budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 30

“Yes , ma. I’m here. Nak  apa ?” , tanya Amin apabila dia sudah tercongok di depan mamanya.


“Tak ada apa-apa pun. Cuma nak suruh kamu hantarkan bubur kacang yang mama buat ni dekat Aunty Alia.” , jelas Puan Aina. Amin hanya mengerutkan dahinya.

“Itu je ? Sampai terjerit-jerit mama panggil Amin ?” , tanya Amin yang agak tidak berpuas hati. Sudahlah dia baru jatuh dari katil , kemudian terpaksa turun ke bawah dengan selaju yang mungkin. Memang jelas perasaan tidak puas hati di wajahnya.

“Alah , dah Amin tu lambat sangat , mama jeritlah. Takut Amin tak dengar.” , ujar Puan Aina lagi.

“Aku belum pekak lagi. Apalah mama ni.” , bebel Amin dalam hati.

“Tolong hantarkan boleh ?” , tanya Puan Aina. Amin memuncungkan bibirnya.

“Mama je lah hantar. Amin malas.” , jawabnya. Dia sebenarnya malas mahu bertentang empat mata dengan si Fathia.

“Jangan ngada-ngada ! Tolong hantar.” , arah Puan Aina. Amin mengerutkan dahinya.

“Ceh , tadi minta tolong punya baik.” , ucap Amin dalam hati.

“Yalah , dah siap panggil Amin.” , balas Amin. Malas mahu bertekak dengan mamanya itu.

***

“Assalamualaikum.” , suara seseorang memberi salam. Fathia yang mendengar suara itu terus mengambil tudung dan menyarungkan di kepalanya.

“Waalaikum…salam.” , jawab Fathia yang agak sedikit terkejut.

“Mimpi apa mamat ni ? Sibuk datang rumah orang.” , getus hatinya.

“Nak apa ? Aku tak ada hutang dengan kau.” , tanya Fathia garang.

“Aku pun tak inginlah nak tuntut hutang dengan orang macam kau.” , balas Amin malas. Kemudian , dia menyerahkan mangkuk yang berisi bubur kacang. Fathia mengerutkan dahinya.

“Apa ni ?” , tanya Fathia sambil menghidu makanan yang ada di dalam bekas itu. Amin mengeluh.

“Bubur kacang. Mama aku suruh bagi dekat …” , belum sempat Amin menghabiskan ayatnya. Fathia sudah berlari menuju ke dalam rumah. Bekas bubur kacang juga tidak di bawa sekali. Amin sudah terpinga-pinga melihat Fathia.

“Assalamualaikum , Aunty.” , panggil Amin. Beberapa saat kemudian , Puan Alia muncul.

“Waalaikumsalam ,Amin. Kenapa ?” , tanya Puan Alia sopan.

“Ni mama ada bagi bubur kacang. Mula-mula dah bagi Fathia , tapi tiba-tiba dia lari. Jadi saya bagilah dekat Aunty.” , panjang lebar Amin menjawab.

“Fathia ? Mari sini. “ , panggil Puan Alia. Bayang Fathia sudah muncul. Tetapi yang pelik , tangannya menggenggam sudu. Amin yang melihatnya sudah berganda-ganda peliknya.

“Kenapa kamu tinggalkan Amin ?” , tanya Puan Alia pelik.

“Eh , mana ada tinggalkan. Fathia masuk sekejap je , nak ambil sudu.” , jelas Fathia dengan selamba lalu menunjukkan sudu yang telah diambilnya kepada Amin dan Puan Alia.

“Kau ni buat takut aku je lah.” , balas Amin yang agak marah. Puan Alia hanya menggelengkan kepalanya.

“Alah , tunggu sekejap pun tak boleh. Ngada-ngada.” , Fathia mengomel dihadapan Amin.

“Amboi , sedap mulut kau je. Nasib baik sekarang dekat depan mama kau. Kalau tak…” , Amin membebel di dalam hati.

“Okaylah aunty. Amin balik dulu.” , Amin meminta izin lalu mengukirkan senyuman palsu.

“Cakap dekat mama , terima kasih ya.” , ucap Puan Alia. Fathia hanya statik di sebelah mamanya.


***

“Ma , nak.” , minta Fathia sambil menunjukkan tangannya ke arah bekas itu.

“Tak malu betul.” , balas Puan Alia sambil meyerahkan bekas itu kepada Fathia. Fathia hanya tersenyum kambing.

