budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 42
“Seorang daripada anda harus memainkan apa saja alat muzik manakala seorang lagi harus menyanyi mengikut nada muzik yang dimainkan.”

Amin dan Fathia mengeluh panjang. Menyanyi ? Mereka tidak mahu men'sumbang'kan lagu yang sudah merdu. Silap-silap hujan akan turun selebat-lebatnya. Fathia memandang Ammar dan Izzati , mereka tersenyum gembira.

“Mesti dapat yang senang.” , ucap Fathia.

“Hoi , janganlah berangan.” , ujar Amin. Fathia memandangnya dengan senyuman.

“Aku nak kau nyanyi. Petang nanti aku bagi kau lirik lagu. Okay ?”, kata Fathia selamba. Dahi Amin berkerut seribu.

“Gila kau. Aku tak reti menyanyi lah. Lagipun kau reti ke main alat muzik ?” , Amin mahukan kepastian.

“Kau tunggu je lah. Jangan banyak bunyi.” , jawab Fathia lagi. Amin mendiamkan diri.

“Menyanyi ? Memang kerja gila.” , Amin berkata di dalam hati.

***

Setibanya Fathia di rumahnya , dia terus naik ke bilik.Puan Alia agak pelik dengan perangainya. Selalunya Fathia akan ke dapur dahulu , baru naik ke atas. Tapi , hari ini lain pula.

“Mana mama letak eh ?” , Fathia tercari-cari sesuatu di dalam bilik stor tersebut.Dia mengambil masa lebih kurang sepuluh minit untuk menjalankan sesi pencariannya itu.

“Hah , jumpa pun. Dia membawa masuk ke dalam biliknya. Membersihkan habuk-habuk yang telah melekat pada barang yang telah diambilnya itu. Kemudian , dia kembali lagi ke bilik stor. Mencari satu lagi benda penting.

“Inilah jadinya kalau letak barang sepah-sepah.” , bebel Fathia dalam hati. Dia masih tercari-cari. Menyelongkar kotak-kotak yang ada disitu.

“Nasib baik aku jumpa kau.” , ujar Fathia apabila dia menjumpai satu lagi barang yang diingininya. Dia kembali semula ke biliknya. Dia melihat jam yang terpempang didinding biliknya.

“Dah pukul 1.30 petang.” , kata Fathia dalam hati. Dia terus mencapai tuala lalu terus masuk ke tandas. Kemudian , dia menunaikan solat Zuhur.

***

“Assalamualaikum , Amin.” , jerit Fathia di depan pintu pagar rumahnya. Seperti yang dijanjikan, Fathia datang ke rumah Amin untuk memberikan lirik lagu yang bakal mereka persembahkan esok.

“Waalaikumsalam.”, jawab Amin lalu terus pergi ke luar.

“Nah , aku nak kau hafal dan tahu tempo dia.” , Fathia menyerahkan sehelai kertas yang tertulis lirik lagu. Amin mengambil kertas itu dari tangan Fathia. Dia mengerutkan dahinya.

“Tercipta Untukku ?” , tanya Amin apabila dia membaca tajuk lagu itu.Fathia hanya mengangguk.

“Muzik ?” , tanya Amin lagi. Fathia mengukirkan senyuman kepadanya.

“Just wait and see okay.” , jawab Fathia selamba. Amin memandang wajah Fathia.

“Apa tengok-tengok ?” , tanya Fathia apabila sedar yang dirinya sedang diperhatikan.

“Tak ada apa-apalah.”, balas Amin.

“Dah , pergi dengar lagu ni kat Youtube banyak-banyak kali.Kalau kau cukup , kau download lagu ni.Kalau tak cukup jugak , kau Bluetooth lagu ni kat handphone kau , kalau tak cukup jugak …” , Fathia membebel panjang. Belum sempat Fathia menghabiskan ayatnya , Amin memotong.

“Kalau tak cukup jugak , aku panggil je kau suruh nyanyi depan aku. Okay ?” , Amin membalas selamba. Fathia mencebikkan bibirnya. Kemudian ,mengukirkan senyuman.

“Dah , aku nak balik. Assalamualaikum.” , Fathia meminta izin mengundur diri. Amin hanya mengangguk.

“Yalah. Waalaikumsalam.” , balas Amin. Fathia meninggalkan Amin dan terus masuk ke rumahnya.

“Fathia , kau ada banyak kerja nak kena buat.” , Fathia bermonolog. Dia menaiki tangga , menuju ke kamarnya.

***

“Fathia , kau kena buat apa ?” , tanya Izzati ketika mereka sedang berjalan , menuju ke bilik muzik.

“Menyanyi.” , Fathia menjawab sepatah. Izzati membuntangkan matanya. Seakan-akan tidak percaya.

“What ? Ya Allah !” , balas Izzati sambil ketawa. Fathia melihat wajah Izzati pula.

“Kau pulak ?” , tanya Fathia. Izzati mengukirkan senyuman.

“Menjadi seorang pengacara.” , Izzati menjawab dengan muka serius. Fathia mengerutkan dahinya.

"Amboi , perasannya. Mesti banyak gosip kan ?" , tuduh Fathia melulu. Lengannya dicubit.

"Sakitlah." , jerit Fathia sambil menggosok-gosok lengannya. Izzati memandangkan dengan seukir senyuman.

"Celopar lagi. Kan dah kena." , ujar Izzati lagi.

“Untunglah kau. Dapat yag senang. Tak macam aku dengan Amin.” , balas Fathia. Izzati hanya tersenyum sipu.


Apakah yang akan terjadi ?

OLDER POST / NEWER POST