budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 4
Dua minggu telah berlalu , bermakna hari ini merupakan hari terakhir persekolahan untuk tahun ini. Peperiksaan berjalan dengan lancar sekali. Itu persepsi bagi murid yang bijak pandai, tetapi bagi pelajar yang agak sederhana , soalan-soalan peperiksaan kali ini agak mencabar.

“Nah ! Hadiah istimewa buat kau Fathia.” , kata Amin sambil menghulurkan sebuah kotak kecil yang dibalut cantik kepada Fathia.

“Hadiah ? Terima kasih.” , Fathia mengambil hadiah tersebut dengan keadaan terpinga-pinga.

“Bukalah. Mesti kau suka dengan hadiah yang aku pilih tu.” , sambil tersenyum kambing.

“Okay.” , Fathia hanya menurut. Dia membuka kotak hadiah itu dengan berhati-hati.

Tiba-tiba…

“Makk ! Katak !! “ , Fathia menjerit kuat apabila seekor katak melompat keluar daripada kotak itu. Semua mata memandangnya. Ada juga yang mentertawakannya. Termasuklah…

“Aminn !! Kurang ajar kau ! “ , Fathia menjerit ke arah Amin. Amin tidak membuang masa lalu dia berlari dari situ.

“Woi ! Jangan lari lah ! Tak guna kau. Mintak maaf konon, rupanya ada agenda.” , Fathia membebel sambil mengejar Amin yang lari daripadanya.

Berlakulah satu lagi adegan yang menarik perhatian pelajar-pelajar lain. Mereka berdua berlari seperti kanak-kanak tadika. Habis satu sekolah dikelilinginya. Apabila tiba di hujung kelas , mereka berdua berhenti berlari kerana sudah tidak ada jalan lagi buat mereka berlari. Amin terduduk , manakala Fathia pula bercekak pinggang dihadapannya. Tiba- tiba , Amin pengsan . Fathia terkejut.

“Amin ! Kau dah kenapa ? Kalau penat sangat pun jangan lah tidur kat sini .”, kata Fathia sambil menggoyang-goyangkan bahu Amin.

Tidak ada jawapan. Keadaan di situ sunyi kerana pelajar kelas itu sudah ke perpustakaan. Fathia menjadi panik.

“Woi , janganlah takutkan aku! Bangunlah ! “ , jerit Fathia lagi. Dia sudah seperti mahu menangis.

“Bahh !” , Amin mengejutkan Fathiah sambil ketawa terkekek-kekek.

“Tipu aku lagi ! Aminn !!”, Fathia sedar yang dia telah ditipu lagi oleh si Amin.Amin sudah jauh berlari meninggalkan Fathia seorang diri.

“Woi ! Jangan lari lah! Tunggu kau ! Memang mintak free kick dari aku kan ?” bebel Fathia sambil berlari selaju yang boleh bagi mengejar Amin.

Sekali lagi , adegan itu berlaku. Sungguh memalukan. Setibanya mereka di hadapan kelas , semua mata tertumpu terhadap mereka berdua , termasuklah Cikgu Jasmin, guru kelas 1 Ibnu Sina.

“Kamu berdua ke mana ?” , tanya Cikgu Jasmin.

“Ke sana ! “ , Fathia dan Amin menjawab serentak tetapi menunjukkan arah yang berbeza. Fathia ke kiri , Amin pula ke kanan.

“Kiri atau kanan ? “ , tanya Cikgu Jasmin sambil tersenyum. Pelajar 1 Ibnu Sina turut ketawa dengan gelagat rakan mereka itu.

“Sudah , masuk.” , Cikgu Jasmin memberi kebenaran kepada Fathia dan Amin. Mereka berdua saling berpandangan. Kemudian ,terus masuk ke kelas dan duduk di tempat masing-masing.

Suasana sepi di dalam kelas kerana Cikgu Jasmin menyampaikan taklimat terakhir bagi pembelian buku tingkatan 2 pada hujung tahun ini. Maklumlah , hari ini hari terakhir persekolahan , jadi semua maklumat mestilah disampaikan kepada mereka semua.

Jam menunjukkan sudah pukul 12.15 tengah hari. Masa untuk semua pelajar pulang ke rumah masing-masing.Semua pelajar bersalam dengan Cikgu Jasmin sebelum pulang manakala pelajar lelaki pula hanya memberikan salam terakhir buat guru kelas mereka.

Di luar kelas lain pula ceritanya, pelajar semuanya berpelukan antara satu sama lain.Mana taknya , selepas ini mereka tidak dapat berjumpa lebih kurang sebulan lebih. Fathia dah Izzati juga tidak ketinggalan melakukan perkara tersebut. Gayanya seperti tidak akan bertemu kembali.

Sesudah itu , Fathia dan Izzati terus berjalan menuju ke pintu utama untuk pulang. Amin yang hanya memandang mereka tiba-tiba menjerit , “ Selamat bercuti Fathia dan Izzati” sambil tersenyum menunjukkan giginya itu. Fathia yang masih geram dengan perbuatannya membiarkan saja salam terakhir daripadanya itu.Hanya Izzati yang membalas salamnya.

OLDER POST / NEWER POST