budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 38
“Amin , kertas Math aku.” , Fathia mengeluh panjang. Amin mengerutkan dahinya.

“Lah , kenapa ni ?” , tanya Amin. Izzati dan Ammar sudah jauh dihadapan. Ditinggalkan Fathia dan Amin berdua dibelakang.

“Aku rasa aku banyak salahlah. Mesti markah aku teruk.” , ujar Fathia lagi. Suaranya sudah seperti mahu menangis.

“Sabarlah. InsyaAllah tak teruk.” , pujuk Amin lalu menghadiahkan Fathia dengan seukir senyuman. Fathia hanya tersenyum pahit.

“Tapi kalau aku tak lulus macam mana ? Habislah aku.” , kata Fathia lagi. Dia sudah membayangkan keadaannya kelak.

“Kau kan dah buat yang terbaik. InsyaAllah , keputusannya pun mesti baik.” , nasihat Amin. Fathia menunduk , masih memikirkan tentang kertas matematiknya.

“Dah , jom pergi makan.” , ajak Amin. Fathia hanya menangguk tanda setuju.

***

Peperiksaan Percubaan PMR sudah pun tamat semalam. Kini , berlangsung pula Peperiksaan Percubaan SPM. Pelajar-pelajar Tingkatan Tiga hanya tinggal menunggu keputusan saja daripada guru masing-masing.

“Thia , kenapa senyap je ni?” , tanya Izzati yang agak risau dengan keadaan Fathia.

“Aku takut nak dapat markah Math. Math aku teruk.” , jawab Fathia lemah. Izzati juga sudah tahu tentang hal ini. Sudah berulang  kali dia mendengar ayat yang sama daripada mulut Fathia.

“Kau kan dah berusaha.” , ujar Izzati. Fathia mengeluh panjang. Dia mencapai kotak penselnya. Dahinya berkerut.

“Kertas hijau lagi ? Bukan aku dah simpan dalam laci ke ?” , Fathia bertanya kepada dirinya. Fathia mengambil kertas itu lalu membukanya.

“Ada budak doakan awak supaya awak dapat markah terbaik. InsyaAllah.”

“Kali kedua. Siapa pengirim ni sebenarnya ?” , Fathia bertambah pelik.

“Hoi , kau ni. Tak habis-habis berangan.” , sergah Amin di sisinya. Fathia laju menyorokkan kertas itu di kotak penselnya. Tidak mahu Amin perasan tentang kehadiran surat misteri itu.

“Sibuk je lah kau ni.” , balas Fathia. 

Seketika kemudian , Cikgu Nazirah masuk ke kelas 3 Ibnu Sina. Semua pelajar kembali ke meja masing-masing.Kelas yang hingar-bingar sebentar tadi terus senyap.

“Hari ni saya nak kembalikan kertas Math awak semula. Saya terlalu excited , so saya tandalah awal-awal. Saya rasa awak semua pun tak sabar nak tahu kan ?”, bebel Cikgu Nazirah di depan.Fathia sudah seperti mahu pengsan mendengar ayat Cikgu Nazirah itu.

Satu-satu nama pelajar 3 Ibnu Sina disebut. Pelbagai reaksi yang dapat dilihat sebaik saja mereka menerima kertas tersebut.Ada yang sedih , ada yang gembira.Amin , Ammar dan Izzati sudah tersenyum bangga. Mana tidaknya , mereka mendapat gred A. Hanya Fathia saja yang sedang menunggu gilirannya.

“Nur Fathia Umaira.” , panggil Cikgu Nazirah. Fathia cuak. Ketakutan menyelubungi hatinya.

Fathia mengambil kertasnya dari tangan Cikgu Nazirah. Dilihatnya markah yang tercatat pada kertas tersebut. Kemudian , dia kembali ke tempat duduknya.

“So , how ?” , tanya Izzati disebelahnya. Fathia membuat muka.

“90.” , Fathia menjawab perlahan lalu tersenyum lebar.

“Amboi , nak klentong aku eh.” , ujar Izzati lalu mencubit pipi Fathia yang gebu itu.

“Shh , jangan bagitahu Amin tau. Rahsia.” , arah Fathia. Izzati hanya mengangguk tanda setuju.

***

“Kau dapat berapa ?” , tanya Amin. Hari ini , mereka pulang berjalan kaki bersama-sama.Tidak menaiki bas seperti selalu.

“Alah , tak payah tahulah.” , Fathia menjawab lemah. Kertas Matematiknya digenggam erat. Takut diambil oleh Amin.

“Bagitahulah.” , rayu Amin. Fathia masih menyepi.

Tiba-tiba , Amin berdiri betul-betul dihadapannya.

“Eh , kau ni. Nasib baik aku sempat break.” , bebel Fathia.Dia nyaris-nyaris saja terpeluk Amin yang tercongok dihadapannya.

“Nak bagitahu ke tak nak ?”, tanya Amin lagi. Fathia menggelengkan kepalanya. Amin merenung wajah Fathia sedalam-dalamnya.

“Yalah , yalah. Aku dapat 90. Puas hati cik abang ?” , Fathia menjawab selamba. Mata Amin terbuntang mendengar jawapan Fathia.

“What ? Konon sedih. Rupanya berlakon je.” , ujar Amin yang sedar dirinya telah tertipu dengan lakonan mantap Fathia.

“Eleh , saja je nak kenakan kau. Tak sangka kau percaya.” , ucap Fathia lalu tersengih ke arah Amin. Amin hanya menggelengkan kepalanya. Mereka kembali berjalan menuju ke rumah mereka.

***

Satu-persatu keputusan peperiksaan mereka perolehi daripada guru-guru mereka.Fathia , Amin , Izzati dan Ammar yang sudah dikenali sebagai antara calon-calon yang cemerlang tidak mempunyai banyak masalah untuk menjawab soalan percubaan kali ini. Mereka memperoleh semua gred A. Alhamdulillah. Mungkin ianya setimpal dengan usaha yang mereka telah lakukan sebelum ini.

“Thia , esok kita dah mula puasa ke ?”  tanya Izzati. Guru yang sepatutnya masuk ke kelas 3 Ibnu Sina masih belum muncul lagi.Oleh itu , keadaan kelas agak hingar-bingar.

“Entah. Tengoklah tv hari ni.” , Fathia menjawab malas.

“Kalau esok puasa , kau pergi terawih tau hari ni. Aku jumpa kau dekat surau.” , ajak Izzati lagi.

“Okay.” , jawabnya pendek.

“Kau ni kenapa Thia ?” , tanya Izzati. Perangai Fathia agak pelik hari ini. Tidak seperti selalu.

Ada apa dengan Fathia ?

OLDER POST / NEWER POST