budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 17
“Aduh ! “ , Fathia yang mendengar suara itu terus menoleh ke sebelah kirinya.

“Amin ? Mana kau ? “ , tanya Fathia apabila melihat Amin tiada disisinya. Fathia sudah berasa takut.

“Woi ! Aku kat belakang kau ni lah. “ , jawab Amin dengan suara yang agak perlahan. Lantas Fathia memandang ke arah belakang.

“Aku tahulah kau dah penat. Tapi ,janganlah sampai nak duduk kat tangga tu.” , balas Fathia sambil ketawa terkekek-kekek. Dilihatnya Amin terduduk di atas anak tangga.

“Aku terjatuh lah makcik ! Boleh ketawakan aku pulak . “ , Amin menjelaskan keadaannya sambil menahan kesakitan. Fathia masih belum berhenti ketawa.

“Kau nak tipu lagilah tu kan ? Jangan harap aku nak percaya. Pandai-pandailah kau naik sendiri eh ? Aku tak sanggup nak dukung kau yang berat tu.” , balas Fathia panjang. Dia tidak mahu terpedaya dengan tipu helah Amin lalu dia mula menaiki anak tangga seterusnya.

“Aduh ! “ , Amin mengerang kesakitan. Kakinya terseliuh. Fathia kembali memandang ke arah Amin. Amin masih memegang kakinya.

“Kau tak tipu aku kan ? “ ,tanya Fathia mahukan kepastian. Amin tidak membalas sebaliknya dia mengaduh kesakitan.

“Amin ! “ , Fathia meluru ke tempat Amin. Dia cuba memegang kaki Amin yang sakit itu.

“Woi ! Sakitlah ! “ , marah Amin. Fathia hanya memandang anak mata Amin yang berwarna coklat itu.

“Dia memang benar-benar sakit. Dia tak tipu.” , getus hati Fathia.

“Dah , sini. Aku papah kau naik atas.” Fathia menghulurkan pertolongan kepada Amin. Amin hanya mengangguk. Sudah tidak sanggup menahan kesakitan.

Fathia memegang lengan Amin. Nasib baik Amin memakai baju yang berlengan panjang , mudah Fathia ingin memapahnya.Kalau tidak , senang-senang saja dia mengumpul dosa kering akibat menyentuh anggota yang bukan muhrimnya. 

Amin sudah mula berdiri dibantu Fathia. Kemudian , satu-persatu tangga didaki bersama. Amin memandang wajah Fathia. Fathia yang perasan tentang hal itu terus berhenti menaiki tangga. Amin juga begitu.     

“Kau ni beratlah Min.” , ungkap Fathia selamba. Amin hanya tersenyum sebaris.

“Syukran.” , balas Amin pendek. Dia mengucapkan terima kasih kepada Fathia dalam Bahasa Arab. Perkataan tersebut laju terpacul daripada mulutnya.

Fathia hanya membisu. Dia pelik dengan reaksi Amin sebentar tadi. Mereka meneruskan semula perjalanan mereka. Setibanya dihadapan pintu bilik keluarga Amin , Fathia terus mengetuk pintu bilik itu. Kelihatan Puan Aina muncul di pintu. Puan Aina terkejut melihat Amin dan Fathia.

“Aunty , tadi Amin terjatuh kat tangga. Kaki dia terseliuh.” , jelas Fathia kepada Puan Aina.

“Ya Allah Amin. Kenapa cuai sangat ni ?” , tanya Puan Aina serius. Mukanya seperti hendak menangis apabila mengetahui keadaan anaknya itu.

“Amin tak ada apa-apalah. Sikit je.” , jawab Amin sambil menghadiahkan senyuman kepada mamanya.

“Sikit konon. Tadi beria mintak tolong kat orang suruh angkat dia.” , Fathia membebel seperti Puan Aina tidak wujud dihadapannya. Kemudian , dia tersenyum ke arah Puan Aina. Agak malu dengan percakapannya sebentar tadi.

“Aunty , bawalah Amin masuk ke dalam. Asyik mengaduh tak habis-habis. “ , ujar Fathia sambil melepaskan lengan Amin. Kini , lengan Amin dipegang oleh Puan Aina pula.

“Terima kasih banyak-banyak ya Fathia. Amin ni menyusahkan Fathia je.” , ucap Puan Aina sambil mencubit lengan anaknya itu.

“Mama ! Sakitlah.” , kata Amin perlahan. Fathia hanya tersenyum.

“Sama-sama Aunty. Fathia masuk bilik dulu ya Aunty. Assalamualaikum.”, balas Fathia lalu terus ke arah bilik sebelah.

“Waalaikumsalam.” , jawab Amin di dalam hati.

