budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 51
4 tahun kemudian…

“Malaysia , I’m home !” , Fathia menjerit kecil apabila dia selamat sampai di tanah airnya yang sudah lama ditinggalkan. Fathia terus berjalan sambil menarik bagasinya. Matanya melilau mencari kelibat mama dan papanya.

“Kenapalah KLIA ni besar sangat.” , keluh Fathia dalam hati. Fathia berjalan dengan agak perlahan. Takut-takut mama dan papanya ada di sekitar situ. Tiba-tiba …

“Aduh !” , Fathia mengaduh apabila bahunya dilanggar seseorang.

“Cik , saya minta maaf. Saya betul-betul tak sengaja.” , ujar pemuda dihadapannya. Fathia menggosok-gosok bahunya yang sakit.

“Tak apa. Sikit je.” , Fathia menjawab pendek. Fathia mengangkat mukanya , mahu melihat wajah pemuda tersebut. Dia tersenyum segaris.

“Mata dia… warna coklat.” , Fathia berbisik dalam hati.

“Amin …” , ujarnya dalam hati . Tanpa disedari air matanya mengalir.

“Cik , kenapa ni ?” , tanya pemuda itu pelik. Fathia yang tersedar dari lamunannya terus meyeka air matanya.

“Nothing. I got to go now.Assalamualaikum.” , dia menjawab lemah lalu terus meninggalkan pemuda itu seorang diri.

"Waalaikumsalam." , jawab pemuda itu.

*** 

“Mama ! Papa !” , jerit Fathia apabila melihat kelibat dua orang tuanya. Bibirnya tersenyum lebar.

“Fathia , anak mama !” , kata Puan Alia lantas memeluk erat tubuh anaknya yang sudah empat tahun merantau di negara orang.

“Papa. “ , sapa Fathia lalu mencium tangan papanya itu. Air matanya hampir jatuh , tetapi ditahannya.


"Seorang je ke ?" , tanya Puan Alia. Fathia mengerutkan dahinya. 


"Anak mama ada berapa orang ? " , Fathia bertanya semula kepada mamanya.


"Tak adalah. Ingatkan anak mama bawa menantu orang Australia." , usik Puan Alia sambil tersenyum. Fathia memuncungkan bibirnya.


"Mama ni. Merepek je lah." , jawab Fathia. Pipinya terus berubah kepada rona pink. Pemerah pipi semulajadi.

“Jom , dah pukul 6 petang ni.”, ajak Encik Fariz. Fathia dan Puan Alia hanya menurut. Mereka terus berjalan meninggalkan lapangan terbang itu.

***

“Ohohoi , Cik Fathia Umaira.” , sapa satu suara. Fathia mencari wajah disebalik suara itu.

“Papa , mana satu orangnya ni. Thia dah lah tak pernah datang sini.”, bebel Fathia sambil matanya melilau mencari kelibat suara di restoran itu. Pagi-pagi lagi , Encik Fariz telah menghantarnya ke sini. Katanya ,ada seseorang mahu bertemu dengannya.

“Fathia , dekat sinilah.” , sapa suara itu lagi. Fathia menoleh ke bahagian kirinya. Kelihatan ada tangan yang melambai ke arahnya. Dia membulatkan matanya.

“Izzati !” , Fathia menjerit kecil apabila dapat melihat wajah sahabatnya. Kelihatan ada dua orang jejaka yang turut duduk semeja dengannya. Fathia terus berlari ke arah Izzati. Dipeluk Izzati dengan seerat-eratnya. 

“Duduklah.” , ajak salah seorang lelaki yang ada disitu. Fathia haya mengangguk kecil. Dia terus duduk di kerusi yang ada dihadapan Izzati.

“Apasal kau tak bagitahu aku yang kau dah balik Malaysia ? Nasib baik aku tanya mama kau tau.Kalau tak , sampai bila-bila pun aku tak tahu.” , bebel Izzati panjang.

“Baru seminggu cik kak oi. Bukan setahun.” , balas Fathia. Kemudian , dia mendekatkan dirinya ke telinga Izzati. Mahu membisikkan sesuatu.

“Siapa mamat-mamat ni ? Takkan dua-dua kau punya ?”, Fathia berbisik kepada Izzati. Izzati menaikkan keningnya.

“Guys , sila perkenalkan diri anda. Ada orang nak kenal.” ,Izzati berkata selamba.Fathia menjegilkan matanya kepada Izzati.

“Aku , Muhammad Ammar. Bekas pelajar SMK Tun Dr. Ismail. Kenal lagi tak ?” , ujar seorang daripada mereka. Fathia terkejut.

“Ammar ? Apasal makin hensem ni ?” , soal Fathia. Tiba-tiba , Izzati mencubit tangan Fathia sambil memuncungkan bibirnya.

“Ops , nampaknya ada orang sudah cemburu.” , kata Fathia lagi. Ammar hanya tersenyum. 

Fathia memandang seorang lagi lelaki yang masih belum memperkenalkan dirinya.

“Awak ? Siapa ?” , Fathia bertanya pelik. Dia langsung tidak dapat mengecam wajah itu.

“Saya Tengku Ihsan.” , jawabnya pendek. Terbuntang mata Fathia apabila mendengar nama itu. Wajahnya berubah sama sekali. Tidak seperti dahulu. Tetapi yang pasti , dia sudah semakin kacak.

“Tak payah nak tenung lama-lama sangat.” , usik Izzati. Fathia tertunduk malu. 


Tidak lama kemudian , mereka memesan makanan dan minuman. Riuh restoran itu dibuatnya dengan gelak tawa mereka berempat. Almaklumlah , sudah empat tahun terpisah , sudah pasti ada pelbagai cerita yang mahu dikongsikan bersama.

OLDER POST / NEWER POST