati ada cerita kat aku , siap kau !” , Fathia mengingatkan Amin. Matanya dijegilkan , mukanya kelihatan serius.

“Alah , aku pun tak inginlah nak cerita kat satu kampung yang kau ni alah pada bunga.” , jawab Amin selamba. Fathia menjelingnya.

“Amin !” , Fathia menjerit lalu berlari mengejar Amin yang sudah mahu keluar dari kelas. Amin yang perasan tentang keadaan itu terus melajukan langkahnya.

“Woi ! Jangan larilah !” , jerit Fathia lagi sambil membuka langkah besar untuk mengejar Amin di hadapan.

“Ammar , jom lari ! Singa dah kelaparan tu.” , ajak Amin apabila sudah sampai di tempat Ammar. Ammar yang pelik dengan perkataan Singa itu hanya menurut kata-kata Amin. Mereka berdua terus hilang daripada pandangan dalam sekelip mata.

“Mana mamat tu ? Tak guna betul !” , marah Fathia apabila dia sudah tidak nampak kelibat Amin.

“Dah balik dah. Baru je. Eh , dahlah. Jom kita balik. Aku dah lapar ni.” , ajak Izzati pula.

“Kau ni , makan je tahu. Yalah , jom !” , balas Fathia dengan muka singanya. Izzati hanya menggeleng-gelengkan kepalanya dengan perangai Fathia itu.

OLDER POST / NEWER POST