budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 18
Selama lebih kurang dua jam mereka berada disitu. Bersemangat sungguh berjalan-jalan di sekitar Kea Farm yang luas itu. Bukan hanya sayur-sayuran segar sahaja yang dijual di Kea Farm , buah-buahan dan bunga-bungaan turut ada sama. Sebenarnya Kea Farm dekat saja dengan Rose Center yang mereka pergi semalam. Tetapi kerana masa tidak mengizinkan , mereka terus pulang ke hotel. Hari ini baru mereka berpeluang untuk datang.

Puan Alia dan Puan Aina sudah sibuk pergi ke tempat jualan. Apa lagi kalau bukan hendak memborong. Rambang mata dibuatnya. Encik Aidil dan Encik Fariz hanya mengekori isteri mereka itu. Kini yang tinggal hanya Fathia dan Amin.Mereka hanya duduk di sebuah bangku yang masih kosong. Malas hendak mengejar mama dan papa mereka yang sudah jauh dihadapan.

“Kenapa kau suka cari pasal dengan aku ? , tiba-tiba Fathia bertanya kepada Amin yang berada disebelahnya.

“Sebab aku suka cari pasal dengan kaulah.” , selamba Amin menjawab. Fathia mengerutkan dahinya.

“Kenapa mata kau cantik ?” , ayat itu spontan meluncur di bibirnya semasa dia memandang muka Amin.

Kemudian , dia menepuk-nepuk mulutnya yang lancang itu.Amin pula hanya tersenyum kepada Fathia .

“Cantik pipi kau. Warna pink ! “ , sakat Amin sambil ketawa apabila melihat wajah Fathia mula berona merah. Fathia bertambah malu.

“Amin !” , jerit Fathia. Kini , giliran Amin pula mengerutkan dahinya.

“Fathia ! “ , Amin pula menjerit nama Fathia.

“Mangkuk ayun !” , balas Fathia. Amin sudah mula hendak marah.

“Minah senget !” , jerit Amin pula.

“Tak reti makan strawberi !” , kata Fathia lalu menjelirkan lidahnya.

“Takut bunga ! “ , Amin membalas lagi.

“Budak jatuh tangga ! “ , giliran Fathia membalas.

“Budak jatuh lantai ! “ , Amin mengungkit kisah lama ketika Fathia jatuh di sekolah tahun lepas.

“Suka tipu aku ! “ , Fathia membalas.

“Eh , bukan kau pun suka tipu aku jugak ke ?” , ayat itu terkeluar daripada mulut Amin. Kemudian , ketawa mereka terhambur bersama-sama. Tak pernah lagi dalam sejarah kedua-dua musuh ini ketawa seteruk begini. Yang sering berlaku selalunya , mereka akan bertekak sesama sendiri. Mencari salah masing-masing. Tapi hari ini , amat luar dari jangkaan sesiapa pun.

***

Dari jauh Fathia dan Amin sudah nampak kelibat mama dan papa mereka. Jari-jemari mereka sudah berselirat dengan plastik yang banyak. Pasti sudah habis diborong satu Kea Farm itu.

“Jom , mama dah siap beli barang dah.” , arah Puan Alia kepada Fathia yang sedang duduk di bangku. Amin hanya tersenyum.

“Mama beli ke borong ni ?” , tanya Fathia selamba. Banyak sungguh barang yang dibeli oleh mamanya. Puan Alia hanya tersenyum sipu.

Fathia dan Amin sudah bangun daripada bangku. Mereka semua kembali menuju ke kereta. Kereta Estima yang dipandu oleh Encik Aidil laju meninggalkan Kea Farm tersebut. Mereka semua terus pulang ke bilik hotel semula. Mahu mengemas pakaian-pakaian mereka. Tepat jam 12.00 tengah hari , mereka harus mendaftar keluar dari Hotel Equatorial tersebut.

Kini , mereka sudahpun berada di lobi hotel. Encik Aidil dan Encik Fariz pergi ke kaunter untuk proses mendaftar keluar. Puan Aina dan Puan Alia sibuk dengan beg-beg pakaian. Bimbang sekiranya ada yang tertinggal. Amin dan Fathia pula hanya duduk di sofa. Kedua-dua mereka hanya mendiamkan diri.

Setelah selesai semuanya , mereka ke tempat parkir di mana terletaknya kereta Estima milik Encik Fariz. Mereka memasukkan semua beg pakaian. Kereta itu agak padat akibat terlalu banyak barang yang disumbat bersama. Kereta sudah mula bergerak meninggalkan Hotel Equatorial. Muka masing-masing agak sedih untuk hendak meninggalkan tempat itu.

Sepanjang perjalanan pulang , keadaan dalam kereta agak sunyi. Puan Aina dan Puan Alia sudah tertidur. Fathia pula tidak berhenti bersin . Masakan tidak , bunga yang diborong mamanya diletakkan berdekatan dengan Fathia. Habis merah hidung Fathia dibuatnya. Amin pula hanya tersenyum melihat Fathia. 

Encik Fariz yang berada di hadapan membuka siaaran radio Hot. Fm.Kebetulan , lagu Cinta Di Muka Buku nyanyian Najwa Latif berkumandang. Tanpa diduga ,Fathia dan Amin menyanyikan lagu itu bersama-sama. Minat sungguh mereka berdua terhadap lagu itu. Apabila lagu itu sudah tamat , mereka berpandangan sesama sendiri , kemudian ketawa bersama-sama.