***


Cuti sekolah sudah dua minggu berlalu. Fathia yang tidak dapat bercuti ke mana-mana sudah mati akal di rumah. Tidak tahu mahu membuat apa. Hendak keluar dengan Izzati , dia sudah bergembira bercuti di kampungnya. Hendak melayan adik , sudah terang lagi bersuluh yang dia ini anak tunggal.

“Bosannya.” , keluh Fathia sambil menekan punat tv. Kemudian , dia mencapai alat kawalan jauh televisyen.

“Tak ada cerita bestlah.” , ujar Fathia sambil menekan punat yang ada pada alat kawalan jauh itu. Bertukar-tukar siaran. Semuanya tidak menepati dengan cita rasanya.

“Thia , kenapa ni ?” , tanya Puan Alia. Fathia hanya tersenyum sebaris kepada mamanya.

“Tak ada apa-apa. Cuma bosan. “ , jawab Fathia jujur. Puan Alia hanya tersenyum kepadanya kemudian kembali ke dapur.

“Ma , boleh tak kejap lagi Thia nak pergi taman ?” , tanya Fathia.

“Boleh , tapi hati-hati tau.” , nasihat Puan Alia. Bimbang dengan keselamatan anaknya itu.

“Okay , thanks ma.” , balas Fathia. Kemudian , dia naik ke kamarnya.

Dia berlari ke tandas. Mengambil wuduk dan terus menunaikan Solat Asar. Seperti tidak sabar mahu ke taman. Selesai solat , dia mencapai sehelai selendang berwarna pink cair dan terus melilitkan selendang itu ke kepalanya.

“Okay done !” , kata Fathia apabila dia sudah siap menggayakan selendangnya itu.

“Mama , Thia pergi dulu ya.” , ujar Fathia lalu mencium tangan mamanya.

“Hati-hati tau. Jangan balik lambat sangat.” , Puan Alia sempat memesan kepada Fathia.

“Okay , mama.” , balas Fathia lalu meninggalkan perkarangan rumahnya itu.

***

“Engkau duduk di situ , diam tersipu malu. Mahu mendekati aku.” , Fathia menyanyikan lagu Carta Hati nyanyian Najwa Latif. Peminat setia Najwa Latif nampaknya. Fathia meneruskan perjalanan ke taman yang agak dekat dengan rumahnya itu.

“Wah , sedapnya angin dekat sini.” , Fathia menghirup udara segar di taman itu.

“Nak duduk mana eh ?” , Fathia bertanya kepada dirinya sendiri. Kemudian , dia ternampak sebuah bangku yang masih tidak berpenghuni.

“I got it.” , ujar Fathia. Entah mengapa , hari ini hatinya sangat gembira apabila dapat datang ke taman ini. 

Sedang Fathia berjalan menuju ke bangku kosong itu , tiba-tiba..

“Aduh ! Sakitnya.” , Fathia mengaduh kesakitan apabila dia tersadung batu semasa berjalan tadi. Dia tersembam di atas tanah. Dengan perlahan , dia bangun dan membersihkan batu pada bajunya.

“Aduh !” , Fathia mengaduh sekali lagi. Dia melihat tapak tangannya dipenuhi dengan luka dan darah.

“Mama , tolong Thia mama. Sakit.” , ujar Fathia perlahan seperti kanak-kanak kecil.

Tiba-tiba , sehelai sapu tangan dihulur oleh seseorang. Fathia mengerutkan dahinya. Dia agak pelik.

“Siapa pula yang sibuk nak tolong aku ni ?” , Fathia mengeluh perlahan. Bimbang didengari oleh pemilik kepada sapu tangan tersebut.

“Aduh !” , Fathia mengaduh. Darah ditangannya masih mengalir keluar.

“Ambillah sapu tangan ni. Lap tangan awak.” , ujar lelaki itu lembut. Fathia memandang sepi sapu tangan tersebut. Muka tuannya masih tidak dapat dilihat kerana badan Fathia menghalangnya.

“Terima kasih.” , ucap Fathia lalu mengambil sapu tangan tersebut. Dia menyapu perlahan tangannya yang terluka itu.

***

“Awak , terima kasih banyak-banyak.” , kata Fathia lalu memandang ke arah pemilik sapu tangan yang dipinjamnya tadi. Matanya terpanar. Dia sudah seperti mahu pengsan.


Siapakah dia ? 

OLDER POST / NEWER POST