budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 44
“Fathia , awat hang tak habaq kat aku yang hang reti main piano ?”, tanya Izzati dengan menggunakan loghat Kedah. Dia memang betul-betul terkejut dengan persembahan Fathia dan Amin sebentar tadi.


"Keyboard lah." , Fathia membetulkan.


"Alah , apa-apa je lah." , balas Izzati.

“Hang pulak , awat tak habaq kat aku yang suara hang merdu ?” , tanya Ammar pula. Sibuk mahu berloghat Kedah sama seperti Izzati. Amin dan Fathia terkedu.

“Hang jawab dulu.” , arah Izzati kepada Fathia. Fathia tersenyum.

“Kau ni kan...Aku sebelum ni pernah ambil kelas muzik. Tapi, belum sempat habis.Aku dah berhenti.” , jelas Fathia.

“Hang pulak.” , arah Ammar pula.

“Aku nak cakap apa ? Aku pun tak tahu kenapa suara aku berubah macam tu.” , jawab Amin pula.Dia tersengih seperti kerang busuk. Kemudian , ketawa mereka terhambur bersama-sama.


***

“Fathia , sini kejap.” , panggil Amin. Ammar dan Izzati hanya membiarkan. Fathia terus pergi ke arah Amin.

“Yes , boss ?” , Fathia berlawak dengan Amin. Amin tersenyum.

“Terima kasih.”, ucap Amin perlahan. Fathia mengerutkan dahinya.

“For what ?” , tanya Fathia. Dia tidak faham dengan maksud Amin itu.

“Sebab mempopularkan aku hari ni.” , jawab Amin selamba. Kini ,Fathia sudah faham akan maksudnya.

“Penat tau aku selongkar bilik stor semata-mata nak cari keyboard dengan not muzik tu.” , bebel Fathia. Rupanya ,itulah barang-barang yang dicari di dalam bilik stor semalam.Habis bersepah bilik stor dikerjakan olehnya.

“Yes , I know. Aku pun penat asyik ulang lagu yang sama je tak habis-habis. Naik bosan aku dengar tau.” , bebel Amin pula.

“Tapi berbaloi kan Encik Muhammad Amin Raiqal ?” , Fathia sengaja menyebut nama penuh Amin.

“Yalah Cik Nur Fathia Umaira.” , balas Amin. Fathia menatap sekali lagi wajah Amin.

“Kalaulah kau tahu sebab apa aku pilih lagu tu.”, Fathia mengeluh di dalam hati. Wajah Amin masih tidak lepas daripada matanya.

“Hei , kenapa ni ?” , tanya Amin. Fathia tersedar daripada lamunannya.

“Tak ada apa-apa.” , jawabnya ringkas.

“Jom makan. Laparlah.” , ajak Izzati. Ammar juga mengangguk laju. Fathia dan Amin hanya tersenyum. Kemudian , mereka menuju ke arah kantin bersama-sama.

***

Sedar atau tidak , mereka semua kini sudah tiba di bulan November , penghujung bulan persekolahan. Tidak lama lagi , semua pelajar akan mula bercuti. Sungguh cepat masa berlalu.

Pelajar Tingkatan Tiga sudah terlebih gembira. Mana tidaknya , hampir setiap hari mereka keluar dari kawasan sekolah. Menghadiri lawatan sambil belajarlah , menyertai perkhemahan dan macam-macam lagi. Sungguh beruntung menjadi murid Tingkatan Tiga ini.

Amin dan Fathia juga seperti biasa. Semakin rapat. Pergaduhan yang terjadi sejak dua tahun lepas telah terhapus di dalam minda mereka. Yang ada kini hanyalah persahabatan.

“Fathia , boleh aku jumpa kau nanti ?” , Amin tiba-tiba bertanya. Fathia mengukirkan senyuman.

“Boleh. Bila-bila pun boleh. Ketuk je pintu rumah aku tu.” , balas Fathia kepada Amin. Fathia agak pelik dengan soalan Amin kali ini.

“Fathia... minggu ni kan minggu terakhir kita sebelum cuti kan ? Jom bawak kamera !” , ajak Izzati yang tiba-tiba menyergahnya. Fathia mengangkat kening.

“Boleh , tapi kau buatkan surat kebenaran untuk aku.” , jawab Fathia.

“Beres bos.” , ujar Izzati lalu terus meninggalkan Fathia bersama Amin.

***

“Amin , senyumlah sikit. “, arah Ammar yang sudah seperti jurugambar tidak berbayar. Izzati pula sudah bersiap sedia dengan kameranya.

“Fathia , sini sikit.” , arah Ammar. Fathia membetulkan posisinya.Fathia agak kekok hendak bergambar. Apalagi bila dipaksa mengambil gambar dengan Amin.

“Cepatlah.” , ujar Amin. Dia juga sudah malu duduk disebelah Fathia lama-lama.

“Okay , say cheese !” , jerit Izzati. Sekali tekan , gambar Fathia dan Amin sudah berjaya ditangkap.

“Okay cun !” , jerit Ammar pula. Fathia dan Amin meluru ke arah Izzati. Mahu melihat gambar mereka berdua.

“Cantik !” , ujar Fathia apabila melihat gambar itu.

“Tengoklah ambil gambar dengan siapa.Abang hensem tu.” , Amin memuji dirinya sendiri. Fathia mengecilkan matanya kepada Amin.

“Perasan !” , Fathia berkata kepada Amin lalu menjelirkan lidahnya.

“Eleh , mana ada perasan. Fakta okay.” , Amin membidas kata-kata Fathia.

“Tak.”

“Ya.”

“Taklah.”

“Iya.”

“Tak.”

“Okay , stop !” , arah Izzati yang sudah pening melihat Amin dan Fathia. Kemudian , mereka ketawa bersama-sama.


"Jom ambil gambar berempat." , ajak Fathia. Amin mengerutkan dahinya.


"Siapa yang nak ambilkan ? Hantu ?" , tanya Amin. Fathia hanya tersenyum. Dia masuk ke kelas 3 Ibnu sina dan keluar semula dengan seorang pelajar.


"Apa guna otak kalau tak diguna wahai Muhammad Amin Raiqal ?" , perli Amin. Kemudian , dia mengambil kamera dari tangan Izzati lalu memberikannya kepada pelajar yang bernama Ainie Nasuha.


"Okay guys ! 1 , 2 , 3 !" , arah Ainie. Izzati , Fathia , Ammar dan Amin yang sangat suka bergambar terus membuat pose masing-masing.


"One more !" , arah Ainie lagi. Cepat-cepat mereka berempat menukar pose. 


"Lagi dua !" , Ainie memberi isyarat lagi. Tapi kali ini , hanya Ammar dan Izzati saja menukar pose. Amin dan Fathia sudah malas.


"Lagi satu !" , arah Ainie. 


"Cop ! Dah lah tu. Penatlah." , Amin mengeluh sambil terduduk di lantai. Semua mata yang ada disitu memandangnya.


"What ?" , tanya Amin pelik. Mereka semua mentertawakannya.


"Amin , Amin." , ucap Fathia di dalam hati.

OLDER POST / NEWER POST