budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 1
Nur Fathia Umaira , gadis yang sentiasa disebut-sebut namanya di kalangan pelajar. Masakan tidak , dia sering menggegarkan kelas Tingkatan 1 Ibnu Sina dengan suaranya yang ala-ala nak sertai ujibakat opera. Hanya satu sebabnya , iaitu ...

"Amin !! " , Fathia menjerit. Semua mata telah tertumpu terhadap Fathia dan Muhammad Amin Raiqal . Nama yang sering dikaitkan dengan Nur Fathia Umaira dek perangainya yang suka menyakat si Fathia. Harapkan muka sahaja yang agak tampan , namun perangainya mengalahkan budak darjah 1.

"Alah , kau ni. Aku just nak pinjam pen kau je. Itu pun nak marah-marah." ,selamba Amin menjawab kepada Fathia.

"Pinjam ? Orang kalau nak meminjam , mintak izin lah ! Bukannya main ambil sesuka hati. Apa kau ingat pen ni bapak kau punya ? Sehari tak kacau aku tak boleh eh ?" , celoteh Fathia.

"Tak boleh ! " , jawapan selamba daripada Amin itu membuatkan Fathia sakit hati.

"Kau ... ambil ni ! " laju Fathia membaling liquid paper yang digenggamnya dari tadi. Sasarannya tepat mengena ke kepala Amin.

"Woi ! Nak bunuh aku ke ha ? ,sambil mengusap-usap kepala yang sakit akibat liquid paper Fathia. Fathia hanya tersenyum dan terus duduk di mejanya.

Amin laju menuju ke tempat Fathia namun, masa seperti tidak membenarkan Amin untuk membalas perbuatan Fathia kerana Cikgu Haliza , guru Matematik mereka telah masuk ke kelas.

"Tak apa. Kali ini kau terlepas , lepas ni jangan haraplah. " , Amin berkata dalam hati sambil memandang Fathia. Fathia yang perasan tentang hal itu terus menjelirkan lidahnya kepada Amin.

Inilah kisah mereka berdua. Bermusuhan sejak awal persekolahan sehingga kini dan tidak dapat dipastikan bila akan diakhiri. Seorang lelaki yang tampan dan bijak , seorang lagi cantik dan juga cemerlang. Sekali pandang seperti pasangan yang sangat sepadan , sweet couple gitu, tapi dua kali pandang dah macam anjing dengan kucing. Bergaduh sahaja. Sungguh tidak sepadan dengan personaliti mereka yang cemerlang itu.

Kringg. Loceng berbunyi menandakan kelas pada hari ini telah tamat. Semua murid 1 Ibnu Sina menjadi hingar-bingar mengemaskan beg mereka untuk pulang.

"This is the show time. Fathia , just wait and see." Amin tersenyum seorang diri sambil tangannya ligat memasukkan buku teks ke dalam begnya itu.

Fathia keluar daripada kelas itu bersama rakan karibnya , Izzati . Izzati saja lah orang yang sering menjadi tempat Fathia bercerita apabila diganggu oleh si Amin itu.Mereka menjadi orang yang terakhir keluar dari kelas itu.Selepas menutup pintu , mereka berjalan terus ke tempat menunggu bas tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Sehinggalah ...

" Aduh ! Izzati , tolong aku ! " , dia telah tersadung kerana ada kaki seseorang yang sedang duduk telah dilunjurkan secara sengaja. Nasib baiklah tidak ada apa-apa. Fathia juga terlepas daripada menerima publisiti murahan kerana terjatuh disebabkan kawasan di tempat menunggu bas itu dipenuhi para pelajar. Hanya segelintir sahaja yang melihatnya jatuh dengan dramatik itu.

Fathia yang sedang sakit hati berbaur marah lantas bangun dan memandang orang yang telah membuatnya jatuh. Dia terkejut apabila memandang orang itu kerana dia sangat mengenali 'orang' itu.

"Amin !! " , sekali lagi jeritan Fathia menggamatkan suasana tempat menunggu bas yang sudah sedia bising itu. Sekali lagi , semua mata yang ada di situ memandangnya dan juga Amin.

"Fathia , jom lah kita pergi dari sini. Malu lah semua orang pandang." , nasihat Izzati .

"What ? No way ! Aku belum selesai dengan mamat ni lagi ! " , jerit Fathia kepada Izzati.

Kemudian , pandangannya beralih kepada Amin. Amin hanya memandangnya dengan senyuman puas kerana telah membalas perbuatan Fathia kepadanya sewaktu di dalam kelas.

"Apa pandang-pandang ? Ada hutang ke ? " , Amin bertanya kepada Fathia sedangkan dia sudah tahu apa sebabnya.

"Kau ni kan memang sengaja cari pasal dengan aku kan ? What's wrong with you ? Aku tak ada kacau kau , yang sibuk sangat nak kacau aku apasal ?" , Fathia membebel panjang terhadap Amin. Dia sangat sakit hati dek kerana perbuatan Amin terhadapnya.

"Amboi , dah lupa ke apa yang kau dah buat kat kepala aku ni ? Ingat kepala aku ni tak sakit kena liquid paper murah kau tu ? Anggap je lah ini balasan untuk kau sebab dah buat kepala aku sakit ok ? " , Amin menjawab tanpa merasa serba salah sedikit pun. Kemudian , dia beredar dari situ tanpa mengucapkan maaf kepada Fathia.

"Kau memang suka sakitkan hati aku kan. Kau tunggu je lah." , Fathia mengomel di dalam hati.


Bersambung ...

OLDER POST / NEWER POST