Apabila Fathia masuk ke dalam bilik , kelihatan mama dan papanya sudah lena dibuai mimpi. Fathia yang masih belum menunaikan solat Isyak terus menuju ke tandas dan mengambil wuduk. Kemudian , dia menyarungkan telekungnya dan menunaikan solat. 

***

Hari ini merupakan hari terakhir mereka berada di Cameron Highlands. Sekejap sungguh masa berlalu. Oleh itu , mereka mengambil kesempatan untuk singgah ke Kea Farm , salah satu kebun sayuran yang terdapat di sekitar kawasan itu.

“Kaki kau dah baik ? “ , tanya Fathia sewaktu di dalam kereta.

“Dah okay sikit. Mama dah urut. “ , jawab Amin seraya tersenyum kepada Fathia.

“So , bolehlah aku pijak kaki kau ?” , tanya Fathia selamba.

“Gila ? Sakit baliklah kaki aku nanti.” , kata Amin yang agak terkejut dengan pertanyaan si Fathia. Suaranya yang agak kuat itu membuatkan Puan Alia dan Puan Aina memandang ke arah Fathia dan Amin. Fathia hanya tersenyum menunjukkan giginya . Lalu mama mereka memandang kehadapan semula.

“Kau ni bising tahu tak ? Aku pijak kaki kau betu-betul baru tahu.” , ugut Fathia sambil menunjuk ke arah kaki Amin yang terseliuh itu.

“Kalau berani , pijaklah.” , cabar Amin lalu menjelirkan lidahnya.

“Amboi , dah pandai jelir-jelir lidah nampak ? Nak kena potong ? “ , ujar Fathia lagi. Amin hanya memekakkan telinganya.

Begitulah mereka . Sekejap baik , sekejap bergaduh. Bergurau tidak habis-habis. Apabila sudah terkena , mulalah mahu membalas sesama sendiri. Tidak pernah ada perasaan langsung untuk meminta maaf.

***

Kereta Estima yang dipandu oleh Encik Fariz sudah berhenti menandakan bahawa mereka sudah sampai ke destinasi.Mereka semua turun daripada kereta. Cuma Amin yang agak terkial-kial untuk keluar. Mungkin kerana keadaan kakinya yang sakit itu. Puan Alia , Encik Fariz dan Encik Aidil sudah maklum dengan kejadian yang menimpa Amin semalam. Mereka agak kasihan dengan Amin. Terkena musibah sewaktu hendak menikmati percutian.

“Amin boleh jalan ke ?” , tanya Puan Alia yang agak risau tentang keadaan Amin.

“Boleh Aunty. Sakit dah kurang dah.” , jawab Amin.

“Dia kalau bab-bab jalan ni mama tak payah tanya dia. Mesti dia kata okay punya.Kan ?”, ujar Fathia selamba. Kemudian,dia memandang Amin sambil mengenyitkan mata kirinya.

“Fathia ! “ , Amin menjerit nama Fathia di dalam hati. Dia mengecilkan kedua-dua belah matanya kepada Fathia. Fathia hanya tersenyum selamba.

Mereka sudah mula berjalan menuju ke kebun sayuran tersebut. Puan Alia dan Puan Aina tidak membuang masa. Mereka terus menyerbu tempat itu. Sudah tidak sabar mahu memborong sayur-sayuran segar yang ada.Encik Aidil dan Encik Fariz hanya mengekori isteri-isteri mereka. Tinggal Fathia dan Amin sahaja di belakang.

“Jalan cepat sikit boleh tak Encik Muhammad Amin Raiqal ?” ,Fathia sengaja memanggil Amin dengan nama penuhnya. Kemudian ,dia berdengus kecil.

“Sabarlah. Tak tahu ke kaki orang sakit ni. “ , balas Amin lalu menunjukkan ke arah kakinya yang sakit.

“Amboi , tadi bukan main beria cakap kat mama aku boleh jalan. Dah tak sakit. Tapi dengan aku,  kau cakap lain pula ya.” , bebel Fathia. Amin hanya menutup telinganya seolah-olah tidak mahu mendengar apa yang Fathia bebelkan.

Melihat Amin seperti mengajuk percakapannya , Fathia memandang wajah Amin. Amin hanya tersenyum kambing.Tiba-tiba ...

"Aduh ! Kurang ajar kau Fathia ! " , jerit Amin apabila kakinya yang sakit itu dipijak oleh Fathia.

"Alah , aku baru pijak sikit dah menjerit. Apalah. " , balas Fathia kepada Amin. Kemudian dia ketawa terkekek-kekek. Amin hanya memandang Fathia dengan perasaan geram. Kalau tidak kerana kakinya terseliuh , sudah pasti dia dapat membalas perbuatan Fathia itu.

OLDER POST / NEWER POST