“Suara kau macam katak !” , komen Fathia kepada Amin. Amin membulatkan matanya ke arah Fathia.

“Suara kau macam kodok !” , komen Amin pula. Fathia mengerutkan dahinya.

“Katak dengan kodok tak sama ke ?” , tanya Fathia. Amin hanya mengangkat bahu tanda tidak pasti. Kemudian mereka ketawa lagi.

***

Kereta Estima yang dipandu Encik Aidil sudah berhenti. Namun , bukan berhenti di hadapan rumah mereka tetapi di hentian rehat. Puan Aina dan Puan Alia yang tertidur sudah sedarkan diri. Fathia dan Amin juga tertidur di belakang. Seperti biasa , mereka memang susah hendak dikejut.

“Amin , Fathia. Bangun sayang. Pergi makan dan solat dulu.” , kata Puan Aina lembut.

Masih tidak bangun tetapi kelihatan semakin lena. Tiba-tiba...

“Fathia ! Amin ! Bangun ! Kebakaran !” , jerit Puan Alia pula. Amin dan Fathia terus tersedar.

“Api ! Tolong ! “ , jerit Fathia. Amin yang berada disebelahnya turut terkejut.

“Mama ! Papa ! Tolong Amin ! Amin tak nak mati lagi ! Amin nak kahwin dulu !” , jerit Amin pula.

Puan Aina dan Puan Alia yang ada dihadapan mereka tidak berhenti ketawa.

“Tahu pun nak bangun . Dah , cepat turun. Papa dah lama tunggu kat sana. “ , ujar Puan Aina kepada Fathia dan Amin. Muka Fathia dan Amin sudah berubah apabila mendapat tahu mereka di tipu.

“Mama ni , tipu je.” , kata Fathia lalu mencebikkan bibirnya.

“Apalah mama ni , nak sangat kami ni terbakar agaknya.” , sambung Amin pula.

Puan Aina dan Puan Alia hanya tersenyum. Mereka keluar dari kereta dan terus menuju ke tempat Encik Aidil dan Encik Fariz.

Setelah selesai makan tengah hari dan solat Zuhur , mereka menyambung semula perjalanan. Fathia dan Amin hanya mendiamkan diri di belakang manakala Puan Aina sibuk berbual dengan Puan Alia. Rancak sungguh perbualan mereka.

 ***

Dalam sekitar jam 6.00 petang , mereka sudah selamat sampai di perkarangan rumah mereka. Alangkah bahagianya muka Fathia dan Amin apabila dapat melihat semula rumah mereka. Mereka terus turun dari kereta dan mengambil barang-barang yang ada dibelakang.

“Encik Aidil , Puan Aina . Terima kasihlah sebab sudi bercuti dengan keluarga kami.” , kata Encik Fariz sebelum mereka masuk ke rumah masing-masing.

“Alah , tak ada apa-apa lah. Kami pun nak ucap terima kasih kerana sudi mengajak kami. Untung dapat jiran seperti Encik Fariz dan Puan Alia ni.” , ujar Encik Aidil panjang.

Kemudian , mereka saling bersalaman antara mereka. Amin juga turut mencium tangan Encik Fariz dan Puan Alia dan Fathia pula sebaliknya. Mereka kembali ke rumah masing-masing. Sudah lama benar mereka meninggalkan rumah banglo mereka itu.

“Wah , rindunya aku kat kau wahai katil !”, jerit Fathia apabila masuk ke dalam biliknya. Dia terus baring di atas katilnya yang empuk itu. Tiba-tiba , pintu biliknya dikuak perlahan.

“Thia , pergi mandi dulu. Lepastu solat Asar. “ , arah Puan Alia. Fathia melangkah longlai ke tandas yang ada dibiliknya lalu megambil wuduk. Setelah itu , dia mengerjakan solat Asar.

***

"Mama ! " , jerit Fathia apabila dia melihat Puan Alia di dapur sedang bersarapan.

"Awal bangun ? " , perli mamanya. Jam sudah menunjukkan pukul 9.00 pagi. Fathia hanya tersenyum.

"Alah , bukannya kena pergi sekolah pun. So , bangunlah lambat sikit." , jelas Fathia kepada mamanya. Kemudian , dia duduk disebelah mamanya lalu mencapai sekeping roti.

"Papa mana ma ? Tak nampak pun." , tanya Fathia.

"Pergi pejabatlah sayang oi. Pagi-pagi lagi papa dah pergi." , jawab Puan Alia lalu menuju ke sinki dapur. Memcuci tangannya.

Encik Aidil dan Encik Fariz sudah mula bekerja seperti biasa. Tinggallah Fathia dan Amin yang ditemani oleh mama mereka di rumah banglo itu. Sungguh membosankan.  Apakan daya , papa mereka tidak boleh mengambil cuti terlalu lama. Jadi , terpaksalah Fathia dan Amin hanya duduk berehat di rumah menghabiskan baki cuti persekolahan mereka.

"Bosannya. " , Amin mengeluh di dalam biliknya lalu menconteng sesuatu pada buku notanya.

OLDER POST / NEWER POST