budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 39
Fathia meletakkan kepalanya di atas meja.

“Aku okay. Cuma pening sikit je.”, jawab Fathia. Izzati mengangkat kening. Dia merasa badan Fathia.

“Eh , kau demam ni.” , ujar Izzati yang merasa dahi Fathia. Panas seperti gunung berapi. Amin dan Ammar yang baru saja hendak pergi ke tempat Fathia dan Izzati terkejut mendengar ayat Izzati sebentar tadi.

“Fathia , kau demam ? Kenapa datang sekolah ?” , tanya Amin bertubi-tubi. Tetapi tiada jawapan dari Fathia. Matanya tertutup , bibirnya kering dan mukanya pucat.


"Dia baru demamlah." , ujar Izzati. Ammar hanya menyepi.

“Jom pergi bilik kesihatan.” , ajak Amin. Fathia membuka matanya perlahan. Dia mengangguk lemah.

Amin memapahnya.Bahang badan Fathia juga dapat dirasa oleh Amin. Ammar dan Izzati hanya mengekori mereka berdua di belakang.

***

“Kalau kau dengan Izzati nak pergi makan dulu , pergilah. Aku tolong tengokkan Fathia.” , arah Amin. Dia sungguh gelisah melihat keadaan Fathia seperti itu.

“Okay , nanti aku tapaukan makanan.” , jawab Ammar.Ammar berjalan ke arah Izzati.


"Untung Fathia dapat Amin." , kata Izzati perlahan.Ammar mencebik.


"Dapat aku tak cukup untung ke ?" , Ammar membalas. Izzati tersenyum kepada Ammar yang ada disisinya.


"Untung sangat." , perli Izzati. 


Kemudian , Ammar dan Izzati meninggalkan bilik kesihatan. Yang tinggal hanyalah Fathia , Amin dan seorang guru.

Amin meratap wajah Fathia yang pucat itu. Tidak pernah dia rasa seperti itu sebelum ini.Perasaan risau yang teramat.

“Fathia , kau ni suka buat aku risau. Tak baik tau.” , Amin berkata kepada Fathia yang sedang tidur. Seolah-olah dia dapat mendengarnya.

***

Kringg!! Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat.Amin langsung tidak masuk ke kelas selepas rehat, dia menemani Fathia yang keseorangan di bilik kesihatan.

“Fathia , jom balik. Tadi Izzati dah telefon mama kau , suruh ambil kau hari ni.” , kejut Amin. Fathia mengangguk. 


Selepas meminta izin daripada guru yang menjaga disitu , mereka keluar bersama-sama menuju ke pintu hadapan sekolah.

“Ya Allah Fathia !” , Puan Alia terjerit kecil melihat keadaan anaknya yang terlalu lemah itu.

“Aunty , Amin rasa kita patut bawa dia pergi klinik.” , ujar Amin. Puan Alia hanya mengangguk.

Tiba-tiba satu suara menyampuk perlahan.

“Tak nak. Thia tak nak pergi klinik. Thia nak balik.” , kata Fathia lemah.

“Okay , kita balik rumah.” , ujar Puan Alia. Amin memapah Fathia hingga ke depan pintu kereta , kemudian dia memasukkan Fathia ke tempat duduk penumpang dihadapan dengan berhati-hati.

“Amin , jom masuk sekali.” , ajak Puan Alia apabila melihat Amin masih berdiri di luar kereta. Amin hanya mengangguk.

***

“Esok dah mula puasa. Nak pergi terawih tak malam ni ?” , tanya Encik Fariz kepada isterinya yang sedang membasahkan kepala Fathia dengan tuala basah.

“Entahlah. Badan Fathia masih panas ni.” , jawab Puan Alia lemah.

“Ma , kita pergi okay. Thia dah sihat.” , Fathia menyampuk perbualan mama dan papanya.

“But , Thia …” , Puan Alia hendak menghalang. Tetapi ayatnya dipotong oleh Fathia.

“Thia dah sihat.” , jawabnya sambil mengukir senyuman pahit.Kepalanya memang masih sakit. Tetapi , demi bulan ramadhan yang penuh barakah ini , dia sanggup pergi.

***

“Kau kan demam. Kenapa pergi jugak ?” , tanya Amin yang pelik melihat kelibat Fathia keluar dari rumahnya dengan telekung.

“Aku dah sihatlah.” , jawab Fathia. Seperti biasa , mereka berjalan berdua di belakang.

“Aku tahu , kau belum sihat. Don’t lie me.” , Amin berkata lagi. Fathia hanya mengukirkan senyuman.


"Shhh..." , Fathia membuat isyarat senyap kepada Amin. Amin menggelengkan kepalanya.

Setibanya di surau , mereka terpisah disitu. Fathia pusing ke kiri dan ke kanan mencari kelibat Izzati. Tiada.

“Ingat aku tak datanglah tu.” , ujar Fathia dalam hati.

***

“Ya Allah ya Tuhanku , Kau kurniakanlah kekuatan untukku bagi menempuhi bulan ramadhan pada tahun ini.” , Fathia berdoa dalam hati. 


Kemudian , dia melipat telekungnya. Jam sudah menunjukkan pukul 10.10 minit malam. Para jemaah sudah  mula pulang ke rumah masing-masing.

“Fathia , jom.” , ajak Puan Alia. Fathia mengangguk kecil. Dia bangun dan mengekori Puan Aina dan Puan Alia yang sudah ada dihadapan.

OLDER POST / NEWER POST